Posted By: Redzuan RF8 Mediaon:
TERKINI! KENYATAAN PADU YB MUJAHID YANG SELALU DI FITNAH!
KENYATAAN TERKINI DARI YB MUJAHID YANG TERBAIK DAN PADU!! LANGKAH SAITAN ADALAH LANGKAH RAKUS KUASA DAN GILAKAN JAWATAN SEMATA-MATA!!
.KAUM INDIA LEBIH TERUK KETIKA INI BERBANDING 2017

Kaum India lebih teruk ketika ini berbanding 2017
on:
Pelan Tindakan India Malaysia (MIB) yang dilancarkan oleh kerajaan BN pada 2017 lalu perlu dikaji semula kerana kedudukan ekonomi masyarakat India lebih buruk ketika pasca pandemik Covid 19.
Hal itu didedahkan oleh beberapa tokoh politik, NGO dan ahli akademik India yang merancang naratif pembangunan dan hala tuju kaum India Malaysia.
Menurut kenyataan Ahli Parlimen Klang Chales Santiago dan Ahli Dewan Negeri Sentosa, Dr Gunaraj George, kaum India Malaysia didapati ketinggalan dari segi ekonomi semakin hari semakin teruk dna hal itu telah memberi kesan mendalam kepada isi rumah mereka.
“Pertumbuhan gaji median India adalah yang paling perlahan berbanding kaum lain, dengan 5.3% setahun dalam tempoh 2017-2019. Kadar pengangguran telah meningkat daripada 4.7% pada 2017 kepada 5.2% pada 2019.
“Pengurangan kemiskinan juga yang terendah dalam kalangan kaum India, dengan hanya pengurangan 0.7% daripada 5.5% pada 2016 kepada 4.8% tahun 2019,” kata mereka.
Menurut kenyataan itu lagi, isi rumah kaum India bandar telah menggantikan kedudukan isi rumah Bumiputera untuk mencatat pendapatan isi rumah terendah di kawasan bandar, iaitu RM100 lebih rendah berbanding pendapatan isi rumah bandar Bumiputera.
Begitu juga ketaksamaan dalam kalangan orang kaya dan miskin India telah berkembang lebih luas dari tempoh MIB hingga sekarang, dengan jurang berkembang pada kadar 2.5% setahun. Kata kenyataan itu, 16% daripada isi rumah India Malaysia memperoleh pendapatan kurang daripada RM 3,000 sebulan dan hanya menyumbang 4.6% daripada jumlah bahagian pendapatan.
“Hanya 14.3% daripada masyarakat India terlibat dalam keusahawanan dan merupakan yang paling rendah antara semua kaum, dengan 91% daripada mereka adalah perniagaan mikro.
“Kekurangan sistem sokongan dan peluang untuk usahawan muda India menjadikannya lebih sukar bagi mereka untuk mengembangkan perniagaan.
“Angka-angka ini jelas menunjukkan inisiatif MIB tidak banyak membantu memartabatkan masyarakat India Malaysia. Keluarga B60 Malaysia lebih teruk selepas wabak dan banjir pada Disember 2021,” kata mereka.
Justeru, hal itu cuba diperbaiki dalam sidang khas oleh kira-kira 100 pemimpin daripada 63 NGO masyarakat India pada 3 Julai lalu dan mengesyorkan cara Kerajaan Persekutuan serta negeri boleh campur tangan dalam menangani isu kaum berkenaan.
Mereka juga menyarankan MIB atau Pelan Tindakan Masyarakat India (PTMI) dikaji semula bagi menyesuaikan pelan perancangan dengan realiti ekonomi semasa.
“PTMI perlu dikaji semula dari segi strategi untuk meningkatkan taraf sosioekonomi kaum India. Satu unit khas yang dimodelkan daripada TERAJU harus dibentuk untuk menyediakan peluang perniagaan yang sama rata kepada kaum India Malaysia.
“PTMI juga harus menekankan pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) mulai umur 13 tahun bagi pelajar India B60 yang berprestasi lemah dalam pelajaran. Memandangkan pemilikan rumah oleh keluarga B60 adalah kurang daripada 1.0%, peluang untuk meningkatkan peratusan ini kepada 10% perlu diberikan untuk PPR, Perumahan Transit Belia, skim sewa-milik dan Skim Rumah Pertama Saya untuk B60 India,” kata kenyataan itu lagi.
