KATA TAK KENA KAMPAUN..TAPI KENAPA PAK LEBAI KENA KOMPAUN


Pak Long Mail kata tiada lagi kompaun, tapi kenapa menteri masih kena kompaun?


Amalan politik bermaruah terhakis teruk di Malaysia - Dr Dzul





Amalan politik di Malaysia melampaui batas etika serta tidak normal bagi negara yang bertamadun.

Bagi Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad, politik seharusnya menjurus kepada usaha membangunkan negara dan memberi kebajikan kepada rakyat. Bukannya membeli Ahli Parlimen dengan mengagih-agihkan lantikan di Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), projek kepada kroni atau pun rasuah peruntukan kepada NGO-NGO ahli politik.

Katanya, Malaysia tidak akan menjadi negara maju sekiranya mengamalkan politik songsang yang tidak bermaruah seperti hari ini.

"Amalan politik bermaruah mesti diwajibkan. Isu-isu perkauman serta agama sempit patut dikikis dari dunia politik. Tetapi malangnya negara kita masih dikongkong oleh cara berpolitik kolot itu. Hanya pengamalan politik yang bermoral, beretika dan berprinsip dapat membawa negara kita maju ke depan dan kesejahteraan rakyat dijaga serta semangat muhibbah dipupuk untuk kebaikan semua lapisan masyarakat.

"Selain itu, jika kita perhatikan, di negara demokrasi maju, pihak kerajaan dan pembangkang saling bekerjasama untuk kebaikan semua tetapi cara berpolitik yang matang seperti itu tidak berlaku di negara kita," katanya dipetik.

Bekas Menteri Kesihatan itu menegaskan, politik tidak wajar ditandai dengan permusuhan, sebaliknya terhad kepada perbezaan polisi dalam menguruskan negara.

Kerajaan Perikatan Nasional (PN), ujarnya, wajar mengurangkan politiking ketika rakyat 'tercungap-cungap' dalam suasana ekonomi tidak menentu ketika ini ekoran pandemik Covid 19 .

"Senario politik tempatan masih penuh dengan sentimen 'permusuhan'. Ini bukanlah satu perkara yang baik, di mana tumpuan penuh belum lagi diberikan untuk mengatasi masalah pengangguran.

"Yang perlu sekarang ialah semua pihak iaitu kerajaan dan pembangkang bekerjasama untuk membantu rakyat. Kita perlu memulakan satu program untuk melatih orang yang telah hilang pekerjaan supaya mereka boleh menceburi bidang kerjaya lain seperti kerja sebagai 'web-designer', 'web-marketing' dan sebagainya.

"Ini adalah kerana pada zaman wabak Covid-19, aktiviti melalui on-line semakin bertambah dan orang yang sudah kehilangan mata pencarian boleh menceburi bidang itu setelah diberi latihan dalam kemahiran yang betul

"Oleh itu aktiviti percaturan politik wajib dihentikan dengan serta-merta," katanya lagi.

Ketidakstabilan politik Malaysia bermula apabila Menteri Kanan Azmin Ali melaksanakan Langkah Sheraton menggulingkan kerajaan Pakatan Harapan pada Februari lalu.

Sejak itu, kerajaan 'tebuk atap' PN sukar mengalihkan tumpuan daripada percaturan politik, sehinggakan Dewan Rakyat turut digunakan sebagai pentas mengumumkan data-data yang mengelirukan bertujuan untuk menghitamkan rekod pentadbiran PH tanpa berani menerbitkan senarai penuh atau bukti kukuh apabila dicabar oleh Pembangkang.


Reformis giat bantu masyarakat sepanjang tempoh PKP



Gerakan Reformasi selepas 20 tahun tidak hanya terhad kepada memperjuangkan perubahan politik, sebaliknya NGO reformis giat membantu rakyat, terutama ketika menghadapi pandemik Covid 19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurut Setiausaha Agung Jingga 13, Afzainizam Rahman, sepanjang PKP lalu banyak NGO reformis mengambil tanggungjawab menghantar bekalan keperluan harian sebagai khidmat sosial kepada golongan memerlukan.

