MUDA ..JANGAN ANGGAP REMEH


 

INI PEMIMPIN PELAJAR


 

PAHAM PAHAM


 

PAS JADI KAPIR LAK DAH KALAU GITU


 

NOH TAK SELESAI


 

MALAYSIA BAKAL TERIMA FA 50 JUMAAT INI

 


Malaysia bakal menerima kumpulan pertama pesawat pejuang ringan FA-50M pada Jumaat ini, 30 Oktober 2026.







Dua buah pesawat pertama daripada jumlah keseluruhan 18 buah pesawat FA-50M Block 20 buatan Korea Selatan akan tiba.


Perkara ini disahkan sendiri oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2027 di Dewan Rakyat hari ini.


Latar belakang perolehan,


Kontrak ditandatangani pada Mei 2023 antara Kementerian Pertahanan Malaysia dengan syarikat aeroangkasa Korea Aerospace Industries (KAI) bernilai hampir RM4 bilion.


Model ini dinamakan khusus sebagai FA-50M, iaitu untuk Malaysia, dan dilengkapi spesifikasi yang jauh lebih canggih berbanding model FA-50 biasa yang digunakan oleh negara lain.


Penerimaan ini adalah sebahagian daripada usaha memperkukuh keupayaan tempur udara dan pertahanan ruang udara negara, khususnya aset udara Angkatan Tentera Malaysia (ATM).


18 pesawat ini akan ditempatkan di Pangkalan Udara Kuantan, dengan sebahagiannya dirancang untuk ditugaskan di Pangkalan Udara Labuan.


Jadual seterusnya,


Baki 16 buah pesawat lagi akan diterima secara berfasa sehingga Mac 2028, tanpa sebarang penangguhan setakat ini.


Secara ringkasnya, ini bukan sekadar tambah pesawat baru, tapi langkah besar TUDM untuk gantikan pesawat lama seperti Hawk dan perkuatkan kawalan ruang udara di Semenanjung dan Borneo.


Begitulah yer

Oleh Salman Al Farisy


#uniformsoriginal

#salmanalfarisy

#aviationnavalarmour

#UOCG






FAHAMAN WALAUN BODO DAN CERDIK.


 

GABUNGAN UMNO - PAS SATU RAHMAH UNTUK UMMAH.





Ambo selalu sebut sifir politik sekarang;

Islam banyak dikaitkan hanya dengan Pas.

UMNO pula dituduh kafir, liberal dan asobiyyah. 

PKR dan Amanah dikaitkan dengan munafiq.

Dap pula dianggap harbi. 


Apabila Umno dan Pas bergabung, maka kita selesai satu bab, takdak dah bab kafir, bab liberal dan asobiyyah. Semua jadi melayu belaka, Pas pun melayu, UMNO pun melayu, tidak ada lagi yang membezakan UMNO dan Pas, kita serupa. 


Pas dan UMNO pun tidak wajar lagi guna istilah melayu Islam terancam kerana sebut jah melayu, tentu dah Islam, sebut jah Islam tentu dah melayu. 


Maknanya isu takfir kerana berbeza politik akan berakhir. 

Cuma kita kena hadap isu munafiq dan harbi jah pula. 


Selesainya bab takfir adalah satu rahmat besar untuk ummah. Adapun di segi politik, pakatan UMNO Pas bukan jaminan untuk menang kerana akan ada puak Pas yang tak suka ke UMNO, akan ada puak UMNO yang tak suka ke Pas, mungkin mereka akan beralih sokong PH atau parti lain pula.


p/s berkebun itu mendamaikan.






Memang luar tabii' sungguh MB Terengganu urus negeri.


















Memang luar tabii' sungguh MB Terengganu urus negeri.
1) 20 daripada 26 syarikat milik kerajaan Terengganu mencatat kerugian RM24.01 juta.
2) 11 syarikat milik kerajaan Terenggau catat kerugian tiga tahun berturut-turut (2022-2024), jumlah kerugian RM32.42 juta.
3) 4 syarikat rugi yang disenaraikan itu, pengerusi syarikat ialah MB Terengganu sendiri.
Mentadbir negeri tak reti.
Luar tabii' sampai puluhan juta syarikat rugi.
Macam ni nak jadi calon Perdana Menteri?
Insya Allah, penggal ini ialah penggal terakhir PAS pegang Terengganu.
🙂
Laporan Ketua Audit Negara 2/2026 Terengganu, muka surat 87 dan 88.






