Kerajaan peruntuk RM3.1 bilion martabat syiar Islam menerusi Belanjawan 2027

 


Kerajaan MADANI meningkatkan peruntukan bagi hal ehwal agama kepada RM3.1 bilion menerusi Belanjawan 2027 bagi memperkukuh pembangunan Islam, termasuk memperkasakan institusi pendidikan agama serta menjaga kebajikan petugas agama di seluruh negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan berkata daripada jumlah itu, sebanyak 85.4 peratus diperuntukkan bagi perbelanjaan pengurusan, manakala 14.6 peratus untuk pembangunan.

Beliau berkata peningkatan peruntukan berkenaan membuktikan komitmen berterusan kerajaan dalam memastikan agenda pemartabatan syiar Islam dilaksanakan secara lebih menyeluruh dan memberikan manfaat kepada masyarakat.

“Kerajaan MADANI terus memberikan tumpuan khusus dengan memperuntukkan RM200 juta bagi sekolah agama rakyat, institusi tahfiz, dan sekolah pondok yang berdaftar di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Skop bantuan ini kini diperluas untuk merangkumi kos operasi institusi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zulkifli berkata kerajaan turut menyediakan sumbangan khas RM750 kepada 70,000 petugas agama, termasuk guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA), guru takmir, imam, bilal, tok siak, noja dan marbut sebagai penghargaan terhadap sumbangan mereka kepada masyarakat.

Selain itu, beliau berkata sebanyak 500 guru KAFA yang mendidik murid berkeperluan khas, termasuk menggunakan bahasa isyarat dan al-Quran Braille, akan menerima insentif khas RM150 sebulan.

“Kesejahteraan para pemakmur rumah Allah ini dilengkapkan lagi melalui peruntukan khas kerajaan yang menanggung sepenuhnya caruman PERKESO buat 40,000 imam, bilal, tok siak, petugas masjid, dan guru takmir, dengan Lembaga Tabung Haji bertindak selaku agensi pelaksana, demi memastikan perlindungan keselamatan sosial yang berterusan dan memberi ketenangan buat mereka dalam berkhidmat demi ummah,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Zulkifli berkata pindaan Akta Pengangkutan Jalan yang mewajibkan pemandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah membayar pampasan kepada mangsa atau keluarga mereka turut mempunyai elemen yang selari dengan konsep diyat dalam perundangan Islam.

Beliau berkata konsep itu memberikan penekanan kepada hak mangsa atau waris untuk menerima pampasan akibat perbuatan yang mendatangkan kemudaratan.

Sementara itu, Zulkifli berkata kerajaan turut memperkukuh industri halal melalui pemberian geran padanan hingga RM5,000 kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang ingin mendapatkan pensijilan halal buat kali pertama.

Beliau berkata geran RM25,000 pula disediakan bagi memperkasakan PMKS halal dalam sektor berpotensi tinggi termasuk kosmetik dan farmaseutikal.

Dalam sektor pendidikan Islam, kerjasama JAKIM dan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) turut digerakkan bagi menyediakan peranti serta latihan kemahiran digital kepada guru dan pelajar di lebih 300 sekolah pondok seluruh negara.

Zulkifli berkata usaha berkenaan mencerminkan pendekatan kerajaan yang bukan sahaja memberikan tumpuan kepada pembangunan ekonomi dan infrastruktur, malah turut menitikberatkan pembentukan masyarakat berilmu, berakhlak dan sejahtera.

“Kerangka Belanjawan 2027 ini digubal berasaskan falsafah cita-cita yang menggapai ke langit dan mengakar di bumi. Kita berhasrat meletakkan kedudukan ekonomi serta syiar Islam negara di mercu kejayaan yang paling tinggi dengan wawasan jauh ke hadapan,” katanya.

Beliau berkata pada masa sama, seluruh keutamaan dan pelaksanaan dasar kerajaan kekal berpijak di bumi nyata demi memelihara kebajikan serta kesejahteraan rakyat Malaysia.




Sempadan Kelantan dikawal 24 jam! Saifuddin arah polis perangi jenayah rentas sempadan

 


Polis melaksanakan kawalan 24 jam di semua sempadan Kelantan bagi membanteras kegiatan jenayah rentas sempadan, termasuk pergerakan individu tanpa dokumen perjalanan yang sah.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata arahan itu telah diberikan kepada Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat, bagi memastikan kawalan fizikal di kawasan sempadan dilaksanakan secara berterusan.

