RENTASAN 962 | PANAS!!! PENANGGUHAN PEMILIHAN UMNO KINI SUDAH SAH, WUJUD...
SELAGI TIADA TITAH BARU YANG RASMI, TITAH TERDAHULU MASIH DIKIRA SAH DAN ENGGAN AKUR TETAP DIANGGAP DERHAKA
Setakat ini belum dapat dipastikan sama ada benar atau tidak Yang Dipertuan Agong telah memperkenankan bahawa tiada keperluan membentangkan usul undi percaya terhadap Perdana Menteri pada sidang Parlimen akan datang.
Kenyataan bahawa baginda bertitah demikian hanya dimaklumkan melalui kata-kata dalam sidang media oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Wan Junaidi Wan Tunku Jaafar, bukan melalui kenyataan rasmi daripada Istana Negara.
Itu pun, Wan Junaidi memperolehi maklumat tersebut daripada pemberitahuan oleh Ismail Sabri Yaakob dalam mesyuarat kabinet, baru-baru ini.
Memandangkan Ismail Sabri adalah pihak yang berkepentingan dalam usul undi percaya itu, manakala Wan Junaidi pula berkepentingan terhadap Ismail Sabri yang melantiknya sebagai menteri, apa yang disebutnya mengenai perkenan Agong itu sudah tentu boleh menimbulkan keraguan serta kesangsian.
Selagi belum ada kenyataan media daripada Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara berkenaan titah terbaru Agong itu, titah lama baginda bertarikh 18 Ogos lalu yang menitahkan Perdana Menteri yang baru dilantik perlu segera mengabsahkan kedudukannya di Parlimen adalah dikira masih sah dan terpakai.
Selain Wan Junaidi yang membawa khabar tersebut adalah menteri yang terhutang budi kepada Ismail Sabri sebab diberikan jawatan menteri, beliau juga bukanlah Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara yang mempunyai autoriti untuk menyampaikan sesuatu titah bagi pihak Agong.
Maka, sehingga tiada titah baru berkenaan perkara itu dan berdasarkan kenyataan oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil bahawa tiada usul undi percaya dimasukkan dalam aturan mesyuarat Parlimen bermula 13 September depan sebagaimana jadual mesyuarat telah diterimanya, ini bermakna Ismail Sabri tetap dianggap telah derhaka kepada Agong.
Titah Agong pada 18 Ogos lalu iaitu dua hari selepas Mahiaddin Md Yasin meletakkan jawatannya, dengan jelas menyebut Perdana Menteri yang baru dilantik nanti hendaklah secepat mungkin mengemukakan usul percaya di Parlimen untuk mengabsahkan beliau mendapat kepercayaan majoriti Ahli-Ahli Dewan Rakyat.
Jika Ismail Sabri faham maksud perkataan secepat mungkin dalam titah Agong itu, beliau tidak ada sebab untuk tidak membenarkan usul undi percaya terhadapnya pada sidang Parlimen bermula 13 September ini.
Selepas sidang Parlimen pada 13 September ini, jika usul itu dibawa misalnya, ia sudah tidak menepati lagi maksud secepat mungkin dalam titah Agong tersebut.
Berpegang kepada titah Agong terdahulu yang masih sah itu, ternampak dalam hal ini, selain jelas derhaka, Ismail Sabri juga adalah seorang Perdana Menteri yang enggan patuh kepada titah Raja, suatu sikap yang bertentangan dengan prinsip Raja Berperlembagaan yang menjadi amalan yang sah bagi negara sejak merdeka.
Melalui prinsip Raja Berperlembagaan, Agong adalah ketua negara manakala Perdana Menteri merupakan ketua kerajaan.
Kedudukan Agong diperkukuhkan lagi dalam Rukun Negara di mana Kesetiaan Kepada Raja dan Negara diletakkan di nombor dua selepas Kepercayaan Kepada Tuhan.
Ini bermakna, mengingkari titah Raja adalah sikap yang kedua terkutuk bagi sesiapa yang menjadi warganegara, lebih-lebih lagi jika dilakukan oleh seorang Perdana Menteri.
Sebab itu keengganan Mahiaddin sebelum ini patuh kepada titah Agong berkaitan pembukaan Parlimen telah mengundang kecaman dan tekanan yang berterusan terhadapnya sehingga beliau akhirnya terpaksa meletakkan jawatannya.