Kenyataan itu juga menuntut skim pembiayaan mandiri yang dimodelkan selepas SINDA dengan pembiayaan permulaan sebanyak 100 juta harus diperkenalkan dalam Belanjawan 2023; menekankan pembiayaan penuh untuk sekolah Tamil di Malaysia; sebuah pusat sehenti dan jawatankuasa yang cekap, bertanggungjawab dan telus harus dibentuk untuk membolehkan manfaat dan peluang kritikal kepada masyarakat India juga satu rancangan konkrit oleh PTMI bersama-sama matlamat Sustainable Development Goals (SDG) mesti dirangka bagi meningkatkan pendapatan isi rumah kaum India
Justeru mereka menegaskan formula matlamat SDG mesti menjadi asas campur tangan kerajaan dan amat penting untuk memartabatkan masyarakat India.
RAMALAN DAIM TAK SETAJAM DULU
SAMSUDIN NAWAWI
PRU yang sudah2, apabila Daim membuat ramalan dan analisa, kalau
tidak 100% tepat pun, 80% betul. Maknanya analisa yang dapat markah A. Kalau
bukan A+ pun, A- pun A juga.
Kenyataan Daim ini akan menjadi perbahasan mungkin juga polemik
dalam seminggu dua akan datang. Ada yang setuju dan ada yang tidak setuju. Itu
perkara biasa.
Kita tengok metar macai2 Umno/BN nak ulas apa dulu.
Apa yang saya nak ulas sebagai pembuka gelanggang, Umno ini masa
depan jangka pendek nya bergantung kepada 2 institusi.
1. RoS untuk luluskan pindaan perlembagaan adakan pemilihan
dalam tempoh 6 bulan selepas PRU. Kalau tak lulus, terpaksa lah hadapi
berperang sesama sendiri dahulu sebelum berperang pula dengan orang lain dalam
PRU.
2. Mahkamah. Bergantung nasib dengan keputusan yang bakal
diberikan kepada bekas Presiden dan current President. Kalau mahkamah kata
lepas, ada effect nya. Kalau mahkamah kata ke dalam pun ada effect nya.
Ayuh....sila masuk.
BAKAQ KELAMBU
NIZAM JENTIK JENTIK
Sedih bila kami dapat tau Crackhouse Comedy Club digantung
operasi... Semua ini disebabkan seorang wanita yang membuat aksi provokatif dan
menyebarkannya di sosial media... Beberapa soalan yg banyak saya dapat...
1. Saya kenal ke perempuan ni? - Saya tak kenal... Malam Openmic
adalah malam sape-sape bole request slot untuk perform... Kami kenal orang yang
familiar faces saja iaitu rakan rakan komedi kami... Wanita tersebut baru
pertama kali menjejakkan kaki di Crackhouse...
2. Kenapa tak halang persembahan tu sebelum dia bukak baju? -
Everybody in shocked of what happen there, Crackhouse tiada bonzer, hanya ada
hos, waiter, tukang jaga pintu, tukang jaga sound (selalunya orang yg sama
dengan jaga pintu), dan tukang jaga F&B... And everybody in shocked masa
tu... Dan tak ganggu semata mata menghormati masa 3 minit yg telah diberi pada
dia... Lagipun tindakan banned wanita tersebut telah dibuat immediately after
the performance...
3. Kenapa da viral baru sibuk nak buat report polis, padahal
video tu da 3 minggu dipost oleh that lady? - Kami pun taktau dia da post sebab
tiada antara kami yang ada mutual friend dengan dia, and kami taktau
persembahan itu dirakam oleh husband dia... Hal merakam ni kami telah
kuatkuasakan kepada tetamu, tidak boleh merakam apa saja persembahan
komedian... Komedian saja dibenar merakam, itupun utk record peribadi...
4. Betulke Crackhouse ni tempat komedian hina melayu dan islam?
- Tidak, ada je komedian cerita pasal anjing belaan, family, vacation,
neighbours, life after wedding, dan macam2 lagi.. semuanya adalah semata mata
utk lawak dan hiburan... Saya banyak je clean jokes perform kat sana, youtube
ada banyak rujukan dan bole tengok, taip je Nizam Jentik Jentik...
Kami da bertahun jadikan @crackhousekl tempat untuk kami menghiburkan hampir berpuluh
ribu penonton dari dulu lagi, dan tempat utk kami asah bakat, dan dari tiada
apa2, sehingga berjaya dalam.industri komedi... with familiar faces seperti @thedouglaslim @harithiskander @drjasonleong @fakkahfuzz @mad_sabah @shavshic @kcnazari @hilmyashley @rayzamukmin @faridazmeir @phoonchiho @prakashdanielcomedy @kavinjay dan ramai lagi...