Menurutnya, antara langkah penguatkuasaan yang diambil ialah memusnahkan jeti haram yang berpotensi digunakan untuk kegiatan menyeberangi sempadan secara tidak sah.

Beliau berkata tindakan undang-undang turut dikenakan terhadap individu yang merentas sempadan tanpa dokumen sah.

“Antara langkah yang diambil ialah memusnahkan jeti haram serta menguatkuasakan undang-undang terhadap individu yang merentas sempadan tanpa dokumen sah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perasmian Kampung Angkat MADANI dan Sekolah Angkat MADANI Kementerian Dalam Negeri (KDN) Tahun 2026.

Kawalan berterusan itu merupakan sebahagian daripada usaha memperkukuh penguatkuasaan di kawasan sempadan Kelantan yang berdepan risiko kegiatan jenayah rentas sempadan.

Bagaimanapun, kawalan fizikal dan tindakan terhadap laluan haram sahaja tidak semestinya dapat menghapuskan sepenuhnya kegiatan berkenaan, terutama apabila ia melibatkan rangkaian jenayah terancang yang telah bertapak sejak sekian lama.

Keberkesanan operasi turut bergantung pada keupayaan pihak berkuasa mengesan pergerakan rangkaian jenayah, menutup laluan yang digunakan dan mengambil tindakan terhadap pihak yang mengendalikan kegiatan tersebut.

Pelaksanaan kawalan 24 jam itu dijangka menjadi antara langkah penting dalam memperkukuh keselamatan sempadan, dengan tindakan penguatkuasaan berterusan diperlukan bagi memastikan laluan tidak sah tidak terus dimanfaatkan oleh kumpulan jenayah.

BACA JUGA Kerajaan peruntuk RM3.1 bilion martabat syiar Islam menerusi Belanjawan 2027





ARTIKEL | Jangan takut menegur kuasa: Keberanian mahasiswa cabaran kepimpinan

 





DR AZRIE AZEH

Keberanian Ummi Umairah Bakhit, mahasiswa Universiti Malaya (UM), mempersoalkan isu rasuah dan kutipan derma berjumlah RM50 juta untuk Datuk Seri Najib Razak membawa mesej yang jelas: pemimpin tidak seharusnya terkecuali daripada pertanyaan rakyat, manakala mahasiswa tidak wajar berdiam diri apabila kepentingan awam dipersoalkan.

Dalam sesi dialog terbuka bersama Khairy Jamaluddin, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, dan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, Ummi Umairah mengemukakan persoalan sensitif yang menyentuh isu rasuah, kebertanggungjawaban pemimpin dan sikap masyarakat terhadap salah laku.

Keberaniannya bukan sekadar terletak pada kesediaan bersuara di hadapan tokoh politik, tetapi juga pada kesanggupan menguji pendirian mereka melalui persoalan yang menuntut jawapan berasas dan meyakinkan.

Isu kutipan derma untuk membantu Najib membayar denda mahkamah membuka ruang perbahasan tentang pertimbangan moral masyarakat, khususnya apabila sokongan terhadap seseorang pemimpin bertembung dengan persoalan tanggungjawab dan keadilan.

Hak individu untuk menderma secara sukarela perlu dihormati. Namun, tindakan itu tidak menghalang masyarakat daripada menilai implikasinya secara kritis, terbuka dan berhemah.

Dalam hal ini, kenyataan Khairy bahawa perkara yang salah tetap salah tanpa mengira siapa yang melakukannya membawa prinsip penting bahawa kesetiaan politik tidak seharusnya mengatasi pertimbangan moral dan undang-undang.

Persoalan mengenai skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Tabung Haji dan dakwaan berkaitan penerimaan wang oleh individu yang dikaitkan dengan tokoh politik turut mencerminkan tuntutan masyarakat terhadap ketelusan dalam pengurusan institusi serta penggunaan sumber kewangan.

Bagaimanapun, setiap dakwaan perlu dinilai berdasarkan bukti dan konteks yang tepat dengan membezakan fakta yang telah disahkan daripada perkara yang masih dipertikaikan agar kritikan tidak berubah menjadi tuduhan yang tidak berasas.