Malaysia ini tidak harus ada Perdana Menteri atau ketua kerajaan yang tidak mahu mendengar titah Agong kerana ia merupakan contoh teladan yang sangat buruk untuk dilihat oleh rakyat, bahkan akan menjejaskan keharmonian dalam hubungan antara ketua negara dengan ketua kerajaan yang seharusnya saling bergandingan.
Perdana Menteri yang tidak boleh patuh kepada titah Raja bukan saja tidak diperlukan oleh negara, lebih daripada itu rakyat juga pasti tidak akan teragak-agak “menendangnya” bila tiba waktu pilihanraya. –
ShahbudinHusin 07/09/2021.
Peguam ini tanya, kalau bukan menipu, kita nak kata Pas apa?

Saya tak suka menuduh pemimpin PAS ini menipu. Tapi kalau tidak dikatakan menipu, kita nak kata apa?
Isu RUU355 adalah contoh teragung perjuangan PAS yang dahulunya diperjuang bagai nak rak. Seolah dunia dah nak kiamat keesokan harinya kalau RUU355 tidak diluluskan di Parlimen.
Tapi apabila peluang dah ada di hadapan mata untuk meminda Akta 355 tersebut, mereka sendiri yang persia-siakan. Bentang, tangguh, kemudian bentang lagi, dan kemudian tangguh semula.
Bahkan sebenarnya isu RUU355 bermula dengan EKJS II yang diluluskan di DUN Kelantan lagi, konon sekiranya tak terlaksana ‘hudud’ di sana, MB sendiri sanggup meletak jawatan. Itu cerita 2015.
Kemudian baharulah membawa kepada pindaan Akta 355 di Parlimen. Ironinya, PAS menafikan bahawa pindaan Akta 355 tersebut adalah berkaitan ‘hudud’ walhal, hampir semua orang tahu bahawa perjuangan RUU355 versi PAS tersebut adalah bagi membolehkan EKJS II di Kelantan itu dikuatkuasakan.
Dari sudut itu pun sebenarnya PAS telah terperangkap dengan agenda ciptaan mereka sendiri. Sebab itu semasa awal-awal RUU355 dibawa menerusi usul persendirian Ahli Parlimen Marang, cadangan pindaan mereka sangat kabur.
Hanya setelah beberapa kali cubaan pembentangan di Parlimen baharulah cadangan pindaan dibuat lebih spesifik iaitu untuk menambah takat hukuman daripada 3 tahun penjara, denda sehingga RM5000 dan sebatan tak lebih 6 kali, kepada hukuman penjara tidak lebih 30 tahun, denda sehingga RM100 ribu dan sebatan tak lebih 100 kali.
Pun begitu, PAS masih berdalih konon ianya bukan ‘hudud’ sebaliknya hanyalah ‘takzir’ yang ditentukan pemerintah. Justeru kenapa berjanji untuk meletak jawatan MB Kelantan pada 2015, kalau bukan untuk bolehkan EKJS II atau Hudud dilaksanakan di Kelantan?
Kenapa perlu geger seluruh dunia seolah Kelantan sudah amat bersedia untuk laksanakan Hudud, tetapi sebenarnya pindaan yang dibuat menerusi RUU355 di parlimen hanya untuk memperkukuhkan lagi pelaksanaan ‘takzir’ semata-mata?
Bukankah terlalu ironi perjuangan Hudud dan RUU355 yang diperjuangkan oleh PAS?
Nah, setelah RUU355 yang diperjuangkan PAS sebelum PRU 14 menemui jalan ‘mati’, disebabkan kegagalan PAS sendiri untuk ‘berpakat’ dengan UMNO untuk realisasikan di Parlimen, dan setelah puas ‘mengerah’ ahli PAS berhimpun di Padang Merbok, mereka desak pula supaya kerajaan PH untuk memberi ruang kepada RUU355 dilaksanakan.
Walhal PH daripada awal tidak pernah bersetuju dengan cara yang dibawa oleh PAS dalam isu RUU355 tersebut.
Dari awal lagi sebahagian pemimpin PH telah jelaskan bahawa RUU355 perlu dibawa secara teratur dan berhikmah tanpa perlu dipolemikkan demi kepentingan politik semata-mata. Perlu pendekatan lebih holistik bagi memastikan pelaksanaan pindaan Akta 355 tersebut mengikut lunas perlembagaan apatah ianya turut melibatkan bidangkuasa negeri-negeri dan terkait kuasa Raja-raja Melayu sendiri.