After all, SHE IS NOT A STAND UP COMEDIAN...
GILA DULU DAN GILA SEKARANG
A.KADIR JASIN
Gila Dulu dan Sekarang
1. Dulu mudah. Orang tidak siuman atau kurang siuman dipanggil
orang gila. Ada juga disebut kes mental.
2. Orang gila yang bercakap sendiri, berpakaian koyak-rabak dan
berjalan ke hulu hilir tanpa membahayakan orang ramai, dibiarkan begitu saja.
3. Yang gila sekali-sekala, macam gila meroyan, akan dikurung di
dalam rumah apabila terjadi kegilaannya. Kalau tidak terkawal juga, akan diikat
pada tiang rumah.
4. Yang betul-betul teruk dan membahayakan orang ramai barulah
dihantar ke rumah sakit otak atau hospital gila.
5. Saya dah tak ingat bila, tapi lama-kelamaan istilah macam
orang gila, rumah sakit otak dan hospital gila tidak dibenarkan lagi.
6. Sebelum istilah dan nama macam itu dihentikan penggunaannya,
semua orang tahu ada dua buah hospital sakit mental atau hospital gila di
Semenanjung Tanah Melayu, iaitu di Tanjong Rambut, Perak dan Tampoi, Johor.
7. Tidak tahulah pasal apa penjajah Inggeris mendirikan hospital
itu di Perak pada 1910 dan Johor 1915. Boleh jadi kerana pentadbiran kolonial
mempunyai kepentingan ekonomi yang besar di kedua-dua buah negeri itu dan
mereka mendapati ada banyak orang gila.
8. Sekarang hospital psikiatri Tanjong Rambutan dikenali sebagai
Hospital Bahagia Ulu Kinta dan hospital psikiatri Tampoi ditukar menjadi
Hospital Permai. Terpulanglah kepada masing-masing memberi erti kepada apa yang
dimaksudkan dengan bahagia dan permai itu.
9. Banyak laporan mengatakan semakin ramai penduduk Malaysia
mengalami masalah psikiatri sehingga membawa kemudaratan kepada diri sendiri
dan orang sekeliling mereka.
10. Tapi saya berpendapat, di Malaysia kita ini, hanya orang
gila saja yang mempersendakan agama sendiri, apatah lagi agama orang lain. Tak
kiralah di mana dan untuk tujuan apa. Lagilah orang Islam yang mengaku hafal
lebih separuh al-Quran lepas itu telanjang separuh.
11. Masalahnya, jika seseorang itu disahkan gila oleh pakar
psikiatri, dia tidak boleh dibicarakan oleh mana-mana mahkamah undang-undang
atau dikenakan apa-apa tindakan kecuali rawatan psikiatri di rumah sakit otak.
Jadi berhati-hatilah kalau nak buat gila. Padahnya buruk.
Wallahuaklam.
Penerangan gambar berbunyi: Hospital Mental Baru Tampoi, Johor.
Blok Pentadbiran (1937)
MASA ADA KUASA DIA MINTA KUASA. ADA KUASA KENCING SENTIASA
MOHD MUKHLIS
Masa ada kuasa dia bilang tak ada kuasa nak hapus, bila tak ada kuasa dia minta bagi 5 hari pula untuk tunjuk kuasa.
Lebai kalau
dia bercakap 10, 11 jangan percaya. Ini semua tercekik sagonnnnnnnn.
Demikianlah..
PROFF AGUS YUSOF : NOTA PERSARAAN: BEBERAPA CATATAN POLITIK
1. Hari ini, 11 Julai, saya secara rasminya bersara. Sebagai mengakhiri khidmat, saya perturunkan catatan saya tentang politik negara.
*************
2. Tahun 1985 semasa saya baru bertugas, berlaku tragedi Memali. Satu sebab utamanya ialah kesan amanat seorang pemimpin PAS yang diucapkan di Kg Banggol, Peradong pada April 1981. Bahaya amanat ini. Dan amanat ini sampai sekarang belum lagi ditarik balik.
3. Demokrasi Malaysia juga begitu. Selama 37 tahun saya menilainya hanya prosedural, setakat ada pilihan raya secara berkala sahaja. Dari dahulu, ada sahaja akta yang menyekat keberanian rakyat untuk bersuara.