Pada masa yang sama, kebimbangan mengenai dakwaan pendakwaan terpilih yang dibangkitkan oleh Onn Hafiz wajar dibahaskan secara objektif kerana kepercayaan terhadap sistem keadilan bergantung pada pelaksanaan undang-undang yang adil dan konsisten.

Perbezaan pandangan ini menunjukkan bahawa usaha membanteras rasuah memerlukan lebih daripada sekadar kecaman terhadap individu. Ketelusan institusi, keberkesanan pengawasan dan kesaksamaan penguatkuasaan juga perlu diberikan perhatian.

Dalam sebuah negara demokrasi, mahasiswa mempunyai peranan penting sebagai pengimbang kuasa melalui pertanyaan kritis, penyelidikan dan penyertaan dalam wacana awam, bukannya sekadar menjadi pemerhati perkembangan politik.

Justeru, tindakan Ummi Umairah wajar dinilai berdasarkan mutu persoalan dan keberanian intelektualnya, bukannya semata-mata berdasarkan perhatian yang diterimanya di media sosial.

Namun, keberanian bersuara mesti disertai penguasaan fakta, kematangan berhujah dan kesediaan mendengar pandangan yang berbeza agar dialog tidak terjerumus ke dalam pertentangan peribadi atau polemik politik.

Pihak universiti pula perlu memastikan mahasiswa mempunyai ruang yang terbuka untuk mengemukakan persoalan, manakala pemimpin sewajarnya menerima kritikan berasas sebagai sebahagian daripada tanggungjawab mereka kepada masyarakat.

Akhirnya, keberanian Ummi Umairah mengingatkan kita bahawa demokrasi yang sihat memerlukan mahasiswa yang berani bertanya dan pemimpin yang bersedia menjawab, dengan kedua-duanya terikat pada fakta, keadilan dan tanggungjawab kepada rakyat.



Beregu Wanita Pertama Malaysia Juara Badminton Dunia Remaja

 


IMG_8418

Zi Yu-Genevie menewaskan gandingan Jepun, Nijika Kamata-Shizuku Kashio dalam pertarungan tiga set untuk muncul juara Kejohanan Badminton Remaja Dunia di Kaherah pada 17 Oktober 2026.

KAHERAH, 17 Okt – Arena badminton negara terus menyinar di peringkat global setelah beregu wanita negara, Low Zi Yu-Genevie Lim melakar sejarah menamatkan penantian 34 tahun Malaysia untuk merangkul kejuaraan sulung pada Kejohanan Badminton Remaja Dunia 2026 di Stadium Antarabangsa Kaherah, Mesir, hari ini.

Bermula dengan persembahan meyakinkan, set pertama menyaksikan mereka menampilkan aksi bertenaga menewaskan gandingan Jepun Nijika Kamata-Shizuku Kashio hingga bertarung tiga set 15-7, 9-15, 15-12.

Lebih manis, kejayaan pasangan beregu itu memecah dominasi China selama ini sejak acara itu mula dipertandingkan pada 1992 selain beregu dari Korea Selatan, Hong Kong dan Denmark gagal menghalang kemaraan jaguh negara itu.

Zi Yu-Genevie mara ke final selepas menundukkan pasangan pilihan ke-15 dari China, Shi Si Chen-Xiang Yu Jin 15-9, 15-11 dalam aksi separuh akhir semalam yang berlangsung selama 32 minit.

Ini merupakan satu kejayaan bermakna apabila perjuangan senior mereka di Terbuka Denmark juga berterusan di peringkat final esok.




Hujan Tak Halang PM Anwar Sertai 63,000 Peminat Saksikan Konsert Siti Nurhaliza

 

IMG_8425

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyaksikan persembahan konsert Siti Nurhaliza dalam suasana hujan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 17 Oktober 2026.

KUALA LUMPUR, 17 Okt – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyertai kira-kira 63,000 peminat menyaksikan persembahan biduanita negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, menerusi Konsert Tradisional Gema Bumantara di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Kehadiran Anwar memeriahkan konsert berlangsung dalam suasana hujan dengan beliau dilihat memakai baju hujan ketika menikmati persembahan bersama penonton lain.

Persembahan bermula 8.30 malam itu menyaksikan peminat tetap memenuhi stadium dan bertahan meskipun hujan turun sepanjang acara, sekali gus memperlihatkan sokongan mereka terhadap penyanyi tersohor berkenaan.