Tetapi apa kata pemimpin PAS ketika itu? Sewenangnya mereka tuduh pemimpin PH sebagai penentang hukum Islam dan lebih parah, ada di kalangan pimpinan PAS yang mengancam untuk ‘menjiratkan’ pemimpin PH!
Nah, hari ini, kita dapat saksikan permainan kata-kata pemimpin PAS sendiri yang konon RUU355 dikatakan tidak boleh dibuat secara tergesa-gesa?
Apa dah jadi dengan janji dahulu konon untuk meletak jawatan jika Hudud tak terlaksana di Kelantan? Kenapa dahulu begitu tergesa-gesa mendesak pindaan Akta 355?
Kenapa dahulu menuduh pihak tak bersetuju dengan cara PAS atas alasan sama yang pemimpin PAS beri hari ini, sebagai penentang Islam? Kenapa hari ini tidak boleh pemimpin PAS tersebut dituduh penentang Islam kerana berkata RUU355 tak boleh tergesa-gesa?
Sebab itu saya tanya, kalau tidak boleh dikatakan PAS menipu, kita nak kata apa?
MUHAMAD FADZIL AHAMAD
Peguam
Dulu hasut rakyat berhimpun, dah jadi kerajaan terus beri alasan tak laksana RUU355

KERANA “GUNUNG YANG DIKEJAR” ADA YANG NAK KENA TANAM DI JERAT CINA
Bukan lama pun, sekejap saja. Sebelum ni habis canang satu Malaysia nak kena laksana RUU355 sesegera mungkin.
1. PH dah bg tahu, RUU355 tu perlu diteliti dan diperhalusi lagi. Perlu wujud JK Khas dan lain-lain lagi.
2. Takkan kerana tak buat RUU355 maka negara ni tak Islam?
3. Dulu-dulu.. walaupun tak ada la lama sangat pun, hasut satu Malaysia suruh berkumpul di Padang Merbok. Siap ada adegan berikrar lagi..pandai kamu bakar semangat orang-orang kamu.
4. Sekarang, walaupun dah 2kali jadi kerajaan pun RUU355 tak boleh nak laksana lagi ker?
5. Oppss.. Gunung dikejar takkan lari .
6. Tanya walaun, confirm akan cakap kita fokus covid dululah.. tapi bab berebut jawatan berebut GLC berebut gaji tinggi-tinggi, ITU TAK PAYAH TUNGGU COVID .
Khalas ~
FIRDAUS SHATER
ADA KATA SENTIMEN TERHADAP BN MENINGKAT /
MOHD MUKHLIS
Ada sahabat share
survey katanya sentimen terhadap BN makin tinggi selepas Mail Sabri jadi PM dan
survey sentimen terhadap PH makin teruk. Counter argument saya senang sahaja,
kalau nak ikut survey ini, PAS sudah lama menang PRU14 tempoh hari dan Hadi Awang
sudah lama jadi PM. PH memang dari dulu lagi underdog, tak pernah pun dalam
mana-mana 3rd parti survey pra-PRU14 yang kata PH boleh menang kecuali Invoke.
Dan kita juga jangan
lupa mereka yang buat undi rosak konon-kononya tak percaya pada sistem demokrasi
di negera kita ini. Tapi againts all odd PH berjaya mengalahkan BN yang telah
berkuasa selama 61 tahun dengan jalan demokrasi tanpa pertumpahan darah. Ini
sendiri adalah salah satu titik penting dalam kematangan demokrasi dalam negara
ini.
Betul bila kita lihat
keadaan politik negara ini macam sudah tiada harapan, dengan ahli politik
melompat demi kuasa dan wang, menteri kabinet yang tak berguna, Perdana Menteri
yang takut undi percaya padahal sudah di titahkan oleh YDPA dan termaktub dalam
perlembagaan, ini semua sebagian dari asam garam perjuangan.