Hadi makan GAJI BUTA tu dia ingat duit Pas ke?

 


Hadi Khawarij


Mp Pasir Mas ni bodoh dia tahap walaun ABAH aspirasi ja..bila Loke mengaku duit dia?Hadi makan GAJI BUTA tu dia ingat duit Pas ke?




HRC LIVE!! - BN T0L4K WAWASAM | BILA PATI SETANG BERKAW4N | PAKAR UMUM KEMBALI


 

BILA CALON BAHARU MUNCUL, TIBA-TIBA RAMAI JADI PAKAR POLITIK!

 






Lucu juga politik kita hari ini. Belum pun calon baharu melangkah jauh, sudah ada yang sibuk mengkritik, mempertikai dan mencari kelemahan.
Tenanglah wahai sahabat PAS dan BN. Baru nak mula bertanding, belum pun masuk gelanggang sepenuhnya, tetapi sambutan yang diterima seolah-olah sudah mengganggu tidur malam sesetengah pihak. 😂
Mari kita imbas sejarah.
Ada yang bertanding lima kali, lima kali juga berdepan kekalahan. Empat kali menggunakan logo PAS, sekali menggunakan logo Pakatan Harapan. Kemudian, ruang diberikan pula kepada anak untuk meneruskan perjalanan politik.
Tidak salah. Itu hak mereka. Politik demokrasi memang begitu.
Tetapi kalau orang lain diberi peluang untuk memulakan langkah, mengapa pula perlu terlalu awal dihukum sebelum sempat membuktikan kemampuan?
Calon baharu memang belum mempunyai rekod panjang. Sebab itulah mereka perlu diberikan ruang untuk membina rekod sendiri, bukan terus ditentukan masa depannya oleh mereka yang sudah lama berada dalam gelanggang.
Kepada PAS dan BN, kalau benar calon baharu itu tidak mempunyai kekuatan, biarkan rakyat menilai. Tak perlu terlalu sibuk menjadi jurucakap kepada kelemahan orang lain.
Namun, jika kritikan itu datang kerana bimbang kehilangan sokongan, itu soal lain. Cuma janganlah kita mendakwa tahu isi hati sesiapa tanpa bukti. 😉
Ingat, calon baharu belum tentu menang, calon lama belum tentu kekal relevan. Dalam politik, nama besar bukan jaminan, pengalaman bukan tiket automatik dan sejarah silam bukan lesen untuk memandang rendah orang lain.
Akhirnya, rakyatlah yang menentukan. Bukan penyokong yang paling bising, bukan pengkritik yang paling lantang dan bukan mereka yang paling yakin dengan ramalan sendiri.
Jangan takut kepada calon baharu. Takutlah kalau terlalu yakin dengan kekuatan sendiri sampai terlupa bahawa kuasa memilih itu berada di tangan rakyat! 🔥









AKMAL KALAH LAGI KANTOI TAK LEPAS! RAYUAN GUGUR KES DITOLAK: AKMAL SALEH BAKAL DIBICARAKAN!


 

NOHHHHH...



 WALAUN TOLOL JGN KATA MADANI TAK PAYUNG.🤣🤣🤣





ANTARA WAAD 8481 DAN PELAQ - SIAPA PENYELAMAT NEGARA | SANUSI BALUN PMX


 

"33 BULAN JADI MENTERI, HABUK PUN TAKDA" ! AZALINA SEKOLAH BELURAN !


 

TPM NAIK MARAH DALAM DEWAN ! "SIAPA SAKAU RM 2.1 BILLION" ! PANAS PARLIMEN !


 

ZAHID BONGKAR RAHSIA PMX DI DEWAN RAKYAT ? KECOH PARLIMEN !