4. Mengkritik dan menegur kerajaan, ISA menanti walaupun ISA sebenarnya bertujuan untuk menangkap dan menahan tanpa bicara mana-mana orang yang memudaratkan keselamatan negara atau mana-mana perkhidmatan perlu di dalamnya atau kedudukan ekonominya.
5. Biarpun begitu tujuan ISA, mengkritik kerajaan dan mempertahankan hak-hak asasi manusia juga dianggap sebagai memudaratkan keselamatan negara. Oleh sebab itulah, ramai yang bertentangan dengan kerajaan di bawah ISA.
6. Setelah ISA dimansuhkan, saya membayangkan rakyat akan mempunyai ruang untuk berhimpun dan bersuara. Ruang itu memang ada sekarang, tetapi tetap dibataskan dengan pelbagai akta dan sekatan baru. Ekspresi demokrasi mandul lagi.
7. Ini yang membimbangkan saya. Saya bimbang sekiranya intelektual tidak berani bersuara lagi dan menjadi bisu untuk menegur kerajaan. Saya sendiri merasakan begitu.
8. Kawan-kawan dalam politik yang berjawatan, apabila ada sedikit perbezaan pendapat tidak lagi bertegur sapa, dan tidak lagi menjawab pesanan WhatsApp. Saya harap pemimpin kita selepas ini berjiwa besar dan bersedia meraikan perbezaan pendapat, apatah lagi apabila perbezaan itu adalah berkaitan dengan hal-hal pengurusan negara.
****************
9. PRU-15 menghampiri. Semua parti ada masalah masing-masing. Pun begitu, sejujurnya jika diadakan PRU sekarang, BN mempunyai kelebihan kerana kuasa incumbentnya, dan parti oposisi pula dalam keadaan keliru antara perlu khemah besar atau sebaliknya.
10. Saya menolak khemah besar. Parti politik yang kuat di Malaysia cuma UMNO, PAS, PKR dan DAP sahaja. Parti-parti lain kecil, tidak ada akar umbi yang kuat, dan bukan bersifat nation-wide parties.
11. Dalam PRU akan datang, saya berharap hanya dua gabungan parti sahaja bersaing—BN dan PH. Oleh itu, PH hanya perlu ada PKR, DAP, Amanah dan UPKO sahaja. UPKO kerana ia bersama PH sejak tahun 2018 dan tidak melakukan pengkhianatan kepada PH. MUDA juga boleh dipertimbangkan kerana MUDA juga belum ada sejarah mengkhianati PH.
12. Jika PN bertanding sebagai gabungan ketiga, itu lagi menarik. Rakyat akan menilai parti pilihan masing-masing. Sekiranya Bersatu tidak membuat impak dalam PRU-15, maka setakat itu sajalah Bersatu signifikan dalam politik Malaysia.
13. Pejuang, biarpun bersetuju dengan khemah besar asalkan tanpa DSAI, dan mahu bertanding sekurang-kurangnya 120 kerusi bagi membentuk kerajaan, jika menang, bagi saya hanya khayalan sahaja.
**************
14. Saya menaruh harapan besar untuk politik Malaysia berubah setelah PH menang dalam PRU-14. Saya mengharapkan berlaku pendemokrasian politik Malaysia. Malangnya, ia tidak berlaku. Dan lebih malang lagi setelah beberapa polisi kerajaan PH ketika itu melanggar manifesto Buku Harapan dan memijak intelek rakyat, ramai ahli parlimen dan menterinya diam tidak bersuara.
15. Bahaya kuasa ini, ia membuatkan pemimpin yang sebelum ini melaungkan reformasi menjadi kaku dan terkunci mulut. Mujurlah berlaku Langkah Sheraton, setidak-tidaknya pemimpin yang kehilangan kuasa tadi mendapat pengajaran daripadanya, jika mahu sedar.
16. Rakyat lega apabila kerajaan berubah. Harapan rakyat agar kesilapan kerajaan BN dan PH tidak diulangi. Namun, yang berlaku tetap sama.
17. Selain Covid-19 yang memangsakan kerajaan PN, kerajaan ini juga membonsaikan demokrasi. Tidak mahu mendengar jeritan rakyat, mengamalkan tindakan dua darjat, membentuk kabinet gemuk dan melantik duta khas yang entah apa fungsinya, menutup parlimen, dan lain sebagainya.
