Zahid: Kemelut NS akan diselesaikan melalui saluran politik



Diterbitkan:  Apr 28, 2026 3:25 PM
⋅
Dikemaskini: 3:25 PM

http://wrlr.blogspot,comhttp://wrlr.blogspot.comKemelut politik yang berlaku di Negeri Sembilan akan diselesaikan melalui saluran politik dengan mematuhi sepenuhnya undang-undang tubuh negeri serta peraturan Dewan Undangan Negeri (DUN), kata Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata sebarang penyelesaian perlu dibuat secara tertib dan mengikut prosedur yang ditetapkan bagi memastikan kestabilan pentadbiran negeri tidak terjejas.

"Saya harap kita ikuti undang-undang tubuh Kerajaan Negeri Sembilan dan juga peraturan DUN.

"Pada hemat saya, (perkara ini) tidak semudah itu dan yang paling baik ialah mengikuti semua peraturan serta prosedur yang ada terlebih dahulu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditanya berhubung isu pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan selepas majlis Sambutan Hari Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) ke-54 dan pelancaran Dasar Pengguna Negara 2.0 di Cyberjaya hari ini.

Ahmad Zahid berkata pihaknya tidak akan campur tangan dalam urusan pentadbiran kerajaan negeri atau undang-undang adat Negeri Sembilan, sebaliknya akan mencari penyelesaian terbaik demi memastikan kerajaan negeri terus berfungsi dan mampu memenuhi keperluan rakyat.

"Saya akan menyelesaikan kemelut yang ada itu melalui politik dan kita tidak akan campur dalam urusan pentadbiran kerajaan negeri ataupun dalam undang-undang adat Negeri Sembilan," katanya.

Mengulas gesaan supaya tidak berlaku langkah untuk membentuk kerajaan negeri secara ‘tebuk atap’, beliau berkata perbincangan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan diadakan hari ini bagi mencari penyelesaian yang sesuai.

ADS

"Masalah politik harus diselesaikan melalui politik, bukan dengan kaedah lain," katanya.

Semalam, kesemua 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Umno dan BN Negeri Sembilan sebulat suara hilang kepercayaan dan menarik sokongan terhadap kerajaan negeri pimpinan Datuk Seri Aminuddin Harun, susulan kemelut pemerintahan yang berlaku dan pemakluman rasmi berhubung perkara itu akan dihantar kepada Yang Dipertua DUN dan Setiausaha DUN.

- Bernama



PRN Negeri Sembilan? Mungkin Tidak Diadakan – PM Anwar

 





Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada majlis Pelancaran Pusat Inovasi & Makmal Al Huawei di The Exchange 106@TRX, Kuala Lumpur pada 27 April 2026. Foto PMO

KUALA LUMPUR, 27 Apr – Ura-ura Pilihan Raya Negeri (PRN) di Negeri Sembilan kononnya berkemungkinan diadakan, dilihat amat tipis walaupun berlaku ketidaktentuan politik di negeri itu, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun, Perdana Menteri menjelaskan, ia bergantung kepada keputusan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir serta perjalanan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada majlis Pelancaran Pusat Inovasi & Makmal Al Huawei di The Exchange 106@TRX, Kuala Lumpur pada 27 April 2026. Foto PMO

“Mungkin tidak (PRN diadakan). Ia bergantung… kerana ia terpulang kepada Tuanku dan sudah tentu kepada persidangan dewan,” katanya.

Turut hadir, Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan Mahmood Merican.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada majlis Pelancaran Pusat Inovasi & Makmal Al Huawei di The Exchange 106@TRX, Kuala Lumpur pada 27 April 2026. Foto PMO

Anwar yang juga Menteri Kewangan menjelaskan perkara itu selepas menghadiri mesyuarat tertutup bersama pengurusan tertinggi Huawei yang diadakan sempena pelancaran Makmal AI dan Pusat Inovasi Huawei, di sini, pada Isnin.