 

BAGI MELAYU MENIAGA--- Untung RM2 juta, rugi RM24 juta – apa jadi dengan syarikat kerajaan Terengganu?

 



Untung RM2 juta, rugi RM24 juta – apa jadi dengan syarikat kerajaan Terengganu?



Hampir empat daripada lima syarikat subsidiari milik Badan Berkanun Negeri (BBN) Terengganu mencatatkan kerugian pada 2024, sekali gus menimbulkan persoalan mengenai keberkesanan pengurusan dan pemantauan entiti berkaitan kerajaan negeri itu.

Lebih membimbangkan, Laporan Ketua Audit Negara 2/2026 menunjukkan 20 daripada 26 subsidiari mengalami kerugian berjumlah RM24.01 juta, sedangkan enam syarikat yang mencatat keuntungan hanya memperoleh RM2.12 juta.

Jurang ketara itu menyebabkan kumpulan subsidiari berkenaan merekodkan kerugian bersih RM21.89 juta, dengan 76.9 peratus daripada keseluruhan syarikat gagal mencatat keuntungan sepanjang tahun berkenaan.

Berdasarkan dapatan audit, empat subsidiari di bawah Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu (LTAWNT) mencatatkan kerugian tertinggi berjumlah RM12.91 juta, mewakili lebih separuh daripada keseluruhan kerugian yang dilaporkan.

Sembilan subsidiari Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) pula mengalami kerugian terkumpul RM5.37 juta, manakala empat subsidiari Yayasan Terengganu merekodkan kerugian RM5.07 juta.

Bagaimanapun, PMINT turut menyumbang RM1.99 juta atau hampir 94 peratus daripada keseluruhan keuntungan yang dicatatkan oleh enam subsidiari yang mencatat prestasi positif.

Keadaan itu memperlihatkan jurang prestasi yang besar antara syarikat di bawah badan berkanun negeri, sekali gus menimbulkan persoalan sama ada model perniagaan dan mekanisme pemantauan sedia ada mampu memastikan operasi subsidiari terus berdaya maju.

Walaupun kerugian tidak semestinya membuktikan salah urus atau bermaksud sesebuah syarikat muflis, prestasi majoriti subsidiari yang mencatat angka negatif memerlukan penjelasan terperinci daripada kerajaan negeri.

Antara persoalan yang perlu dijawab ialah sama ada kerugian berpunca daripada kelemahan operasi, kos pembiayaan, penurunan nilai aset atau faktor pasaran yang menjejaskan pendapatan syarikat.

Laporan berkenaan menyenaraikan prestasi untung rugi mengikut badan berkanun induk, namun tidak memperincikan punca kerugian setiap subsidiari atau menunjukkan sama ada masalah sama telah berlarutan selama beberapa tahun.

Tanpa maklumat tersebut, sukar untuk menentukan sama ada kerugian yang direkodkan bersifat sementara atau mencerminkan masalah lebih mendalam dalam pengurusan dan hala tuju perniagaan.

Perlu bentang pelan pemulihan

Kerajaan negeri juga wajar menjelaskan sama ada subsidiari yang mengalami kerugian menerima pinjaman, suntikan modal, geran atau jaminan kewangan daripada badan berkanun induk masing-masing.

Perkara itu penting bagi menilai sejauh mana prestasi kewangan subsidiari boleh memberi kesan kepada kedudukan badan berkanun serta kemampuan mereka melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat.

Pada masa sama, sesetengah subsidiari mungkin mempunyai mandat sosial atau menyediakan perkhidmatan awam yang tidak boleh diukur berdasarkan keuntungan semata-mata. Namun, fungsi sedemikian tetap memerlukan petunjuk prestasi yang jelas dan penilaian terhadap manfaat yang dihasilkan.

Sehubungan itu, kerajaan negeri wajar membentangkan prestasi kewangan setiap subsidiari bagi sekurang-kurangnya tiga tahun, termasuk kedudukan aset, liabiliti dan langkah pemulihan terhadap syarikat yang berulang kali mencatat kerugian.