Katanya, NGO Jingga 13 juga tidak terkecuali menggerakkan jentera di seluruh negara membantu rakyat yang menghadapi detik-detik sukar terputus bekalan makanan ketika itu.

"Dalam Jingga 13 Malaysia, kami bermuafakat mengumpul dana untuk membantu rakyat sewaktu PKP. Semasa bulan Mac lalu koordinator negeri arahkan kami bergerak rapat dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan pejabat-pejabat DUN untuk menyampaikan sumbangan.

"Sukarelawan amat kurang waktu itu kerana banyak syarat dan peraturan yang perlu diikuti orang awam. Nak keluar rumah perlu ada surat. Jadi kami NGO berdaftar maka JKM keluarkan surat khas kepada kami untuk merentas negeri atau daerah.

"Oleh itu kita berjaya menghantar bantuan makanan. Ambil contoh Johor, Jingga di bawah pimpinan saudara Zabidi, bekas pemimpin Angkatan Muda KEADILAN, juga Jaafar. Mereka berinisiatif menulis surat kepada wakil rakyat untuk mendapatkan bajet. Jika tidak cukup mereka tambah duit sendiri. Di Pahang, sukarelawan Jingga juga berinisiatif ambil bekalan bantuan dari Kuala Lumpur.

"Selain bergerak dalam reformasi, kita juga perlu lakukan kerja-kerja kebajikan. Bila kita lakukan kerja seperti itu rakyat akan lihat reformis boleh lakukan banyak perkara," katanya dalam forum anjuran Gabungan Reformis Malaysia baru-baru ini.

Afzainizam juga menasihatkan para reformis di seluruh negara agar masuk ke mood berkempen selepas PKP dilonggarkan, memandangkan Pilihan Raya Umum ke 15 mungkin diadakan secara mengejut.

Menurut beliau lagi, kempen di negeri Selangor mungkin tidak sesukar mana kerana rakyat maklum polisi berkebajikan kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Namun, bagi reformis di negeri-negeri lain Afzainizam menyarankan agar mereka memberitahu masyarakat tentang kebaikan pemerintahan PH di Selangor yang boleh dilaksanakan di tempat mereka sekiranya gabungan itu diberi peluang memerintah.

"Banyak keistimewaan yang diberikan kerajaan Selangor, misalnya air percuma, kad kesihatan dan sebagainya. Ramai yang gembira dan polisi kebajikan ini boleh dikempenkan keluar.

"Dulu orang kata tak mungkin Selangor boleh buat. Tetapi kita buat selepas kurangkan ketirisan. Bila kita jimatkan, kita boleh salurkan kepada rakyat. Dan di negeri lain pun hal ini boleh dilakukan," katanya lagi.


HARGA SAWIT BUKAN DITENTUKAN OLEH MENTERI


HAMDAN TAHA


TEKAN LINK DIBAWAH UNTUK MELIHAT PARAS HARGA MINYAK SAWIT

http://bepi.mpob.gov.my/admin2/price_local_daily_view_cpo_msia.php?more=Y&jenis=6M&fbclid=IwAR1Z5PqeB29uMxAofd8xvDz7IbzENSazw8Xv1_lA4_E2XMdgUKdo9YOEej8




Malaysia pernah menjadi pengeluar kelapa sawit no satu di dunia....tapi sekarang tidak lagi...

Harga kelapa sawit di pasaran dunia bukan di tentukan oleh kerajaan malaysia apa tah lagi di tentukan oleh menteri perusaan utama al takiri..

Contoh walaun bodo komen


Jika menteri atau malaysia yang tentukan harga minyak sawit kenapa pula kita sekadar nak kan 500 satu tan....lebih baik 2000 satu tan dah tentu orang felda kaya raya...