Jawapan itu sebagai maklum balas ketika ditanya sama ada PRN akan diadakan bagi menyelesaikan situasi berkenaan di Negeri Sembilan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada majlis Pelancaran Pusat Inovasi & Makmal Al Huawei di The Exchange 106@TRX, Kuala Lumpur pada 27 April 2026. Foto PMO

Perdana Menteri berkata, sebarang perkembangan berkaitan pentadbiran Negeri Sembilan akan diumumkan dalam masa terdekat.

Pada Isnin, Datuk Seri Aminuddin Harun menerusi sidang medianya menegaskan, beliau kekal sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan meskipun 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) menarik sokongan terhadapnya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada majlis Pelancaran Pusat Inovasi & Makmal Al Huawei di The Exchange 106@TRX, Kuala Lumpur pada 27 April 2026. Foto PMO

Malah, kesemua empat jawatan Exco yang diperuntukkan kepada Umno kini kosong susulan penarikan sokongan berkenaan.




MB Negeri Sembilan Diarah Jalankan Tugas Seperti Biasa – PM Anwar

 


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail meluncurkan pembinaan bangunan baharu Universiti UCSI di Le Quadri, Kuala Lumpur pada 28 April 2026.

KUALA LUMPUR, 28 Apr – Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun diminta menjalankan tugas seperti biasa walaupun Barisan Nasional (BN) memaklumkan sudah mempunyai majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri bersama sokongan Perikatan Nasional (PN), kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, setakat ini Aminuddin perlu menjalankan tugasnya seperti dititahkan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail meluncurkan pembinaan bangunan baharu Universiti UCSI di Le Quadri, Kuala Lumpur pada 28 April 2026.

“Keputusan mereka setakat ini (BN)… dengan dengar titah Tuanku saya dengar semalam, kerajaan negeri harus berjalan seperti biasa sehingga ada keperluan untuk membawa apa-apa perubahan.

“Setakat ini saya minta Menteri Besar jalan seperti biasa dan kita juga tidak menghalang proses undang-undang itu diteruskan dengan baik,” katanya kepada pemberita, di sini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail meluncurkan pembinaan bangunan baharu Universiti UCSI di Le Quadri, Kuala Lumpur pada 28 April 2026.

Terdahulu, Anwar dan isteri Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail hadir pada majlis peluncuran pembinaan bangunan baharu Universiti UCSI di Le Quadri, di sini.




[Kini Jelas] 'Tindakan Undang turunkan Yang Dipertuan Besar sah tapi perlu selesai dengan lunak'


 

Mana Sikana dinobat Sasterawan Negara ke-16


 




Mana Sikana dinobat Sasterawan Negara ke-16

Tokoh sastera tanah air, Abdul Rahman Napiah atau lebih dikenali sebagai Mana Sikana, diumumkan sebagai penerima Anugerah Sastera Negara ke-16, sekali gus dimasyhurkan sebagai Sasterawan Negara yang terbaharu.

Pengumuman itu dibuat dalam satu majlis rasmi hari ini oleh Menteri Pendidikan, Fadzlina Sidek, yang turut dihadiri Sasterawan Negara, Dr Anwar Riduan yang juga  Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka serta Ketua Pengarah DBP, Hazami Jahari.

Menurut kenyataan rasmi oleh Fadzlina, pemilihan Mana Sikana dibuat secara sebulat suara oleh panel penilai berdasarkan sumbangan cemerlang dan berterusan beliau dalam memperkaya khazanah kesusasteraan Melayu.

“Anugerah ini merupakan pengiktirafan tertinggi negara kepada tokoh sasterawan yang menulis dalam bahasa Melayu serta telah memberikan sumbangan besar dalam perkembangan kesusasteraan tanah air,” menurut kenyataan itu.

Panel penilai turut mengambil kira keunggulan karya kreatif Mana Sikana, kekuatan pemikiran yang dibawa dalam penulisan beliau serta peranannya dalam membina tradisi ilmu dan budaya bangsa melalui kesusasteraan bermutu tinggi.

