MELALUT DAH HADI AWANG NI....NAK HABIH UMOQ DAH KOT. DOSA KENA INGAT JUGA..

 

Hadi tuduh DAP sambung kerja penjajah ‘hapus Melayu Islam’ walau dulu pernah bersama DAP

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menyerang keras DAP dengan menuduh parti itu memimpin Pakatan Harapan (PH) untuk menyambung kerja penjajah yang bertujuan melemahkan kedudukan Melayu dan Islam di negara ini.

Dalam tulisan Minda Presiden Pas hari ini, Hadi turut mendakwa DAP mendominasi PH, manakala pemimpin Melayu daripada PKR dan Parti Amanah Negara (AMANAH) menjadi pihak yang mempertahankan parti tersebut.

Namun, dalam tulisan sama beliau sendiri mengimbau sejarah Pas pernah duduk semeja dengan DAP apabila kedua-dua parti bersama Parti Keadilan Nasional dan Parti Rakyat Malaysia membentuk Barisan Alternatif bagi menghadapi Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum 1999.

Hadi berkata kerjasama itu akhirnya berakhir selepas berlaku pertentangan mengenai agenda negara Islam dan pelaksanaan syariat yang diperjuangkan Pas.

Ahli Parlimen Marang selama 32 tahun itu berkata, DAP kekal dengan pendirian Malaysia sebagai negara demokratik sekular berasaskan Perlembagaan Persekutuan.

Dalam hujah panjang berjelanya, pemimpin Perikatan Nasional (PN) itu turut mengaitkan struktur masyarakat majmuk Malaysia dengan dasar penjajah British selain mendakwa orang Melayu sengaja dilemahkan dari segi pendidikan, ekonomi dan politik.

Menyingkirkan

Beliau kemudian menuduh PH dan DAP mengambil beberapa langkah yang boleh melemahkan kedudukan Islam, bahasa Melayu serta institusi Melayu, termasuk membangkitkan isu pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT).

“PH yang dikuasai oleh DAP telah mengambil beberapa langkah yang terbuka bagi meneruskan agenda penjajah yang bertujuan menyingkirkan Islam dan Melayu.

“Tercetusnya kenyataan dan tindakan yang secara terbuka mencabar kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan, memperlekehkan kedudukan Raja-raja Melayu yang dihilangkan kedaulatannya oleh penjajah, melemahkan kedudukan bahasa Melayu yang dinobatkan menjadi Bahasa Kebangsaan, membela golongan yang murtad dalam kalangan penganut Islam dan memberi tekanan kepada mereka yang memeluk Islam, serta menentang langkah pelaksanaan syariat oleh beberapa buah kerajaan negeri.

“Malah, mereka juga meletakkan kalangan bukan Islam, khususnya daripada DAP dalam kementerian penting yang menjadi ancaman kepada Melayu dan Islam, serta merancang agenda politik seperti mengadakan pilihan raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan lain-lain,” kata Hadi.

Pakaian Islam

Malah, dakwanya, PH bersama DAP menggalakkan penggunaan bahasa Inggeris dan bahasa kaum bagi menyingkirkan bahasa Melayu yang telah menjadi bahasa perantaraan masyarakat majmuk di Tanah Melayu.

“DAP juga meletakkan calon Islam di kawasan Melayu sehingga berwajah pakaian Islam, di samping calon bukan Islam oleh parti-parti lain dalam komponen Pakatan Harapan.

“Akhirnya, DAP yang mendominasi Pakatan Harapan secara terbuka itu mendedahkan perjuangan sekularismenya yang ekstrem dan konsep Malaysian Malaysia yang diperjuangkannya.

“Konsep ini mengandungi teori luar tabii yang menentang fitrah ketetapan Allah tentang kewujudan bangsa,” ujarnya.

Pada masa sama, Hadi mengemukakan formula politik baharu dengan menyeru kepada penyatuan Melayu Islam, yang menurutnya perlu dimulakan melalui kerjasama PN bersama BN.