Siti, yang menyedari kehadiran Perdana Menteri, merakamkan penghargaan kepada Anwar kerana meluangkan masa menghadiri konsert berkenaan walaupun mempunyai jadual tugas yang padat.

“Kami berbesar hati menyambut kehadiran Perdana Menteri kita, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Terima kasih kerana sudi hadir memeriahkan konsert muzik tradisional terbesar saya,” katanya ketika berada di pentas selepas menyampaikan persembahan duet bersama penyanyi jemputan, Haziq Rosebi.

Anwar turut dilihat duduk bersebelahan suami Siti, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, ketika menyaksikan persembahan yang mengangkat muzik tradisional dan warisan Nusantara itu.

Siti turut berseloroh mengenai hujan yang membasahi penonton, sambil menyifatkan penganjuran konsert berkenaan sebagai impian yang akhirnya berjaya direalisasikan di stadium terbesar negara.

“Walau apa pun, ini impian yang menjadi kenyataan buat saya. Saya sendiri tidak pasti bila lagi impian ini dapat direalisasikan.

“Akhirnya, ia terlaksana di sini, di stadium terbesar negara,” katanya yang disambut sorakan dan tepukan gemuruh penonton.

Konsert Gema Bumantara turut menampilkan barisan artis jemputan, termasuk Noraniza Idris, Haziq Rosebi serta penyanyi Indonesia, Lesti Kejora dan King Nassar.

Menerusi persembahan selama tiga jam yang menampilkan lebih 30 lagu klasik, Siti turut mengetengahkan keunikan muzik tradisional menerusi persembahan tarian zapin, wayang kulit dan busana warisan.

Konsert itu diadakan sembilan bulan selepas Konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza yang berlangsung di lokasi sama pada 10 Januari lalu, dengan kehadiran 65,000 peminat.

Selain menjadi tanda penghargaan kepada peminat, Gema Bumantara turut membawa misi menghidupkan dan memperkukuh apresiasi terhadap muzik tradisional dalam kalangan generasi berbeza.

Oleh Syafii Syazwan Jefri, Afwan Rostam





Apa Sebabnya Tuanku Muhriz Murka Terhadap Ismail Lasim?

 

IMG_8434

Foto bersejarah buat kesekian kali, Tuanku Muhriz murka terhadap Ismail Lasim di Masjid Karah Beting, Kuala Pilah pada 16 Oktober 2026. Foto Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Pilah

PENDAPAT, 18 Okt – Selepas satu negara kecoh apabila Tuanku Muhriz menegur keras Menteri Besar Negeri Sembilan, Ismail Lasim, di hadapan orang ramai. Rakaman yang tular itu memperlihatkan baginda begitu murka sehingga mengarahkan MB beredar.

Tapi jangan tengok babak MB kena marah sahaja. Kena tengok juga apa yang berlaku sebelum itu.

Tuanku Muhriz sendiri mendedahkan bahawa Ismail telah menulis surat kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang menyatakan keputusan beliau bersama Exco adalah sah dan baginda bukan lagi Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan. Itu isu pokok yang mencetuskan kemurkaan baginda.

Siapakah dalang di sebalik tentera siber menyerang Tuanku Muhriz selepas baginda murka terhadap Ismail Lasim di Kuala Pilah pada 16 Oktober 2026?

Selepas rakaman tersebut tular, muncul pula sederet akaun Threads yang mempertahankan MB. Menariknya, ada akaun yang cuma mempunyai 0, 1, 2 atau 4 pengikut sahaja!

Lebih menarik, naratif mereka hampir serupa. MB digambarkan tenang, sabar dan penuh hormat. Sebaliknya, tindakan Tuanku Muhriz yang menaikkan suara dipersoalkan. Seolah-olah perkara paling besar dalam krisis ini ialah MB kena marah depan orang ramai.

Banyak tangkap layar yang dikongsikan memperlihatkan persamaan mesej yang cukup ketara. Akaun-akaun ini dikendalikan secara tersusun menggunakan bot.

Antara akaun-akaun palsu dijana ‘bot’ yang hanya mempunyai 1 hingga 4 pengikut menyerang Tuanku Muhriz di media sosial Threads pada 16 Oktober 2026.