Saya tulis ni bukan apa saya baca fb fb ada yang memuji muji menteri al takiri tu tahap melampau. Semuanya menyebut al takiri semenjak dia pegang menteri harga minyak sawit telah melambung naik....dan berjaya bawa pelaburan 80 bilion itu baru Ke Turky...jika dia pi lagi 10 negara dah tentu harga sawit lagi naik dan pelaburan berbilion bilion akan dapat...

Sebenarnya harga sawit dah mula naik semula sebelum kerajaan PN lagi....pada awal 2018 harga sawit dah mula jatuh....tapi tahun 2019 dia mula menaik....

Kenapa harga getah tak naik naik tu pun bawah kementerian dia juga....jika dia yang tentukan semua harga komoditi malaysia ni....

Sokong tu ok kerana sama parti....tapi jangan lah sokong membawa rebah
Image may contain: 1 person, text that says "DENDA UNTUK RAKYAT (Denda lebih RM2,000& dipenjara) mn astro BHONLINE 패백 ismaweb Pemilik Nasi Kandar Salleh didenda RM12,000, penjara 5 bulan ENITA 'Makcik gelang pink' kena jel sehari, denda RM8,000 30 Ingkar kuarantin: Lelaki gelang putih didenda RM2,500 AstroAwani 0gps18,202013:37+05 SR suara yaး kyat DENDA UNTUK MENTERI (Denda hanya RM1,000 & tiada dipenjara) Hanya bayar balik gaji 4 bulan, maka terselamatlah kerusi Parlimen kekal terus dapat gaji berbulan-bulan"

PUNYA LA KERJA BAGAI NAK MAMPOIH, AKHIRNYA HAPA PUN TARAK..PRU 15?


FAEZUDDIN PUAD


1. Kalau rasa kuat, tubuh parti sendiri.

2. Jika ada parti sendiri, bermacam-macam jawatan kosong boleh diisi. Nak jadi Presiden boleh, nak jadi Timbalan Presiden boleh, nak jadi Naib Presiden boleh, kalau tak nak jadi apa pun boleh.

3. Awalnya mendabik punya kekuatan seramai 200 ribu orang. Tapi apakan daya, dengan kekuatan begitu memilih jalan menumpang.

4. Adat orang menumpang, apa yang tuan rumah makan, itu yang kita makan. Jika tuan rumah berlaukkan telur goreng, telur goreng la yang masuk ke mulut kita, tidak manis sekiranya kita berlebih-lebihan minta itu dan ini.

5. Setelah itu jangan lupa ucap terima kasih, bukannya menghina tuan rumah.

6. Begitu juga jika menjadi orang baru, adabnya perlu hormat orang lama. Sedikit sebanyak tiada yang lama, maka tiada yang baru.

7. Makanya dalam erti kata lain, menumpang buat cara tumpang.
Wallahualam

 Image may contain: one or more people, text that says "Pejabat Timbalan Kanan Setia 6 m. Bodoh punya mangkuk hayun. Kau ingat boss kami orang sebarangan ke. Dia Timbalan Presiden yang menang pemilihan parti sebelum ini tahu tak. Kau ingat dia hadap sangat ke jawatan dalam parti nyamuk ni. i BERITA HARIAN ONLINE Naib Presiden lantikan tiada dalam Perlembagaan BERSATU"





DIRECT NEGO ZAMAN BN RM139 BILION

Haàaaa...Zaman sapa ni...

Kes # 1
CE TENGOK SAPE MABUK BODOH NI!!! SEJAK PAS JADI KERA-JAAN MELAYU YANG MABUK!!! 🤣🤣🤣🤣🤣

Kes # 2
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3277317012492628&id=100006430838084


