Tuesday, May 31, 2011

Agensi Tenaga Atom Antarabangsa Mulakan Siasatan Kes Lynas




KUALA LUMPUR 31 MEI : Panel pakar Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) yang bermesyuarat di Kuantan pada harini memulakan pertemuan kerja mereka dengan wakil-wakil pihak berkuasa negeri dan jabatan-jabatan teknikal negeri yang berkaitan bagi menyiasat aspek kesihatan dan keselamatan cadangan pembinaan kilang nadir bumi Lynas di Gebeng, Pahang.

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) semalam berkata panel itu juga akan menemui wakil kumpulan-kumpulan termasuk "kumpulan warga prihatin Kuantan" yang diketuai oleh Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh.

Bagaimanapun dalam penghujahan Fuziah kepada panel pakar itu berkata panel itu tidak memasukkan seorang pakar perubatan dalam pasukan itu.

Panel pakar yang dilantik oleh IAEA terdiri daripada pakar-pakar mengenai isu-isu kesihatan dan keselamatan berkaitan radiasi, kata MITI.


1 comment:

Anonymous said...

fauziah da lame mendiamkan diri(x buat pape sbg wakil rakyat)...skrg da dapat isu nak popular balik.heehhhee..i like

Blog Archive

My Blog List

Followers