Mana Sikana dikenali sebagai antara tokoh penting dalam dunia kritikan dan teori sastera tempatan, selain aktif menghasilkan pelbagai karya yang mencabar pemikiran serta memperkaya wacana intelektual dalam bahasa Melayu.

Penganugerahan itu mengangkat beliau sebagai antara barisan elit Sasterawan Negara yang telah memberi impak besar terhadap perkembangan sastera kebangsaan.

Anugerah Sastera Negara dianjurkan oleh kerajaan Malaysia melalui Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai usaha berterusan untuk mengiktiraf serta memartabatkan sumbangan tokoh-tokoh sastera dalam membina jati diri dan pemikiran bangsa.


Perpaduan umat Islam bukan lagi sekadar pilihan?


 


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa perpaduan umat Islam kini menjadi satu keperluan mendesak dalam menghadapi ketidaktentuan global yang semakin meruncing.

Beliau berkata, dunia ketika ini berdepan tekanan ekonomi yang semakin mencabar, diperburuk oleh ketegangan geopolitik yang memberi kesan langsung kepada kestabilan negara.

Berucap pada Forum Ilmuwan Malaysia MADANI Siri 11, Anwar menekankan bahawa kerajaan perlu kekal tangkas dan responsif dalam mengurus risiko jangka pendek, selain merangka dasar jangka panjang yang mampan.

“Sebahagian tekanan berada di luar kawalan kita, namun kerajaan mesti berpandangan jauh dalam menentukan hala tuju ekonomi negara,” katanya.

Menurut beliau, kerajaan setakat ini masih berupaya mengekang kenaikan harga bahan api domestik, dengan RON95 kekal antara yang terendah di dunia.

Bagaimanapun, katanya, langkah itu menuntut komitmen fiskal yang besar dan perlu dinilai secara berhemah bagi menjamin kelangsungan jangka sederhana dan panjang.

Dalam masa sama, Anwar menegaskan bahawa dalam dunia yang bergelora dengan krisis geopolitik, perpaduan umat Islam tidak lagi boleh dianggap sebagai pilihan.

“Kekuatan kita terletak pada kesatuan yang berteraskan prinsip, berpaksikan keadilan dan nilai kemanusiaan sejagat,”katanya.

Beliau menambah, setiap dasar dan tindakan perlu menjurus kepada usaha menentang penindasan serta mempertahankan hak golongan yang dizalimi, khususnya rakyat Palestin.

Kerajaan, katanya, akan terus memastikan pendekatan Malaysia MADANI menjadi teras dalam menangani cabaran ekonomi dan geopolitik semasa


Bagaimana kerajaan ‘tebuk atap’ Nismilan boleh berlaku?







 


Oleh EDY NOOR REDUAN

Apa yang saya bentangkan ini secara ringkasnya hanyalah dari sudut politik yang menjurus kepada pentadbiran Kerajaan Negeri, bab adat kita tak campur.

Hanya ada dua sahaja cara ‘Langkah Jalal’ (pembentukkan kerajaan tebuk atap NS) mampu jadi kenyataan;

1. Usul undi tidak percaya di dalam Sidang DUN.

2. Jumpa Tuanku YamTuan untuk persembah majoriti mudah yang diperolehi (precedent case krisis Perak)

Untuk pilihan yang pertama, sidang akan berehat selama 6 bulan, dan selepas sidang bermula, jika ketua pembangkang NS yang baharu atau mana-mana ahli pembangkang nak usul undi tidak percaya, ia perlu mendapat laluan Speaker Dewan. Semoga berjaya.

Untuk pilihan kedua, dengan Titah Tuanku YamTuan Besar yang mahu Kerajaan PH Negeri Sembilan (Kerajaan Beta) terus mentadbir negeri, saya secara peribadi tidak fikir pihak pembangkang NS akan dapat peluang mengadap Tuanku bagi mempersembahkan jumlah majoriti.