Persamaan naratif dan jumlah pengikut yang terlalu kecil memang mengundang persoalan.

Yang peliknya, isu asal tentang kedudukan Tuanku Muhriz dan tindakan pentadbiran negeri seakan-akan tenggelam apabila perhatian dialihkan kepada simpati terhadap MB.

Kalau benar mahu mempertahankan MB, jawab dahulu isu surat kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja itu. Apakah asas keputusan yang dibuat bersama Exco? Mengapa Tuanku Muhriz mempertikaikannya? Persoalan itu jauh lebih penting daripada siapa yang kelihatan tenang dalam video.

Contoh ketiga-tiga akaun ‘bot’ yang dibuka pada tarikh serentak pada 30 September 2026 dipercayai bertujuan menyerang Tuanku Muhriz selepas murka terhadap Ismail Lasim pada 16 Oktober 2026.

Simpati kepada MB boleh dibincangkan. Tetapi krisis institusi diraja Negeri Sembilan tidak akan selesai hanya dengan mengulang cerita bahawa MB seorang yang sabar. Rakyat berhak mendapat jawapan tentang tindakan yang mencetuskan kemelut ini sejak awal.

Oleh Ahmad Mursi





Tahniah kepada para Gen Z yang berfikiran matang, waras, analitikal & terbuka. TERUSKAN...

 





Tahniah kepada para Gen Z yang berfikiran matang, waras, analitikal & terbuka. Teruskan kritikan membina anda yang bersandarkan fakta² sahih demi kemaslahatan sejagat & lakukan secara berhemah sesuai dengan tatasusila & budaya kita sebagai rakyat Malaysia.

Jauhi ketaksuban kerana ianya boleh memandulkan kewarasan akal fikiran yang sihat.




KEH..KEH...BILA KECEWA...TRY HARD

 

Syam Ghaz





Abah Aspirasi ni mcm lah kita tak tahu kamu buat apa dan berapa banyak kamu dah buat.

Saya tak pernah attack peribadi kamu. Jangan kaitkan Hal peribadi kamu dengan orang lain dengan saya.
Kamu tahu apa saya boleh buat dan akan buat, bergitu juga skala gerak kerja saya bila saya fokus dan aktifkan semua pasukan saya.
Kita masih berkawan, tak perlu sebab politik kamu jadi tak rasional





SIDANG DUN DITANGGUH TANPA NOTIS AWAL! KRISIS N9 MAKIN CELARU SELEPAS BN MENANG, MANA SOLUSI YANG DIJANJIKAN TOK MAT?

 


Sidang DUN Negeri Sembilan yang dijadualkan bermula pada 16 Oktober 2026 dilaporkan tidak berlangsung seperti dirancang. Lebih menjadi persoalan apabila wakil rakyat pembangkang mendakwa tidak menerima pemakluman rasmi mengenai penangguhan tersebut. Situasi ini menimbulkan tanda tanya tentang perjalanan urusan pentadbiran negeri.

Sebelum PRN, BN pernah menyuarakan keyakinan bahawa mereka mempunyai kaedah terbaik untuk menyelesaikan kemelut di Negeri Sembilan. Namun, selepas BN memenangi PRN, persoalan mengenai penyelesaian krisis ini masih belum reda. Rakyat pastinya mahu melihat penjelasan yang jelas, bukan sekadar janji yang tinggal sebagai bahan perbincangan.

Jadi, mana penyelesaian yang pernah dijanjikan? Adakah kerajaan negeri akan tampil memberikan penjelasan mengenai penangguhan sidang DUN dan langkah seterusnya untuk meredakan kemelut ini? Rakyat berhak mendapat penerangan yang telus supaya persoalan mengenai kestabilan pentadbiran negeri tidak terus berpanjangan. 






AWAS BERITA PALESU


Bob Kelanang




 Dakwaan bahawa pengguna biasa akan dikenakan caj bagi transaksi pembayaran menggunakan kod QR adalah PALSU. Tiada pekeliling kerajaan yang menyatakan bahawa pengguna biasa akan dikenakan caj sedemikian. Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mudah mempercayai atau menyebarkan maklumat yang tidak disahkan.






'Sudah lupa kes mata lebam Anwar dibelasah dulu?' - soal Rayer


 

@LensaTv3 Subscribe Geng UMNO Kepanasan Dengan Adik Ummi


 

KANTOI GUNA FAKE ACCOUNT! LASKAR SIBER SERANG YAMTUAN: MUJAHID DESAK MB JAWAB!