Bagi entiti yang tidak lagi berdaya maju atau tidak aktif, pilihan penstrukturan semula, penggabungan atau penutupan juga perlu dinilai berdasarkan kedudukan kewangan dan tujuan asal penubuhannya.

Kerajaan negeri perlu menjelaskan punca kerugian, mendedahkan prestasi kewangan subsidiari bagi beberapa tahun dan menyatakan langkah pemulihan yang akan diambil. 

Bagi syarikat yang terus mengalami kerugian, tindakan konkrit perlu ditunjukkan bagi memastikan wang awam diurus secara bertanggungjawab dan entiti milik kerajaan benar-benar memberi manfaat kepada rakyat. 



Menunaikan haji memerlukan persediaan rohani dan kemampuan kewangan.

 




Bagi yang sudah menerima tawaran, tambahan ruang menggunakan simpanan boleh membantu.
Mulai Januari 2026, had pengeluaran KWSP untuk haji meningkat daripada RM3,000 kepada RM10,000.
Kemudahan era PMX ini menggunakan simpanan Akaun Sejahtera ahli.
Jumlah yang boleh dikeluarkan tertakluk kepada had dan baki akaun, mengikut mana lebih rendah.
Syarat kelayakan pengeluaran dan tawaran Tabung Haji juga terpakai.
Bukan kerajaan memberi RM10,000 percuma kepada setiap bakal jemaah.
PMX memperluas kemudahan untuk ahli yang layak menampung sebahagian kos ibadah.
Simpanan sendiri boleh digunakan dengan aturan yang lebih sesuai dengan keperluan semasa.
Kalau urusan rakyat dan keperluan ibadah dibantu begini, siapa lagi pemimpin politik Malaysia yang setanding PMX pada waktu ini?

Takiyuddin kata “PN IS BACK!” Sekali tengok, Bersatu pun still in PN. WAWASAN yang PAS nak bawa masuk pula belum tentu diterima.

 








Takiyuddin kata “PN IS BACK!” Sekali tengok, Bersatu pun still in PN. WAWASAN yang PAS nak bawa masuk pula belum tentu diterima.

Habis tu, siapa sebenarnya yang back, siapa yang kena keluar?
Kan itu yang jadi pertikaian. Mahkamah hanya tangguhkan pengantungan..Bukan bermaksud penyakit PN tu dah selesai.
Ingatkan bila PAS umum putus kerjasama dengan Bersatu, mudahlah nak susun semula Perikatan Nasional ikut acuan sendiri.
Rupanya putus kerjasama politik tak sama dengan buang parti daripada gabungan. Bersatu masih ada kedudukan dalam PN. Nak singkir bukan boleh main umum sahaja.
Yang menarik, WAWASAN pula menjadi pertikaian. Bersatu mempersoalkan bagaimana parti baharu itu boleh diterima tanpa persetujuan semua komponen.
Jadi sekarang, Bersatu yang PAS tak mahu bekerjasama masih berada dalam PN. WAWASAN yang mahu dibawa masuk pula belum tentu dapat tempat.
Takiyuddin boleh kata “PN IS BACK”, tetapi persoalan siapa yang layak duduk dalam PN pun masih belum selesai.
Kalau Bersatu masih kekal dan WAWASAN tak diterima, maknanya susunan politik yang PAS mahukan belum menjadi kenyataan.
Ironinya, selepas macam-macam cerita nak berpisah, akhirnya kena duduk semeja juga dengan Bersatu untuk menentukan masa depan PN.
Dalam politik ni, kadang-kadang kita ingat dah tutup pintu pada orang. Sekali tengok, orang tu masih duduk dalam rumah. Yang kita jemput masuk pula masih tunggu di luar pagar.


PN IS BACK. BERSATU ALSO BACK.
WAWASAN? PLEASE WAIT.





Suruh PH cermin diri, tapi META AI pun kata gaya Prabowo lebih mirip BN

 




Persamaan gaya politik Presiden Indonesia, Prabowo Subianto dengan parti politik di Malaysia mengundang perdebatan netizen selepas jawapan Meta AI yang dikongsikan memberikan pandangan berbeza daripada komen yang menyasarkan Pakatan Harapan (PH).