MUHYIDDIN DISERU DEDAHKAN HASIL SIASATAN DALAMAN TERHADAP AT TAKIRI


Pengakuan Dr Noor Hisham Abdullah yang memberitahu pengurusan tinggi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak tahu mengenai skandal pengingkaran kuarantin Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Mohd Khairuddin Aman Razali, agak mengejutkan.
Apa yang lebih menghairankan ialah siasatan dalaman terhadap beberapa kejadian selepas kepulangan menteri tersebut daripada lawatan ke Turki pada 7 Julai disorok daripada pihak umum. 
Dalam sidang media semalam, Ketua Pengarah Kesihatan itu mengakui dia bersama timbalannya dan ketua jabatan penyakit berjangkit KKM tidak diberitahu mengenai perkara itu sehinggalah ia disiarkan dalam berita. 
Noor Hisham berkata, dia mengarahkan siasatan dalaman untuk diadakan dan laporan penuh mengenainya sudah diterima.
Khairuddin menempa beberapa rekod politik baru sejak kebelakangan ini, termasuklah ‘menarik’ hampir 50,000 orang menandatangani petisyen dalam talian untuk mendesak dia meletakkan jawatannya sebagai menteri. 
Apabila pelanggar prosedur operasi standard (SOP) kuarantin oleh Khairuddin didedahkan Teresa Kok di parlimen pada Selasa lepas, ia menimbulkan kemarahan di seluruh negara.
Hal itu berpunca daripada penyebaran maklumat yang salah oleh Khairuddin apabila dia mendakwa kononnya lawatan itu diluluskan oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.
Dia juga mendakwa terdapat satu “ujian saringan khas” untuk para menteri, dan orang kenamaan bagi membolehkan mereka ke luar dan masuk negara.
Juga dakwaan kononnya Turki berada dalam zon hijau semasa dia melawat negara tersebut sedangkan ia merupakan satu daripada pusat penularan utama wabak Covid-19. 
Disebabkan semua perkara itu, satu petisyen dalam talian dibuat untuk mendesak Khairuddin meletak jawatan.
Petisyen itu pada mulanya mencatatkan sekitar 24,000 tandatangan sehinggalah perkembangan terkini diumumkan pada petang Sabtu lalu apabila KKM mengakui Khairuddin mengingkari SOP kuarantin Covid-19 pada 7 Julai.
Pada hari berkenaan juga KKM mengesahkan Khairuddin dikenakan kompaun sebanyak RM1,000 pada 7 Ogos dan ia telah dibayar. 
Kemarahan rakyat bertambah-tambah lagi selepas pengumuman itu. 
Khairuddin jelas tersilap semasa membaca perasaan dan sentimen rakyat apabila dia mengeluarkan kenyataan memohon maaf dan “mendermakan” gajinya sebagai seorang menteri bagi tempoh Mei sehingga Ogos kepada Tabung Covid-19.
Khairuddin seakan-akan memberitahu bahawa wang mampu untuk menyelesaikan masalah perkara yang betul dan yang salah. Ia juga semakin mendedahkan jurang perbezaan layanan dua darjat rakyat Malaysia yang makin membesar. 
Kenyataan perdana menteri yang dikeluarkan seminggu selepas segala dongeng Khairuddin dan alasan yang diberikan kerajaan jelas sekali tidak mencukupi untuk meredakan kemarahan rakyat. 
Apakah perkara yang cuba disorok oleh Muhyiddin dan kerajaan di sebalik dapatan siasatan dalaman KKM ke atas pengingkaran SOP kuarantin Covid-19 Khairuddin itu?
Oleh itu, saya menyeru Muhyiddin untuk mendedahkan dapatan siasatan dalaman KKM berkenaan bagi membolehkan rakyat menilai keseluruhan skandal ini.
Lim Kit Siang
Veteran DAP/Ahli Parlimen Tanjung Puteri, Johor.