Setiap umat dan
bangsa ada struggle mereka sendiri dan bagi kita adalah perjuangan untuk
memandaikan dan memerdekakan bangsa dari penjajahan minda untuk terus relaven
dalam alaf yang baru. Tiada siapa siapa yang cakap perjuangan ini hanya untuk
10 atau 20 tahun, atau untuk 100 tahun. Kalau atuk nenek kita dahulu berputus
asa melawan kebatilan, sudah pasti negara kita ini akan lain coraknya. Jangan
kita mudah berputus asa walaupun jalan di hadapan nampak sukar. Ini yang
baginda Nabi sebut dalam riwayat Ahmad.
"Jika terjadi
hari kiamat sementara di tangan salah seorang dari kamu ada sebiji benih
tanaman, maka jika dia mampu sebelum terjadi hari kiamat untuk menanamnya maka
tanamlah.”
Sedangkan kalau esok
kiamat pun Nabi suruh tanam benih, maksudnya amalan tadi tetap akan di kira
pahala di hari akhirat walaupun kita mungkin tak dapat nikmat hasilnya.
Berjuang ini niat kena betul demi Islah masa depan anak bangsa.
Contoh paling klasik
adalah konsistan dan istiqamah dalam setiap benda. Siapa sangka yang demostrasi
Bersih yang bertahun lepas kini membuahkan hasil macam pengunaan dakwat kekal;
walaupun kita tak dapat semua, at least ada perubahan. Dan perubahan itu
bermula dengan kita. Kalau kita duduk rumah waktu orang berdemo, adakah
Kerajaan waktu itu akan laksanakan tuntutan kita?
"Rakyat tidak
seharusnya takut dengan Kerajaan mereka. Kerajaan harus takut kepada
rakyatnya." Alan Moore, V for Vendetta.
Dalam dunia ini
struggle untuk kebaikan dan kebatilan, pengetahuan dan kebodohan adalah
perjuangan sepanjang zaman. Kerajaan yang korup paling takut dengan rakyat yang
cerdik sebab itu mereka suka dengan rakyat yang bodoh dan mudah di perbodohkan.
Mereka akan buatkan rakyat leka dengan hendonisme, hiburan yang melampau,
mereka cipta bogeyman macam komunis dan kebencian sesama kaum hanya untuk
membuat rakyat di bawah bercakaran sesama sendiri. Bila rakyat di bawah sibuk
bergaduh bab 3R ( race, royalti dan religion) mereka bebas merompak duit
rakyat. Ini modus operandi BN zaman terutama sekali zaman Najib Razak.
Ada yang kata ramai
yang masih bising bab e-wallet 30 ringgek, bagi saya orang macam ini kita
ignore sahaja. Kita kena tumpukan pada rakyat biasa yang atas pagar yang ada
potensi untuk mengundi mana-mana pihak yang releven bagi mereka, yang tak
berapa minat tentang politik tapi masih boleh berfikir baik dan buruk. Dengan
perlaksanaan undi 18, ini mungkin boleh jadi wild card untuk siapa yang boleh
menang PRU15.
Orang yang atas pagar
ini mereka hanya akan lebih cakna bab politik bila parlimen di bubarkan. Masa
itu baru mereka tahu kuasa yang ada tangan mereka untuk menukar undi. Kita kena
yakinkan mereka yang rakyat boleh mengubah kerajaan pada 2018 dan tak mustahil
kita boleh lakukannya sekali lagi.
Kalau siapa yang
perasan AI baru sahaja buat akan TikTok beberapa hari lepas, saya pun baru
sahaja buat 2 minggu lepas akaun tiktok. Ini adalah penting untuk capture
segment pengundi atas pagar yang baru berusia 18 tahun ke atas. Jika kita belum
cuba, jangan kita mudah menghukum yang mereka ini tak mahu berubah. Politik ini
adalah arena menjual idealogi. Sebab itu kita kena gunakan bahasa yang baik dan
tidak maki hamun. Posisikan kita macam penjual laptop di shopping complex. Kita
tak payah burukan kedai yang lain pun, hanya terangkan kelebihan kedai kita dan
servis kita. Kalaupun dia tak beli laptop dengan kita, mungkin di masa hadapan
bila dia perlu pakai laptop, kitalah orang yang pertama dia akan cari.