Mulanya, pengguna Threads dikenali sebagai chandraarjun.my menyindir sikap sesetengah rakyat Malaysia yang mengkritik pengundi Indonesia kerana memilih Prabowo, tetapi pada masa sama menyokong Umno atau Perikatan Nasional (PN).

“Complain rakyat Indonesia pilih Prabowo. Tapi, undi Umno/PN. Make it make sense,” tulis pengguna berkenaan.

Bagaimanapun, sebuah akaun menggunakan nama khaled.nordin tampil membalas dengan mengaitkan gaya politik Prabowo kepada PH.

“Yang Prabowo sebenarnya PH bang. Tolong cermin diri,” katanya sebelum ditempelak netizen lain.

Antaranya, adrina_gurlz, mengemukakan pertanyaan kepada Meta AI mengenai gabungan politik Malaysia yang lebih menyerupai Prabowo, sama ada PH atau Barisan Nasional (BN).

Menariknya, jawapan Meta AI yang dipaparkan memberikan perbandingan berbeza.

“Dari segi gaya politik, BN lebih dekat dengan Prabowo,” menurut jawapan itu yang mengaitkan Prabowo dengan pendekatan kepimpinan tegas, nasionalisme, latar belakang ketenteraan dan institusi pemerintah.

Ciri-ciri itu ditafsirkan oleh AI berkenaan sebagai mempunyai persamaan dengan tradisi politik Umno dan BN.

Sebaliknya, PH digambarkan lebih dekat dengan gerakan reformasi yang menekankan pembaharuan institusi, hak asasi manusia serta pendekatan mencabar penguasaan politik yang telah lama bertapak.

Ditamatkan PH

Dari sudut sejarah, BN sememangnya menerajui pentadbiran negara selama beberapa dekad sebelum penguasaannya di peringkat Persekutuan ditamatkan PH pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), 9 Mei 2018.

Kajian politik mengenai pilihan raya tersebut turut menghuraikan peranan PH sebagai gabungan pembangkang yang mencabar dominasi BN serta membawa tuntutan perubahan pentadbiran.

Untuk rekod, Prabowo mempunyai latar politik tersendiri, termasuk pengalaman dalam ketenteraan, kepimpinan Parti Gerindra serta penyertaan dalam pentadbiran Presiden Joko Widodo sebelum memenangi pilihan raya presiden 2024.

Sementara itu, pengguna Facebook, Jason Yew, yang berkongsi tangkap layar perbualan tersebut turut menyindir pihak yang meminta orang lain bermuhasabah tetapi tidak menilai pendirian sendiri.

“Orang lain disuruh cermin diri, cermin sendiri terlupa nak pandang!” sindirnya.



KOLEKSI KATA KATA BODOH LEBAI NIM.




Zainudin Ahmad

 PEMBANGUNAN DINEGERI KELANTAN DAN NEGERI LAIN YANG DITADBIR PAS

Biar lambat asal selamat..ATAU SEMEMANGNYA TAK RETI NAK BUAT KERJA...AHLI PARLIMEN DAN ADUN MAKAN GAJI BUTA?

SEMUA NAK HARAPKAN KERAJAAN PUSAT YANG SUAPKAN@BANGUNKAN

PENYELESAIAN TUNTAS UNTUK RAKYAT YANG MAHUKAN PEMBANGUNAN.

BERHIJRAH KE NEGERI LAIN UNTUK BEKERJA,MENCARI REZEKI,MENIKMATI KEMAJUAN DAN MENDAPATKAN SEGALA KEMUDAHAN.




KAH..KAH..KAH....MISI BALAS DEDAM

 

Perantau Cari Rezeki



Depa punya bodo

 


Jamzuri Ardani


Depa punya bodo ... melantun-lantun. Nak jadi kerajaan, tapi tak mahu pelabur. Rakyat tak ada kerja. Nak hilangkan stress pakat hisap dadah. Lepas tu PAS boleh terus salahkan kerajaan persekutuan