KKM siasat dakwaan elaun tak dibayar, kata Hisham


Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata jabatan kewangan kementerian sudah dihubungi dan siasatan sedang dijalankan terhadap dakwaan elaun pegawai perubatan tidak dibayar.
PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) sedang menyiasat isu seorang pegawai perubatan di Hospital Sungai Buloh yang mendakwa tidak menerima sebarang peruntukan elaun sejak Mac.
Dalam sidang media hari ini Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jabatan kewangan kementerian itu sudah dihubungi dan siasatan sedang dijalankan.
Isu itu menjadi panas berdasarkan pendedahan 1 surat layang disiarkan sebuah portal tempatan berkaitan isu kesihatan, CodeBlue. Identiti pegawai perubatan yang menulis surat itu tidak didedahkan portal berkenaan.
Dalam surat itu, penulis mendakwa dia salah seorang pegawai perubatan yang dipindahkan ke Hospital Sungai Buloh pada Mac susulan peningkatan kes Covid-19.
“Saya perlu membangkitkan isu ini kerana tiada siapa mendengar masalah kami melainkan ia menjadi tular. Dengan tidak menyatakan sesiapa, saya merujuk semua pengurusan, ketua, timbalan pengarah dan pengarah.
Dr Noor Hisham Abdullah
“Masalahnya, kami masih belum menerima elaun panggilan kerja malah elaun Covid-19 bagi bulan Jun. Kami masih belum menerima elaun perpindahan bagi bulan Mac,” kata penulis itu.
Surat itu turut menyatakan bagaimana semua pegawai perubatan terbabit dipindahkan sekali lagi ke hospital pilihan masing-masing pada Ogos.
Penulis itu turut mengeluh gaji lebih rendah diberikan kepada pegawai perubatan berstatus kontrak, dengan mengatakan elaun perpindahan dan elaun panggilan bertugas menjadi perbezaan.
“Kami tidak kisah elaun Covid masuk lambat, tetapi sekurang-kurangnya bayar dahulu elaun pertukaran dan panggilan bertugas. Berapa ratus pun sangat bernilai.”
Mengulas perkara itu, Hisham berkata beberapa pegawai perubatan dimaklumkan yang tuntutan dibuat mereka tidak lengkap.
“Namun, kami masih perlu melihat butiran kes ini dan akan mempermudahkannya secepat mungkin.
“Ini tidak bagus bagi petugas kami di lapangan, terutama barisan depan,” katanya sambil memaklumkan kementerian kesihatan berusaha menangani masalah itu secepat mungkin.


Khairuddin ‘mengadap’ Bukit Aman hari ini.



Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Mohd Khairuddin Aman Razali sepatutnya menjalani kuarantin wajib 14 hari sekembali dari Turki pada 7 Julai lalu, tetapi beliau menghadiri beberapa acara, termasuk sidang Parlimen pada 13 Julai lalu.

PETALING JAYA: Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Mohd Khairuddin Aman Razali dipanggil ke Bukit Aman  berhubung siasatan pelanggaran perintah kuarantin.
Perkara itu disahkan Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Mior Faridalathrash Wahid
Ditanya sama ada Khairuddin akan dipanggil ke Bukit Aman , Mior hanya menjawab “Ya”, ketika dihubungi FMT.
Semalam, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menyerahkan nasib Khairuddin kepada pihak berkuasa dan mengatakan kerajaan memandang serius dakwaan pelanggaran perintah kuarantin oleh pemimpin PAS itu.
Muhyiddin menegaskan setiap rakyat tertakluk bawah undang-undang dan tiada siapa pun terkecuali.
Sabtu lalu, Kementerian Kesihatan dilaporkan berkata Khairuddin dikompaun RM1,000 selepas didapati melakukan kesalahan bawah Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.
Ahad lalu, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah melalui Twitternya berkata, walaupun Khairuddin dikompaun RM1,000 atas kesalahan berkenaan, kes itu masih disiasat polis.
Khairuddin sepatutnya menjalani kuarantin wajib 14 hari sekembali dari Turki pada 7 Julai lalu, tetapi beliau menghadiri beberapa acara, termasuk sidang Parlimen pada 13 Julai lalu.
Beliau kemudian memohon maaf dan berjanji akan memulangkan semua gajinya sebagai menteri bagi Mei hingga bulan ini sebagai sumbangan kepada Tabung Bantuan Bencana Negara (Tabung Covid-19) bawah Kementerian Kesihatan.