Satu perkara yang
saya belajar dari AI ialah bagaimana hendak jadi optimistik walau dalam keadaan
yang paling sukar. Betul jalan ini sukar, tak ada siapa yang tahu apa yang
berlaku di masa hadapan. Sedangkan yang dulu berjanji, bersumpah dengan
tandatangan pun boleh berkhianat inikan gabungan yang belum lagi di uji. Kuatkan
kesepakatan antara PH, dan pasti akan ada yang akan menyusul. Kalau kita nak
ajak orang naik bas yang kita pandu, kita kena pastikan bas kita itu reliable
dulu, enticing baru orang hendak naik. Bab bas lain depa nak bertikam sesama
pemandu depa, itu masalah depa bukan masalah kita.
Yang penting mereka
yang berfikir, mereka ini tak suka politik kebencian. Kalau kita terangkan
polisi kita; manisfesto kita, tunjukkan track record kita, yang kita selama ini
berjuang di samping prinsip, orang macam ini yang ada potensi untuk mengundi
untuk kita. Yang penting kita kena berusaha dan jangan putus asa. Insyallah,
pasti akan ada kejayaan.
LAGI HENTAM SIFAT MUNAFIK LEBAI
MOHD MUKHLIS
Mohon Nik Zawawi dalam
jirat MCA nanti, pakat pakai awal name tag masing-masing, supaya senang
Zabaniah nak sebat penunggang-penunggang agama ini.

LAGI CEROBOH TANAH BUAT LADANG DURIAN


BELUM PERNAH LAGI YDPA KELUAR TITAH TANPA MELALUI ISTANA NEGARA
AHMAD SHAHRIL SHAHRIL
Tak pernah lagi aku tengok YDPA keluar kan titah secara terus...biasa perutusan titah di raja di keluarkan melalui ISTANA NEGARA.

INI PULA KISAH PKR DI N9
Dari Dato Hj Romli Ishak Fb.
Tanggal 5 September 2021, kita dikejutkan dengan sidang media
bersama sekelompok individu yang mendakwa mereka pemimpin parti akar umbi yang
turut dihadiri pimpinan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) iaitu YB Dato’ Hj
Ismail Ahmad, Ketua Cabang Rasah, ADUN Labu merangkap Ahli Majlis Mesyuarat
Kerajaan Negeri (Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar).
Sidang media ini diadakan semata-mata bertujuan mengkritik
kepimpinan YAB Menteri Besar selaku Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN)
KEADILAN Negeri Sembilan.
Saya sebagai salah seorang penama yang disebut dalam kenyataan
media berkenaan merasa terpanggil untuk menjelaskan kedudukan sebenar parti dan
persepsi rakyat terhadap kepimpinan kerajaan Negeri Sembilan hari ini.
Sejak mengambil alih kerajaan negeri pada Mei 2018, beberapa
cubaan telah dilakukan oleh kumpulan yang sama untuk menjatuhkan YAB MB
termasuk usaha untuk bekerjasama dengan UMNO.
Namun usaha mereka terhalang disebabkan kepimpinan YAB MB
didokong kuat oleh pimpinan PH negeri dan sebahagian besar pimpinan Cabang.
Isunya sama, pangkat, kedudukan, jawatan, projek dan hal-hal yang berkaitan.
Tidak ada langsung yang terkait isu rakyat, pembangunan negeri,
reformasi urus tadbir serta pengukuhan parti di peringkat Cabang dan Ranting.
Alasan yang diberi dalam sidang media dan dokumen yang disebarkan hanya sekadar
tuduhan dan kekecewaan peribadi yang langsung tidak melibatkan soal prinsip
perjuangan parti.
Jika dilihat, mereka yang tampil dalam sidang media tersebut,
semuanya berjawatan yang sewajarnya membantu mengukuhkan parti dan kerajaan
negeri, sebaliknya mengkritik kepimpinan parti dan YAB MB yang mereka sendiri
sebahagian daripada kepimpinan parti dan kerajaan negeri.
Parti dan kerajaan tidak tertegak dengan hanya keberadaan
seorang Pengerusi MPN dan Menteri Besar tetapi adalah kombinasi kepimpinan
semua pihak secara kolektif.
Alhamdulillah, beberapa tinjauan dan kajian umum yang dibuat
secara imperikal sejak Suku Pertama 2020 hingga yang terkini, Suku Kedua 2021,
sokongan rakyat semakin bertambah pada setiap tempoh suku tahun dan terkini,
melebihi 70% (approval rate) kepada kepimpinan YAB MB dan kerajaan negeri.