18. Kerajaan Keluarga Malaysia juga begitu. Kabinetnya gemuk, ada duta khas yang keberkesanannya tidak jelas, dan pelantikan pelbagai jawatan yang melukakan perbelanjaan negara dalam keadaan rakyat menghadapi kesusahan hidup.
19. Negara sebenarnya bermasalah. Kita menghadapi inflasi. Inflasi adalah keadaan di mana harga barang dan perkhidmatan meningkat, sebaliknya daya beli mata wang turun. Inflasi mencerminkan ketika harga barang dan perkhidmatan naik, mata wang akan kehilangan nilainya kerana hanya mampu membeli lebih sedikit barang berbanding sebelumnya.
20. Bagi mengawal inflasi ini, maka kerajaan menaikkan OPR. Ahli ekonomi bersetuju peningkatan OPR sebagai langkah terbaik untuk ‘menjinakkan’ peningkatan indeks harga pengguna (IHP) dan kemerosotan kadar tukaran ringgit.
21. Namun, menaikkan OPR ini ada kesan negatifnya. Rakyat yang mempunyai pinjaman bank akan terbeban. Rumah dan kereta akan banyak tidak terjual kerana bunga pinjaman yang meningkat.
22. Oleh itu, kerajaan perlu “address supply side issues by allowing goods and services to flow easily to meet demand.” Kerajaan perlu mengumpulkan pakar ekonomi dari universiti, untuk memikirkan langkah mengatasi masalah rakyat ini.
23. Tolonglah jangan biarkan rakyat menjerit, kelaparan dan sakit. Bagi menjimatkan ketirisan ekonomi, kerajaan perlu menghentikan amalan mencipta kartel, monopoli dan kroni. Berubahlah!
*************
24. Kepimpinan politik menentukan maju atau mundur sesebuah negara. Pada tahun 1994, berlaku genosid di Rwanda yang mengorbankan 500 ribu kaum Tutsi oleh militia Hutu. Apabila Paul Kagame menjadi presiden pada tahun 2000, beliau membangunkan Rwanda sehingga menarik kedatangan pelancong dan menjadikan pelancongan sebagai pendapatan utama Rwanda.
25. Selain itu, Rwanda sekarang adalah hab tekonologi bagi Afrika. GDP nominalnya juga meningkat laju dari US$127 pada tahun 1994 kepada US$909.9 pada tahun 2022. Begitu juga Indonesia di bawah Jokowi sekarang. Negaranya begitu pesat membangun dan ini adalah disebabkan oleh kepemimpinan negaranya.
26. Malaysia juga perlu mempunyai pemimpin yang hebat jika mahu negara maju. Sekiranya saya ditanya siapa pilihan terbaik untuk mengendalikan negara, jika dari UMNO saya akan menyebutnya YB KJ. Beliau berani, tegas dengan pandangannya, artikulatif, cerdik, dan berwibawa untuk mewakili negara di persada antarabangsa.
27. Jika secara keseluruhannya, tanpa mengambil kira parti mana yang menang nanti, pilihan pertama saya adalah DSAI. Dalam tulisan sebelum ini, saya telah memberikan empat alasan kenapa saya memilih beliau.
28. Kali ini, tanpa mengulanginya, saya memilih DSAI kerana beliau berpengalaman, bernyawa dengan denyut nadi rakyat, dan mempunyai jiwa reformasi. Ssaya yakin beliau boleh membawa Malaysia ke arah kecemerlangan dan berintegriti sehingga Malaysia kembali mendapat perhatian masyarakat dunia.
************
29. Saya sedih untuk meninggalkan mahasiswa saya. Merekalah sumber kekuatan dan semangat saya untuk berkarya. Dalam setiap kuliah, saya sering menyampaikan pesan-pesan saya.
30. Bagi mahasiswa PhD pula, dalam setiap pertemuan, saya yakinkan mereka, saya tidak akan tinggalkan mereka. Mereka bukan setakat harta dan kasih saya, tetapi harta negara. Saya berdoa agar mereka terus maju.
31. Panjang catatan persaraan saya. Maaf, jika ada yang berbeza pendapat. Salam Aidil Adha.
*PEMIMPIN PENJAJAH BARU RAKYAT*
✨Cerita menteri🇲🇾 buat Rakyat🇲🇾
Julai 2022 Peristiwa Hitam Buat Rakyat
Seronok jadi orang politik…tipu sana tipu sini jadi kaya
*PEMIMPIN PENJAJAH BARU RAKYAT*
Senangkan nak kaya di sini. Masuk politik tipu org kampung, org susah dan org yg kurang pendidikan… katakan ini demi bangsa mu. Tak perlu stress berniaga utk jadi senang atau jadi kaya.
