‘Kuasa rakyat, kuasa keramat’, jangan pandang rendah – Rafizi
Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein memandang rendah kuasa rakyat, kata Setiausaha PKR, Rafizi Ramli.
“Saya fikir adalah baik sekiranya Hishammuddin percaya perhimpunan itu tidak akan mengubah apa-apa. Ia bermakna dia memandang rendah kuasa rakyat,” katanya pada sidang media di lobi parlimen.
Hishamuddin sebelum ini berkata perhimpunan 27 Mac bagi membantah terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bukan mewakili suara majoriti rakyat.
“Pada dasarnya itu satu lagi perhimpunan (biasa). Kita hanya perlu berurusan dengan perkara itu. (Sebab) akhirnya, orang ramai yang akan membuat perubahan bukan suara yang menjerit paling kuat.
“Mereka mungkin jerit dengan kuat tetapi mereka tidak mewakili suara majoriti,” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Rafizi yang tidak bersetuju dengan kenyataan Hishammuddin itu, berkata perhimpunan memainkan peranan penting dalam mewujudkan kesedaran politik.
Katanya, ramai ahli parlimen pembangkang muda pada masa ini mendapat kesedaran politik mereka melaui cetusan gerakan Reformasi 1998.
Begitu juga, beliau percaya, perhimpunan terhadap Najib kini akan mempunyai kesan yang sama.