Sebagai parti yang berteraskan reformasi dan ‘Islah’,
tertubuhnya gara-gara fitnah dan adu domba, seharusnya pihak pengkritik sudah
matang dalam berpolitik. Budaya-budaya jelik dan bobrok ini seharusnya sudah
tidak wujud dalam parti keramat ini.
Namun kita agak terkilan dengan apa yang berlaku apabila
segelintir kecil pimpinan parti yang sanggup menabur fitnah sehingga
menimbulkan persepsi negatif terhadap kepimpinan YAB Menteri Besar, kerajaan
negeri dan parti di mata rakyat.
Ironinya, mengapa sidang media ini diadakan pada ketika Penggal
Keempat, Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) mula membuka tirai perbahasan pada
6hb September 2021?
Jelas tindakan ini menggambarkan niat buruk penganjur yang ingin
mengambil kesempatan memburukkan imej YAB MB dan parti dengan harapan tekanan
yang diberi akan menyebabkan berlaku peralihan sokongan Ahli Dewan Undangan
Negeri (ADUN), namun apa yang berlaku sebaliknya.
Tiada sebarang usul tidak percaya kepada YAB MB bahkan tidak ada
mana-mana ADUN termasuk pembangkang yang menyuarakan hilang kepercayaan mereka
kepada YAB MB. Ini jelas membuktikan bahawa dakwaan serta tuduhan liar tanpa
asas kelompok kecil ini sangat tersasar jauh sekaligus menyerlahkan niat mereka
yang sebenar.
KEADILAN Negeri Sembilan dan rakyat negeri ini harus terus
bangkit dari peristiwa ini untuk segera memacu negeri beradat ini agar gagah
mengangkat martabat rakyat dan negeri menjadi negeri yang ‘Makmur dan
Diberkati’.
Dato’ Hj Romli Ishak
Seremban, Negeri Sembilan
MUNAFIKNYA BILA DAH ADA KUASA.DENGAR SEMUA RAKYAT BACA BERITA INI..
Bila lebai dh jadi keerajaan, ditanya tentang RUU 355, lebai kata
" Takkan lari gunung dikejar".
Korang ingat tak dulu, sekor lebai berlari2 bawa RUU 355 masuk
parlimen sampai tuduh org lain rosak akidah dan boleh ditanam dlm jirat jika
tak sokong RUU 355? Sampai sanggup putus hubungan dgn rakan tahalluf siyasi
kerana RUU 355. Pastu, lebai tu minta tangguh utk bahas berkali2? Lebai kejar
apa masa tu? Kenapa masa tu tak kata "takkan lari gunung dikejar"?
Walaun masih bodo lagi ke? Lebai gak yang untung jual agama dapat
jadi menteri dan duta khas.
W.FAUDZIN


SIANG KONONNYA BELA MELAYU
MOHD ASRIE
Menteri Agama kata bn umno ni siang hari konon bela Melayu...Malam2 jual Tanah Melayu... memang haram jadah la buat perangai rupa Itu.

TNAM JERAT CINA
AHMAD LUTFI
Sikap Pas (ketua dewan ulamak tu) sekarang ....
GUNUNG DIKEJAR TAKKAN LARI ...
Dulu RUU355 perkara
wajib, kalau tak angkat tangan sokong, bila mati tanam kat jirat ....

*APA YANG MEMBEZAKAN ANWAR IBRAHIM DENGAN SEMUA PERDANA MENTERI SEBELUM INI*
*Dr. Madhi Hasan*
Mengapakah sebahagian
besar rakyat Malaysia menganggap Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri
sejak lebih dua dekad yang lalu? Harapan itu sering timbul setiap kali
berlangsungnya Pilihan Raya Umum meskipun Anwar sendiri tidak bertanding dalam
PRU. Anwar sebenarnya hanya berpeluang bertanding sekali sahaja dalam PRU sejak
dipecat dari UMNO iaitu pada PRU-13. Bagi empat PRU yang lain, Anwar berada di
dalam penjara (PRU-10, PRU-11 dan PRU-14) ataupun tidak dibenarkan bertanding
(PRU-12).
Pada pandangan sebahagian
rakyat yang inginkan Anwar menjadi Perdana Menteri, beliau mempunyai beberapa
kualiti dan ciri kepimpinan yang tidak dipunyai oleh pemimpin-pemimpin lain.