Nurul Izzah: Kita Kena Ambil Peluang Ini Laksanakan Anjakan Paradigma Dan Membaiki keraguan Sistem



Isu elauns frontliners tidak dibayar



RENTASAN 732 | GUAN ENG DEDAH PM-8 DAN MENTERI PENGKHIANAT PERNAH MINTA TENDER DIRECT AWARD?




MENARIK DALAM RENTASAN 732
1. YANG GAGAL ITU KEMENTERIANNYA SENDIRI: DR DZUL 2. RAKYAT NAK TENGOK SENARAI PENERIMA PROJEK RUNDINGAN TERUS 3. TIADA MAAF BAGIMU, LETAK JAWATAN! 4. BARISAN NASIONAL MEREDHAI JENAYAH NAJIB, KATA PEMUDA AMANAH







VIDEO "ISU KUARANTIN DAN TENDER TERBUKA - KAIN SIAPA YANG TERLONDEH?"



VIDEO PAS MEMALUKAN ISLAM








Namun Penasihat Khas Kesihatan Awam kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, iaitu Tan Sri Dr Jemilah Mahmood menyanggah tindakan Kementerian kesihatan. Beliau menegaskan, mereka yang ingkar arahan kuarantin mandatori di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342), perlu diambil tindakan oleh polis, bukan Kementerian Kesihatan.

Perolehan masa krisis, atas dasar keselamatan negara boleh dibuat melalui rundingan terus


Menurut garis panduan Kementerian Kewangan yang masih digunapakai masa kini, perolehan masa krisis atau bencana alam, perolehan berkepentingan nasional dan melibatkan keselamatan negara boleh dibuat melalui rundingan terus.
Hakikatnya, Pakatan Harapan (PH) hanya meluluskan 1.4 peratus daripada keseluruhan nilai perolehan selama dua tahun melalui rundingan terus.
Mantan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, Kabinet juga boleh memutuskan rundingan terus, satu perkara yang nampaknya semua Menteri-menteri ‘Pengkhianat’ sekarang sudah lupa.
Beliau menegaskan, Kementerian Kewangan Pakatan Harapan (PH) mengamalkan sistem tender terbuka selaras dengan Manifesto Pilihan Raya Umum 2018 PH.
Menurutnya, ia menyatakan dalam Janji 23, ‘Kami akan memastikan sistem tender terbuka digunakan dengan meluas dan telus, terutamanya untuk projek-projek besar’.
“Jelas di sini, tidak disebut bahawa tidak boleh menggunakan kaedah rundingan terus dalam keadaan tertentu,” katanya.
Setiausaha Agung DAP itu turut menyenaraikan 12 projek rundingan terus Barisan Nasional (BN) sekitar 2013 hingga 2018 yang mencecah RM139.3 bilion.
“Itu pun belum lagi senarai penuh,” katanya.
Guan Eng berkata, nilai projek rundingan terus Perikatan Nasional (PN) yang diluluskan oleh Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz belum diketahui lagi.
Jelasnya, Tengku Zafrul harus mendedahkan segera senarai penuh projek rundingan terus oleh pentadbiran BN, PH dan PN.
“Jangan fitnah. Jangan suka baling batu sembunyi tangan. Jangan cuba mencipta persepsi untuk mengalih perhatian daripada kepincangan dalam PN,” katanya.


PENDEDAHAN RM6 BILION DIRANCANG, ALIH ISU TAKIRI?

VIDEO: Khalid Samad: Tak Menolak Kemungkinan Isu Ini Didedahkan Untuk Memalukan Azmin Ali



VIDEO: Saifuddin Nasution: Dalam Keadaan Kecemasan, Projek Akan Dibuat Secara Rundingan Terus, Direct Award



Dedahkan semua projek bukan tender terbuka, tidak kira zaman PH atau PN - Anwar





Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Kementerian Kewangan supaya mendedahkan semua projek kerajaan yang tidak melalui tender terbuka.