Malah, beliau secara khusus menyebut gabungan Pas, Umno dan Parti Wawasan Negara (Wawasan), selain NGO Muafakat Nasional (MN), sebagai antara blok yang perlu digerakkan bagi membentuk penyatuan politik Melayu Islam.

Dalam masa sama, Hadi menolak dakwaan bahawa kemenangan BN dan PN bersifat perkauman, sebaliknya menegaskan bahawa sokongan masyarakat Melayu kepada parti-parti berkenaan berasaskan pegangan terhadap Islam dan kepimpinan Melayu.

Besan kepada bekas Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli itu seterusnya menegaskan pendiriannya bahawa Melayu Islam perlu terus memimpin Malaysia dalam kerangka masyarakat majmuk.

Tegas Hadi lagi, masyarakat Melayu merupakan pihak yang bertoleransi terhadap kaum lain.

“Semua orang wajib menerima hakikat bahawa Melayu adalah tuan punya tanah air ini mengikut ketetapan Allah Tuhan semesta alam.

“Allah telah menetapkan supaya umat Islam melaksanakan tugas masing-masing walau di mana pun bumi tempat berpijak,” katanya diikuti petikan dan terjemahan ayat 29 dari Surah al-Baqarah.



"BILA KONTRAK SAMPAI AKAN BERCERAI" ? LOKMAN DEDAHKAN ?


 

@LensaTv3 Subscribe PAS Mahu Hijaukan Melaka?


 

@thekapitanMY PATUTLAH SAMPAI MASUK HOSPITAL


 

HADI MAKSUDKAN BUKAN BN YANG SAKAU, TAPI PN YANG SAKAU.





Aku ingin membetulkan sedikit salah faham rakyat Malaysia.


Ramai yang kata "BN SAKAU" disebabkan Ismail Sabri adalah dari BN. Sebenarnya bukan.


Sepanjang Ismail Sabri menjadi PM, beliau bukanlah sebahagian daripada BN, tapi sebenarnya beliau dianggap sebahagian daripada PN.


Perkara ini telah ditegaskan sendiri oleh Presiden PAS.


Oleh itu, untuk menyebut BN SAKAU adalah sangat tidak tepat kerana perkataan yang paling tepat ialah PN SAKAU.


Rosaknya BN kerana bergelumang dengan puak-puak penyakau dari PN.


Demi masa depan Melayu-Islam, BN harus memutuskan hubungan segera dengan PN SAKAU.


Aku Muslim.

Aku Melayu.

Aku lawan PN Sakau.

Aku lawan ulamak jahat PAS.


:)

Norazaruddin Uyub MENJAWAB


Kalau nak tuduh orang “sakau”, bawa bukti dan fakta, bukan fitnah ikut sedap mulut.


Ismail Sabri ialah pemimpin UMNO dan PM daripada BN. PN pula gabungan yang menyokong kerajaan ketika itu. Jangan putar fakta semata untuk tabur fitnah pada PN


Nak berpolitik, berpolitiklah dengan matang. Jangan hina ulama, jangan fitnah orang, dan jangan jadikan agama serta bangsa sebagai modal kebencian.


Aku Muslim. 

Aku Melayu. 

Aku lawan fitnah dan politik kebencian 

Tak kira siapa yang buat.





MASAK ASAM PEDAS DEMI PARLIMEN AMPANG

 


Gara-gara peruntukan ke kawasannya disekat, MP Ampang, Rodziah Ismail memulakan kempen menanak gulai asam pedas yang setiap satu bekas dijual pada harga RM10. Hasil jualan hidangan itu akan disalurkan semula kepada penduduk setempat yang diwakilinya.


Menurut ahli PKR yang dikaitkan dengan Rafizi Ramli itu, menu asam pedas ikan yang dimasak hari ini dipelajari daripada ibunya.


Rodziah berkata sebahagian daripada bahan yang diperlukan dalam masakan itu dibelinya sendiri, manakala sebahagian yang lain diperoleh melalui sumbangan orang ramai.


“Bila kos tak tinggi, maka dapatlah nanti lebihan yang ada saya agihkan kepada rakyat.