Dengan jatuhnya Mahiaddin Yassin daripada kerusi Perdana Menteri pada 16 Ogos
2021, nama Anwar sekali lagi diangkat sebagai calon Perdana Menteri.
Jika Anwar berjaya
menjadi Perdana Menteri pada kali ini, berikut adalah lima perkara tentang
Anwar yang tidak dimiliki oleh mana-mana Perdana Menteri sebelum ini.
*(i) Perdana Menteri
pertama yang pernah dipenjarakan*
Anwar akan menempah
tempat sebaris dengan nama-nama besar dalam sejarah seperti Nelson Mandela,
Jawaharlal Nehru, Sukarno, Recep Tayyep Erdogan dan Vaclav Havel iaitu
bekas-bekas banduan atau tahanan politik yang akhirnya mencapai tampuk kuasa.
Bermula dengan
ditahan tanpa bicara di bawah ISA di antara tahun 1974-1976, Anwar kemudiannya
menjalani hukuman penjara di antara tahun 1998-2004 dan 2015-2018.
Keseluruhannya Anwar telah menghabiskan hayatnya selama dua tahun sebagai
tahanan ISA di Kamunting dan sembilan tahun di dalam penjara Sungai Buloh.
Mengapakah reputasi
dan karier politik Anwar masih bertahan walaupun telah disabitkan oleh mahkamah
dengan kesalahan rasuah dan liwat? Ia adalah kerana rakyat dan masyarakat
antarabangsa telah menyaksikan ketidakadilan yang menjolok mata sewaktu
perjalanan perbicaraan bagi ketiga-tiga kes Anwar. Kesemua pertuduhan ke
atasnya dilihat bermotif politik dengan tujuan membunuh nama baik dan karier
politik Anwar.
Badan-badan
perundangan antarabangsa iaitu International Bar Association, Centre for the
Independence of Judges of the International Commission of Jurists, Commonwealth
Lawyers’ Association dan Union Internationale des Avocats telah memantau
perbicaraan Anwar dan mengeluarkan satu laporan yang bertajuk “Justice in
Jeopardy: Malaysia 2000”. Laporan itu membuat kesimpulan bahawa kebebasan badan
kehakiman dan integriti agensi pendakwaan di Malaysia telah terjejas teruk
semasa perbicaraan tersebut. Amnesty International telah memberikan gelaran “Prisoner
of Conscience” kepada Anwar.
*(ii) Perdana Menteri
pertama daripada parti berbilang kaum*
Kesemua Perdana
Menteri sebelum ini adalah pemimpin parti-parti nasionalis Melayu iaitu UMNO
dan BERSATU. Anwar akan mencipta sejarah sebagai Perdana Menteri yang menerajui
sebuah parti berbilang kaum iaitu Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN).
Pada masa dahulu
parti berbilang kaum seperti Parti Negara yang dipimpin Dato’ Onn gagal
bertahan kerana pengaruh politik perkauman amat kuat. Anwar berjaya membuktikan
bahawa parti berbilang kaum seperti KEADILAN boleh mencapai kemenangan dalam
pilihan raya. Kini ia merupakan satu-satunya parti yang mempunyai cabang di
semua 222 kawasan parlimen.
Anwar adalah pemimpin
politik yang konsisten memperjuangkan nasib rakyat bawahan tanpa mengira batas
kaum dan agama. Politik aliran sederhana yang dibawa oleh Anwar membolehkannya
diterima sebagai pemimpin bagi semua kaum. Kejayaan KEADILAN dalam pilihan raya
menunjukkan yang parti berbilang kaum menjadi semakin relevan manakala politik
perkauman menjadi semakin ketinggalan zaman.
*(iii) Perdana
Menteri pertama yang merupakan pemimpin gerakan Islam*
Anwar akan menjadi
satu-satunya Perdana Menteri yang memulakan perjuangannya melalui gerakan Islam
iaitu Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Semua kajian oleh para sarjana
telah mengiktiraf sumbangan besar oleh Anwar dan ABIM kepada fenomena
kebangkitan Islam di Malaysia pada tahun 1970-an.