Namun pendedahan itu, kata Anwar, mestilah dibuat secara adil tidak kira ketika di bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH) mahupun Perikatan Nasional (PN).

"Saya setuju supaya semua senarai kontrak tanpa tender terbuka dihebahkan kepada awam. Sama ada semasa PH atau PN," katanya di Dewan Rakyat.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Aziz yang mendedahkan sebanyak 101 projek tanpa tender terbuka diluluskan bernilai RM6.6 bilion dalam tempoh 22 bulan.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Baling, Abdul Azeez Abdul Rahim mendesak supaya projek dibawah kerajaan PH didedahkan terlebih dahulu.

Anwar kemudian membalas desakan Azeez itu dengan tajam.

"Saya bukan menteri. Menteri ada di depan saya. Menteri PN ada di depan saya.

"Biar dia yang jawab, pasal apa saya yang nak kena jawab? Saya hanya tanya minta penjelasan," katanya.


Menteri PN dulu dalam kerajaan PH pun ambil projek tender secara terus





Menteri dari kerajaan Perikatan Nasional (PN) seperti Azmin Ali dianggap tidak bersikap jujur kerana mereka yang dahulunya sebahagian daripada kerajaan Pakatan Harapan (PH) juga didakwa mengambil projek dengan tender secara rundingan terus.

Ahli Parlimen Kuala Langat, Xavier Jayakumar berkata enam menteri PN juga terlibat dalam mesyuarat Kabinet PH dan mereka tidak boleh berpura-pura seolah-olah langsung tidak bersalah.

"Enam menteri Kabinet dalam PN tak boleh cakap yang mereka tak tahu apa-apa.

"Kalau mereka kata tak tahu, nampak bodoh kerana mereka juga ada dalam mesyuarat Kabinet PH dan mereka juga ada meminta supaya projek dibuat secara rundingan terus.

"Parlimen sudah jadi sarkas, bukan lagi pasal berdebat, mempolitikkan isu sampai benci membenci satu sama lain sepanjang sidang Dewan Rakyat kal ini.

"Kita sentiasa bersikap jujur tetapi menteri kewangan tidak berlaku adil apabila melakukan kenyataan mengenai projek rundingan terus, dan ini bukanlah tingkah laku yang berparlimen," katanya dalam sidang media di Parlimen.

Xavier yang juga bekas Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli menegaskan bahawa kementerian tidak pernah membuat rundingan secara terus.

"Sepanjang saya jaga kementerian selama 22 bulan, saya tak pernah tulis kepada Kementerian Kewangan minta projek dibuat secara rundingan terus.

"Ada satu sahaja projek dibuat runding terus, itu pun projek itu diberikan kepada Khazanah Nasional sebab Khazanah nak buat kerjasama dengan Boeing, dan ia dibawa kepada mesyuarat dan Kabinet meluluskan," katanya.

 
Dalam pada itu, Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mendedahkan projek jenis apa yang dibuat secara rundingan terus sewaktu di bawah pentadbiran kerajaan PH.

"Pada Oktober 2018, satu jambatan runtuh di Serdang, dalam Kulim Bandar Baharu di Kedah dan ia menyebabkan kesulitan 3,000 penduduk yang setiap hari menggunakan laluan tersebut.

"Saya menulis kepada Kementerian Kewangan ketika itu berdasarkan tatacara perolehan dan perolehan itu mendesak kerana projek itu perlu disegerakan, jika tidak ia akan memudaratkan dan menjejaskan kepentingan awam.

"Jadi Kementerian Kewangan memberikan kelulusan dan Jabatan Kerja Raya kemudian melakukan proses dan jambatan baru kini dalam pembinaan.

"Kalau nak sebut tender terbuka untuk jambatan itu, akan timbul pelbagai isu, kajian dari pelbagai jabatan perlu dibuat terlebih dahulu dan kena tunggu, alamatnya sampai sekarang belum selesai.

"Tapi ia menunjukkan bahawa amalan PH adalah sangat telus," katanya.