Inilah kaya ala Melayu. Ada lesen dipajakkan, ada kontrak di sub kan, jadi pemimpin bolot projek dan akhirnya begitu ramai berebut2 utk menjadi pemimpin politik kerana di negara ini org politik dianggap insan istimewa.
Org lain mencuri RM100 dtg mahkamah digari tetapi pemimpin politik masih diiring seperti VIP. Org miskin curi susu masuk penjara tapi org politik curi beratus juta bebas ke sana sini…Kadang2 tertanya tanya mana nak dapat borang keahlian menjadi VIP politik.
Begitu mudah rakyat diperbodohkan… dulu zaman Najib kutip GST berpuluh billion setahun, yg dipulangkan kembali kpd rakyat melalui BRIM tak sampai RM 7 billion.
Skg Mail pun nak buat perkara sama.. ditarik subsidi berbillion minyak masak dan diberi bantuan hanya RM100 utk golongan B40…
Jadi Menteri di sini paling mudah selesaikan masalah rakyat. Bila harga gula meningkat Menteri saran jgn makan gula sb bahaya, bila harga ayam dan sayur naik, MB suruh rakyat tanam sayur dan ternak binatang, bila rakyat rungut air keroh, TMB kata tak ada org mati mandi air keroh…
Jenis Menteri Malaysia bukan fikir nak selesaikan masalah tapi fikir bagaimana nak beri alasan. Maka bila tiada niat bersungguh utk rakyat alasan2 bodoh pun muncul.
Lepas itu ugut rakyat kalau tak bayar zakat tanpa melalui kerajaan berdosa, Najib pula kata siapa tidak bayar cukai mereka adalah pengkhianat negara tapi diri sendiri berbillion tidak bayar cukai, ada Menteri pula suruh askar tanam sayur bukan fikirkan bagaimana utk meningkatkan elaun anggota tentera atau mengawal inflasi.
Ada tak PM dan Menteri kita ini bagi pandangan kita kena perang habis habisan gejala rasuah yg buat negara rugi berpuluh billion setahun? Ada tak mereka kata kita kecilkan Kementerian utk jimatkan billion wang rakyat? Nahee…
Yg mereka buat lantik org2 politik dgn pelbagai jawatan GLC dgn gaji ratusan ribu. Lantik kroni dgn gaji ratusan ribu sehari. Lantik juga Menteri dgn Pengerusi GLC dan sebagainya. Mereka lakukan utk kepentingan kuasa mereka.
Bila duit sudah tiada bila digunakan utk segala kemewahan, mereka hentikan subsidi, mereka hentikan penetapan harga siling… mereka peduli apa? Duit beratus juta dan berbillion di dlm bank dlm dan luar negara.
Yg merana rakyat dijadikan hamba kerana mereka tahu jiwa rakyat masih ramai berjiwa hamba. Mereka tahu kelemahan rakyat ada 3 perkara bila menjelang PRU nanti. Pertama dirasuahkan dgn ringgit, kedua dimainkan isu bangsa dan ketiga dimainkan isu agama… selesai segala penipuan.
Yg sedih mereka hentikan pemberian subsidi rakyat terpaksa tanggung sendiri. Rakyat kena kerja siang malam cari duit tambahan utk tanggung inflasi. Pemimpin pula terus naikkan gaji hasil duit rakyat dan hasil pembohongan kpd rakyat.
Sudahkah kita merdeka jika masih mudah ditipu dan ditindas? Sudahkah kita merdeka jika kadar kemiskinan masih tinggi? Kita sekarang sebenarnya telah dijajah oleh pemimpin kita sendiri.
Rakyat bekerja kuat gaji sedikit, pemimpin kerja sedikit gajinya besar. Bangkitlah rakyat Malaysia… bukan suruh kamu berperang tetapi kita kena suarakan. Negara kita ini kaya tetapi kenapa tidak berduit tetapi kenapa pemimpin yg kaya raya?
Jika kita tidak bersuara esok atau lain kali kalian akan terus ditindas. Jgn dipenjarakan suara mu kerana itu tandanya kau memperhambakan ketakutan mu. Bersuaralah….