Maka setakat ini pada hemat saya, Kerajaan PH Nismilan akan meneruskan pentadbiran hingga selewatnya pada hujung sesi Pembentangan Belanjawan NS 2027.

Apatah lagi MB dan seluruh Adun PH Negeri Sembilan Menjunjung Titah Tuanku YDPB untuk terus menjalankan tugas pentadbiran negeri. 

Sepatutnya ‘Umno Jalal’ mengambil iktibar dari peristiwa Langkah Sheraton nirrojim, pengkianatan mandat rakyat yang akhirnya hanya mampu menjadi kerajaan 33 bulan dengan pelbagai masalah. 

Allah maha Besar, walaupun menang banyak PRU15 namun geng pengkhianat ini tetap menjadi pembangkang, malah ramai antara mereka tersusun menunggu giliran ke pelbagai dakwaan dan pertuduhan, untuk ke ‘dalam’.

Rakyat juga sudah muak dengan gerakan ‘tebuk atap’, rata-rata komen atas pagar yang saya nampak begitu marah dengan tindakan ‘Umno Jalal’, dan pujian melambung kepada MB TokMin yang dilihat tawadduk dengan penuh kesabaran.

Akhir kalam, lega rasanya bilamana Kerajaan PH NS akan bekerja seperti biasa, mungkin menggandakan tahap perkhidmatan kepada rakyat Nismilan.

Kegelojohan PN juga terserlah apabila Datuk Seri Presiden Zahid Hamidi kondem PN sebagai mengambil kesempatan dari kemelut NS. Orang kata biar putih tulang, nampaknya bukan PN sahaja yang berputih mata.

*** EDY NOOR REDUAN adalah Pengerusi Kelab Rakan Media Siasah Madani (KARESMA)


Bergerak solo untungkah Umno? – Lokman Adam










 

Bergerak solo untungkah Umno? – Lokman Adam

Langkah Umno untuk bergerak secara solo dalam pilihan raya akan datang bukanlah jaminan kemenangan, malah berisiko mengheret parti itu ke kancah kekalahan lebih besar, kata Datuk Lokman Noor Adam.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno itu berkata, sentimen di peringkat akar umbi ketika ini menunjukkan sebahagian pengundi Melayu masih belum kembali menyokong Umno, sebaliknya kekal bersama Perikatan Nasional(PN).

“Kalau kita ambil jalan mudah, keluar daripada kerajaan dan bergerak solo, kita kena tanya diri sendiri, adakah undi Melayu yang sudah beralih itu akan kembali kepada Umno?

“Jawapannya belum tentu. Malah kemungkinan besar tidak,” katanya dalam satu kenyataan.

Lokman berkata, walaupun terdapat rasa tidak selesa dalam kalangan pengundi terhadap kerjasama antara Barisan Nasional dan Pakatan Harapan, kepimpinan parti tidak boleh membuat keputusan hanya berdasarkan sentimen semasa.

Menurutnya, faktor paling penting dalam menentukan sokongan pengundi ketika ini bukan lagi populariti individu calon, tetapi gabungan atau blok politik yang diwakili.

Beliau memberi contoh pertembungan antara Akmal Saleh(ketua pemuda Umno) dan Afnan Hamimi Taib(ahli parlimen Pas) yang menunjukkan bagaimana calon yang lebih popular tidak semestinya mampu menterjemah kepada kemenangan jika sentimen pengundi memihak kepada blok lawan.

Dalam tinjauan dua sosok ini menunjukkan Afnan lebih mendapat sokongan berbanding Akmal yang pada awalnya popular dalam pelbagai isu.

“Pengundi hari ini tengok kita bersama siapa, bukan sekadar siapa calon kita. Itu realiti yang kita kena terima,” katanya.