Di bawah kepimpinan
Anwar, ABIM mengambil pendekatan perjuangan Islam yang sederhana yang bersesuaian
dengan suasana masyarakat Malaysia. Anwar amat dihormati di seluruh dunia Islam
dan mempunyai hubungan rapat dengan tokoh-tokoh penting seperti ulama terkenal
Sheikh Yusuf al-Qaradhawi dan Presiden Turki Recep Tayyep Erdogan.
Apabila Anwar
menyertai kerajaan pada tahun 1982, beliau telah memperkenalkan beberapa
institusi dan program berteraskan Islam. Universiti Islam Antarabangsa, Bank
Islam, sistem takaful dan perbankan Islam adalah antara hasil usaha Anwar. Hari
ini, Anwar berusaha mempopularkan konsep “Muslim Democrat” bagi menggalakkan
amalan demokrasi yang progresif di kalangan umat Islam. Walaupun mempunyai
latar belakang gerakan Islam, musuh-musuh Anwar menuduhnya sebagai seorang
sekular, liberal dan menganuti faham pluralisme agama.
*(iv) Perdana Menteri
pertama daripada latar belakang perguruan dan pendidikan*
Anwar akan menjadi
Perdana Menteri pertama yang bermula sebagai seorang pendidik. Beliau telah
menubuhkan dan mengetuai sebuah sekolah swasta iaitu Yayasan Anda dengan tujuan
untuk membantu pelajar-pelajar yang tercicir. Sewaktu menjadi Menteri
Pendidikan beliau telah memperkenalkan Falsafah Pendidikan Negara.
Kredibiliti Anwar
sebagai seorang intelektual dan pemikir adalah tulen dan bukan dibuat-buat
sepertimana kebanyakan ahli politik lain. Anwar terlibat mengasaskan
International Institute of Islamic Thought (IIIT) bersama tokoh-tokoh pemikir
Islam antarabangsa dan kini menjawat jawatan sebagai Pengerusi badan pemikir
tersebut. Beliau juga pernah menjadi Profesor Pelawat di beberapa buah
universiti terkemuka di Amerika Syarikat dan United Kingdom setelah dibebaskan
dari penjara pada tahun 2004.
*(v) Perdana Menteri
yang mempunyai pengalaman yang panjang sebagai Menteri Kewangan*
Setakat ini hanya
Najib Razak seorang sahaja Perdana Menteri yang mempunyai pengalaman sebagai
Menteri Kewangan sebelum menjadi Perdana Menteri. Bezanya dengan Anwar ialah
Najib menyandang jawatan tersebut selama enam bulan sahaja sebelum beliau
diangkat sebagai Perdana Menteri. Anwar pula mempunyai pengalaman yang jauh
lebih panjang sebagai Menteri Kewangan iaitu selama lebih tujuh tahun
(1991-1998).
Walaupun tanpa
kelulusan dalam bidang kewangan, Anwar membuktikan kecekapannya mengurus
kewangan negara dengan mencapai belanjawan berimbang dan mengurangkan hutang
negara. Pencapaian seperti itu tidak pernah lagi dapat diulang oleh mana-mana
Menteri Kewangan sejak tahun 1998 sehingga kini. Prestasi beliau turut menarik
perhatian antarabangsa sehingga majalah Euromoney menamakan Anwar sebagai
“Finance Minister of the Year” pada tahun 1996. Antara jasa beliau ialah
memperkukuh perlaksanaan sistem perbankan tanpa faedah yang kini dikenali sebagai
perbankan Islam.
Krisis pandemik,
ekonomi dan politik yang telah gagal ditangani oleh Mahiaddin Yassin pada
ketika ini adalah satu keadaan luarbiasa yang tidak pernah dialami oleh negara.
Krisis luarbiasa seperti ini memerlukan seorang pemimpin dengan karisma,
keyakinan dan daya kepimpinan yang luarbiasa. Keadaannya samalah tatkala Great
Britain memerlukan Winston Churchill sewaktu berdepan dengan ancaman Hitler
dalam Perang Dunia Kedua. Berdasarkan sejarah perjuangan dan rekod kepimpinan
Anwar Ibrahim yang luarbiasa, beliau sahajalah yang dilihat mempunyai keupayaan
untuk memimpin negara ini keluar dari krisis.
*Dr. Madhi Hasan
ialah Felo di Institut Kajian Pilihan Raya & Pemajuan Demokrasi (IESAD),
Universiti Selangor*