🙄🤔🤐🤐🤐🤷🏻♂️🤷🏻♂️🤷🏻♂️
ISLAM TERANCAM..MENTERI AGAMA MANA PEE..LENA KA APA...WOIII ISLAM TERANCAM...KAH..KAH..KAH..WALAUN TETAP DIAM DAN MENCARI DALILL
KALAU TERJADI DIZAMAN PH..MEMANG TAK TIDOQ MALAM LA WALAUN ULAS SIANG MALAM PAGI PETANG SIAP KAPIRKAN ORANG..PUNYA CILAKA PUAK PUAK INI MENGELUARKAN HUKUM IKUT SUKA HATI DAN MEMFITNAH.
PANDANGAN PROKSI MAHATHIR HANYA AKAN MENGGUSARKAN PENYOKONG PH. PAS DENGAN MASAALAH KEPERCAYAAN TEENTANG PERANAN MEREKA DALAM KERAJAAN MENJADI RACUN KEPADA PENYATUAN DALAM BN-PN..PAS DILIHAT GAGAL MEMAINKAN PERANAN SEBAGAIMANA YANG MEREKA CAKAP SELAMA INI,
PAS akan mendapat untung dalam pilihan raya umum akan datang akibat perpecahan dalam Pakatan Harapan (PH) dan juga Barisan Nasional (BN), kata Daim Zainuddin.
Bekas menteri itu memberitahu The Malaysian Insight, beliau juga menjangka parti dalam PH akan kehilangan sebilangan kerusi.
“Pembangkang tidak akan dapat majoriti kerana DAP akan kehilangan sebilangan kerusi sementara PKR akan kalah lebih lagi.
“Bagi Pejuang, saya rasa sudah habis dan begitu juga Bersatu.
“Dan jika kita tidak hati-hati, PAS akan dapat lebih banyak kerusi,” kata bekas menteri kewangan itu di pejabatnya di Menara Ilham dalam satu wawancara.
Katanya, walaupun PH kehilangan kuasa pada 2020, ia masih tidak berubah.
“Malah sehingga hari ini, mereka masih tidak berubah. Pembangkang masih berpecah-belah. Dan ini akan berterusan hingga 10 tahun jika kita tidak hati-hati.”
Jelasnya, perpecahan dalam PH dan Umno akan hanya mendorong pengundi Melayu ke arah PAS.
PH yang terdiri dari PKR, DAP, Amanah dan Upko gagal mencapai persetujuan bagi membentuk gabungan besar pembangkang seperti dalam kempen pilihan raya 2018.
Di satu pihak lagi, pergeseran berlaku di antara Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob untuk mengawal parti itu.
Berbeza dengan parti lain, ideologi Islam dibawa PAS akan menarik orang Melayu kerana apabila berdepan keadaan tidak pasti, golongan pengundi itu lebih terdorong kepada agama, katanya.
“Apabila orang Melayu semakin tua, mereka juga mula berfikir tentang Allah dan bagaimana PAS menjadi penyelamat mereka,” kata tokoh Kedah itu.
Ramai pengundi Melayu berusia pula di negeri majoriti Melayu, Kelantan dan Pahang yang menjadi bank undi parti konservatif, dan ia hanya akan menguntungkan PAS, jelasnya lagi.
Beliau mengenali PAS sejak tahun 1960-an sewaktu berkecimpung dalam politik ketika menjadi peguam muda dari Kedah.
Namun beliau melihat parti itu sudah berubah selepas mengecap kuasa apabila menyertai pentadbiran Perikatan Nasional.
“Ini bukan PAS yang saya kenal pada tahun 1960-an. Ini PAS yang mahu kuasa kerana mereka sudah mengecap kuasa.
“Saya masih rapat dengan mereka tetapi saya (tolak usaha mereka ambil alih pentadbiran negara). Sebab itu kita perlukan generasi baharu,” katanya yang kini bersara dari perniagaan.
Mengulas mengenai parti lamanya, Umno, Daim melihat parti itu yakin dapat menang lebih separuh dari 165 kerusi di semenanjung Malaysia.
“Sesetengah penganalisis Umno percaya mereka boleh menang hingga 85 kerusi. Tapi itu bermaksud mereka perlukan Sabah dan Sarawak,” katanya. – 11 Julai, 2022..
MALAYSIA INSIDE
INGATAN BUAT PH : HARAMKAN DIRI BERCAKAP SOAL KHEMAH BESAR, PH MESTI BERHENTI MELAYAN KARENAH PARTI2 CENONIT
Rasanya sudah hampir kali yang ke-1000 kita mendengar pemimpin parti di luar PH bercakap dengan nada yang sama tentang khemah besar.