Dalam masa sama, Lokman berpandangan kerjasama berterusan antara BN dan PH berpotensi memberikan pulangan kerusi yang lebih besar kepada Umno sekiranya tiada gangguan politik dalam tempoh menjelang pilihan raya.

Katanya, berdasarkan pola sokongan semasa, Umno berpeluang menambah jumlah kerusi daripada sekitar 26 kepada kira-kira 40 hingga 50 kerusi sekiranya strategi kerjasama diperkukuh.

“Kalau kita kekalkan kestabilan, rapatkan saf antara BN dan PH, kita boleh manfaatkan sokongan bukan Melayu dan sebahagian pengundi moderat Melayu.

“Tetapi kalau kita ikut emosi dan buat keputusan drastik, bukan saja Umno berisiko, PH pun boleh tumbang. Akhirnya kita semua kembali ke titik asal selepas pilihan raya,” katanya.

Namun beliau mengakui pendekatan itu menuntut pengorbanan politik yang besar, termasuk mengekang ego parti dan menerima realiti landskap politik baharu yang lebih berasaskan gabungan.

“Ini bukan soal siapa lebih dominan, tetapi soal kelangsungan. Kita kena pilih sama ada mahu menang kerusi atau sekadar berpegang pada ego politik,” tambahnya.

Lokman turut mengingatkan bahawa kegagalan membuat keputusan strategik yang tepat boleh menyebabkan Umno terus berada pada tahap kerusi semasa atau hanya meningkat sedikit, tanpa mampu kembali sebagai kuasa dominan.

“Kalau kita silap langkah, kita mungkin kekal sekitar 26 hingga 30 kerusi sahaja. Itu bukan kebangkitan, itu sekadar bertahan,” katanya.



Empat Jawatan Exco Negeri Sembilan Termasuk Exco Kanan Kosong

 


Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun bersama Adun Pakatan Harapan (PH) dalam sidang media tergempar di Seremban pada 27 April 2026. Foto Anthony Loke Siew Fook

SEREMBAN, 27 Apr – Jawatan EXCO kerajaan Negeri Sembilan yang disandang oleh empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Umno/Barisan Nasional (BN) telah dianggap kosong selepas kesemua wakil rakyat terbabit menarik sokongan kepada kerajaan negeri menerusi kenyataan media dikeluarkan mereka sendiri.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, berikutan sudah berlaku empat kekosongan jawatan itu, pengisian jawatan berkenaan akan ditentukan kemudian.

“Yang menarik sokongan kepada kerajaan negeri adalah mereka (Umno/BN). Maka ada kekosongan (EXCO) sekarang.

Antara komen pedas yang ditinggalkan netizen yang mengecam tindakan Jalaluddin Alias dan Adun Umno menarik sokongan daripada kerajaan Negeri Sembilan. Foto Facebook Jalaluddin Alias

“Kita akan buat keputusan kemudian. Buat masa ini saya belum ada keputusan. Tadi dalam perbincangan (dengan pemimpin PH negeri) pun kita tak ada keputusan lagi,” katanya pada sidang media di kediaman rasmi Menteri Besar di sini, petang tadi.

Empat ADUN Umno/BN yang memegang jawatan EXCO dalam kerajaan negeri ialah ADUN Pertang, Jalaluddin Alias yang diberi taraf EXCO kanan; ADUN Senaling, Ismail Lasim; ADUN Palong, Mustapha Nagoor dan ADUN Linggi, Mohd Faizal Ramli.

Aminuddin berkata, penentuan sama ada jawatan itu akan dipangku oleh ADUN lain akan diputuskan kemudian.

Antara komen pedas yang ditinggalkan netizen yang mengecam tindakan Jalaluddin Alias dan Adun Umno menarik sokongan daripada kerajaan Negeri Sembilan. Foto Facebook Jalaluddin Alias

Menariknya, tindakan Jalaluddin merupakan Pengerusi BN negeri yang mengetuai tindakan 14 Adun berkenaan, namun kini hebat diserang di media sosial miliknya sendiri terutama di Facebook, seolah memakan diri sendiri.