“Bagi mereka yang nak menyumbang untuk menu asam pedas, saya alu-alukan kerana saya perlukan beras, saya perlukan sayur,” katanya.


 Menurut Rodziah, apa yang menemani asam pedas pada minggu akan datang bergantung kepada hasil sumbangan yang diterima pihaknya.


Baca laporan lanjut di Malaysiakini.





STEADY SPRM DAN LHDN.....


 

PILIHANRAYA LAMBAT LAGI....DAH DOK BEREBUT GADOH DAH...PERPADUANG APA BENDA NI ?


 

PERPADUANG UMMAH TAPI TAKUTKAN BANGSA SENDIRI .



NadiNews


 Selepas kemenangan BN-PN di Negeri Sembilan, Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menyifatkannya sebagai kejayaan konsep “Perpaduan Ummah”. Beliau mahu kerjasama tersebut diteruskan sehingga menjadi gelombang kemenangan di seluruh negara.






Namun, perpaduan apakah yang mahu dibawa apabila pemimpin yang sama masih menggunakan istilah “pendatang yang diimport masuk oleh penjajah” ketika merujuk kepada sebahagian masyarakat Malaysia?


Perpaduan sebenar sepatutnya menyatukan semua warganegara, bukannya mengumpulkan satu kaum dan agama dengan menjadikan kaum lain sebagai ancaman. Apabila sentimen bangsa digunakan untuk membina kuasa politik, ia bukan lagi perpaduan ummah, tetapi **“Perpaduan Asabiyyah PAS”**.


Sabah dan Sarawak juga tidak akan terkecuali daripada gelombang politik ini. Persoalannya, bagaimana politik yang memecahbelahkan rakyat berdasarkan kaum dan agama boleh diterima oleh masyarakat Sabah dan Sarawak yang begitu majmuk?


Malaysia tidak boleh dibina dengan menakutkan satu kelompok terhadap kelompok lain. Perpaduan negara mesti berasaskan keadilan dan kewarganegaraan bersama—bukan asabiyyah yang menyatukan orang Melayu dengan menimbulkan rasa curiga terhadap kaum lain demi mendapatkan kuasa.





TU DIAAA AIHHH......SEMOGA AHLI BERTABAH MENGHARUNGI DUGAAN BERPARTI

 




Punya lah sanggup singkir Rafizi yg mati matian berusaha mengangkat dia sebagai PM. Bagi pada anak sendiri, last2 jawatan nom 2 PKR boleh passing2 macam tu jer. Tunggu waktu kejatuhan lah, tak lama dah mana dah. Parti anak beranak suka hati depa nak buat apa pun.





TAK SELESAI DOK BEREBUT LAGI... NAYA LA ORANG N9..


 

TU LAH APO NAK DIKATO....JANTUNG KAN....TIBA TIBA JA KALAU TERKEJUT.....NAK BUAT LAGU MANA ?

 


Peguam cakap, pada 2 minggu lepas Ismail Sabri jatuh dan jantungnya terhenti selama 2 saat. Tak habis-habis nak menipu. Semasa PRN Negeri Sembilan, elok je orang tua tu. Siap berkempen lagi.





LAAAA...MACAM PERNAH DONGAR UMNO TIPU MELAYU.....KETUA PEMUDA TIPU MELAYU EHH...


 

BERKATA BENARLAH WALAU TERPAKSA MENELAN MADU

 


Parti sendiri ada banyak isu tak selesai, pastu memanjang dok salah kan pengundi bila kalah. Itu jelah kejenya PKR nihhh...




UNTUNG OOOOO.. ORANG TIONGHUA ADA CIAKAP... BO CHIAK BO PUI...


 

TEDIA AIHHH... KES CABOI PLAK... BEBAS KA TAK TANGKAP.... NAYA NAYA LAGU NI.


 

DAH KATA JANGAN MAIN MAIN DENGAN RCI... 6 DAH KENA TAHAN.


 

BINI SAPA LAH DIA NI.... KURANG DIDIKAN AGAMA JUGA NI. JOM USTAZ DAKWAH