 

@thekapitanMY TAPI ADA JUGA YB KERJANYA PONTENG


 

ELEH...TAK KAN LA HANGPA TAKUT.....

 




Syam Ghaz



Baru jentik Sanusi Md Nor sikit, dah mengelupor? Sabaq sat, baru 1st round training, banyak lagi nak buat ni.



NOH MENANG TAPI KECOH

 


HINA MAHKAMAH...Maka berjemaahlah mereka kesana...






OWHHH... ADA GAK BODO DIA.. PATUT TAK LAKU DAH....



Nasrul Hisham




 Ya Allah...bodoh dan jahat sekali artis sendu dan arkitek ni. 


Tak baca Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri ke?


PH tak bodoh macam walaun.




KELUAR DARI KETAKSUBAN


Ahmad Hussein


 Seperkara saya benar² syukur pada Allah iaitu saya berjaya keluar dari ketaksuban terhadap Firqah Rusila Hadi Awang.



Saya dulu orang mengaji Pondok, so puak² Hadi berdakyah bawa imej Lebai masuk ke pondok-pondok untuk cari pengaruh. 


Maka dulu ketika di pondok memang saya terjebak dengan Firqah Hadi, namun Alhamdulillah sampai satu tahap Jemaah Tabligh menjadi asbab keselamatan saya, Allah SWT kurnia bimbingan asbab saya mencari, kerana memang saya dah rasa something wrong selama menjadi Wala'un, jiwa tak tenang dan ibadah tak khusyuk. 


Alhamdulillah, saya kembali sedar keluar dari kebatilan Firqah Hadi yang merosakkan jiwa-jiwa manusia diatas nama agama.


Sebenarnya orang² PAS jauh dari sifat Mahmudah, mereka adalah ahli Mazmumah.


Malangnya, Mazmumah orang² PAS telah dihalalkan atas nama "Agama Politik", maka itu membuatkan mereka tak pernah rasa berdosa.


Adapun saya Alhamdulillah berjaya keluar dari kebatilan itu dek usaha Dakwah Tabligh yang menekankan aspek kemurnian jiwa mengusahakan ittiba' As-Sunnah.


Saya minta maaf kepada PM Anwar Ibrahim selama saya menjadi Wala'un dulu, adapun kini Alhamdulillah saya mahu tebus kesilapan silam terjebak dengan Firqah Hadi.




2 TOKOH LEMPANG ANAK MUDA BERPENDIDIKAN.

 MAKCIK KAU LEMPANG LA KJ TU DULU. DIA SOKONG MAHASISWA UM TU. CEPATLAH PERGI LEMPANG. ATAU HANYA BERANI UGUT ANAK MUDA?




@thekapitanMY SEBAB TU RAKYAT KATA LEBAI PAS MUNAFIK


 

BALIK LAH





 Gerakan Rakyat Malaysia Anti Pendatang Tanpa Izin(GERAM@PATI)

 




TAK PANDAI DUDUK

 

De De


Nak Tanya.. hang nak suruh buka ka nak suruh tutup sebenarnya? Jap nak buka.. Jap nak tutup.. lempang nak tak?





MELAYU YANG MUDAH DITIPU BANGSA SENDIRI

 


DAP, DAP, DAP.



Itulah modal yang digunakan untuk menakut nakutkan orang melayu sejak zaman dulu lagi.


Yang paling tak tahan manusia ada pelajaran macam Azhar sulaiman ni pun boleh termakan umpan dengan hanya sekeping poster fitnah.


Ada lagi baik kalau si Behar ni bagitahu pimpinan UMNo N.9 supaya tak payah la nak menderhaka sangat. Tunggu je keputusan mahkamah.


Ni sekarang kalau tengok posting dan komen orang UMNO macam dah hilang hormat langsung pada YMTB Tunku Muhriz tu.


Bukan dulu si Akmal Ketua Pemuda UMNO bagi amaran "jangan usik raja raja kami!"?


Dah sekarang ni terbalik pulak.. korang pulak yang beria nak jatuhkan raja melayu.


Kita orang yang selama ni dituduh nak jatuhkan raja raja melayu pulak yang bermati matian pertahankan raja melayu.