Nadanya tidak lain ialah mereka memang setuju dengan khemah besar tapi tidak setuju jika Anwar Ibrahim jadi ketuanya.
Dengan yang terbaru di mana Timbalan Presiden Pejuang, Marzuki Yahya bercakap lagi mengenainya, ia sebenarnya hanyalah ulangan nada yang sama yang sudah kerap dilontarkan sebelum ini.
Tun Mahathir Mohamad, Mukhriz Mahathir dan entah siapa-siapa lagi daripada kelompok yang sama apabila bercakap soal kerjasama politik sesama pembangkang, maka itu sajalah pandangan mereka.
Lagi-lagi tak mahu Anwar dan tak boleh terima kepimpinan Pengerusi PH itu.
Kenapa tak cakap saja yang mereka sebenarnya mahu Tun Mahathir mengetuai khemah besar itu?
Yang bercakap nada begitu, macamlah mereka itu besar, kuat dan gagah melebihi PH yang ada tiga parti – PKR, DAP dan Amanah – di dalamnya.
Bila agaknya kali terakhir mereka menengok cermin?
Kalau diri sendiri pun lebih kecil, hidup segan mati tak mahu, bertanding hilang semua deposit, janganlah cuba buat macam-macam karenah kepada kelompok yang lebih besar.
Soal sama ada PH mahu berkhemah besar dengan parti-parti kecil yang lain atau tidak, yang berhak menentukannya ialah PH itu sendiri, bukannya parti cenonit tersebut.
Bekerjasama atau tidak dengan parti lain untuk berdepan PRU15 akan datang, PH setidak-tidaknya sudah ada “base” yang membolehkannya berdiri sendiri.
Tetapi tentu saja berbeza dengan parti cenonit tersebut, selain “base” mereka sendiri rapuh, hakikatnya merekalah yang lebih memerlukan PH berbanding PH memerlukan mereka.
Jadi, jangan cuba macam-macam dan tolong sedar diri sikit.
Dan dengan kenyataan terbaru hampir kali yang ke-1000 menolak kepimpinan Anwar yang dilontarkan Marzuki kali ini, ada baiknya mulai sekarang pimpinan PH mengharamkan mulut mereka daripada berbicara lagi soal khemah besar.
Lupakan terus khemah besar dan bergeraklah sendiri dengan keyakinan yang sedia ada yang dimiliki PH.
Kalau parti-parti cenonit itu mahu bekerjasama dengan PH, biar mereka datang dengan tanpa syarat dan menerima kepimpinan sedia ada dengan seadanya.
Jangan lagi ada pemimpin PH sendiri yang terhegeh-hegeh bercakap soal khemah besar atau melayan mereka kerana ia hanya tampak membesarkan parti-parti cenonit itu.
Kenapa PH yang sudah sedia besar dan khemah sedia ada yang di dalamnya ada PKR, DAP dan Amanah, tetapi masih berharap mahu bersama parti lain lagi?
Tidak bolehkah ditumpukan saja kepada kekuatan PH sedia dan biarkan saja parti-parti cenonit yang tidak sedar diri dan besar kepala itu jadi seperti luncai yang terjun dengan labunya?
PH adalah khemah selesa yang sedia ada bagi PKR, DAP dan Amanah dan kalau parti-parti cenonit cuba mahu bernaung di bawahnya, mereka harus ingat bahawa adalah di luar adab jika cuba mengalih kerusi dan menentukan di mana tuan khemah harus duduk.
Sebaliknya tuan khemah yang bukan saja berhak menentukan di mana tetamu harus duduk, malah berhak menentukan sama ada mereka boleh masuk atau tidak ke dalam khemah tersebut.
Tambah-tambah dengan kemenangan Rafizi Ramli bersandarkan majoriti besar sebagai Timbalan Presiden PKR, mesej yang jelas dan mudah difahami ialah ahli-ahli PKR menolak khemah besar itu.
Menolak khemah besar bermakna ahli-ahli PKR menolak Tun Mahathir dan part-parti cenonit yang perasan macam bagus tapi tak sedar hakikat diri sendiri tapi masih mahu menumpang kekuatan atas nama PH.Ayuh Malaysia jauh lebih bermakna serta memberi harapan berbanding khemah besar. – ShahbudinHusin 10/07/2022.
Subscribe to:
Posts (Atom)