Antara komen yang ditinggalkan seperti Aliff Haziq Othman “Tiada sebarang alasan kukuh untuk menarik balik sokongan terhadap Menteri Besar Negeri Sembilan selain daripada “mempertahankan adat”. Sila huraikan dengan lebih lanjut. Sifat selekeh UMNO/BN Negeri Sembilan ini amat memalukan. Tidak perlu berselindung di sebalik nama kemaslahatan sejagat.
Berterus terang sahajalah niat sebenar anda,” tulisnya.

Antara komen pedas yang ditinggalkan netizen yang mengecam tindakan Jalaluddin Alias dan Adun Umno menarik sokongan daripada kerajaan Negeri Sembilan. Foto Facebook Jalaluddin Alias

Seorang lagi Azlanshah Mustapa menyatakan “Soba (sabar) tok..nampak golojoh bona (betul). tak mihak mano2..tapi keputusan yang dibuat ni macam
mencari peluang dalam kesulitan MB.tak cantik caro (cara) eh..pelan?.ado (ada) rezeki tak kemano ( ke mana) jawatan MB tu,” katanya.





Tiga Remaja Ditahan Disyaki Terlibat Kes Jenayah Seksual Babit Pelajar

 


Seramai dua daripada suspek berusia 14 dan 17 tahun itu ditahan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ), IPD Tawau kira-kira jam 11.50 pagi di kawasan Kampung Jawa pada 28 April 2026. Foto Polis Daerah Tawau

TAWAU, 28 Apr – Polis menahan tiga remaja lelaki bagi membantu siasatan kes jenayah seksual melibatkan seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun dalam kejadian berasingan di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin bin Hussin berkata, dua daripada suspek berusia 14 dan 17 tahun itu ditahan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ), IPD Tawau kira-kira jam 11.50 pagi semalam di kawasan Kampung Jawa, Tawau.

Menurutnya, seorang lagi suspek berusia 17 tahun ditahan dalam tangkapan susulan kira-kira jam 1.45 petang hari sama di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau.

“Tangkapan dibuat susulan laporan polis diterima Sabtu lalu berhubung dakwaan perbuatan jenayah seksual yang berlaku terhadap mangsa di beberapa lokasi berasingan sekitar Daerah Tawau sejak November tahun lalu hingga Februari tahun ini.

“Hasil siasatan awal mendapati mangsa dipercayai terlibat dalam beberapa kejadian dengan suspek berbeza, termasuk di kawasan rumah dan premis awam.

“Seorang lagi individu turut disiasat berhubung satu kejadian berasingan yang berlaku di sebuah sekolah, di mana mangsa dipercayai dipaksa melakukan perbuatan tidak senonoh,” katanya.

Jelasnya, kes disiasat mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan serta Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

“Polis turut menjalankan soal siasat serta mendapatkan keterangan lanjut bagi melengkapkan siasatan sebelum dirujuk kepada pihak pendakwaan,” katanya.

Tambah ACP Jasmin, beliau menasihatkan ibu bapa dan penjaga agar sentiasa memantau pergerakan serta pergaulan anak-anak bagi mengelakkan mereka terdedah kepada risiko jenayah seksual.

“Kes seperti ini perlu diberi perhatian serius oleh semua pihak. Kerjasama masyarakat amat penting dalam memastikan keselamatan kanak-kanak sentiasa terpelihara,” katanya. – Polis Daerah Tawau



GEMPAK! SAH KERAJAAN KEKAL! UMNO KINI DI PIHAK PEMBANGKANG BERSAMA PAS!


 

UMNO KEMBALI PERANGAI LAMA! DEMI KUASA & JAWATAN SANGGUP KHIANATI RAKAN KERAJAAN!


 

DEMI KUASA DAN JAWATAN, MEREKA BERSAMA? POLITIKUS SAMPAH MSYARAKAT!


 

KERAJAAN KEKAL? UMNO BAKAL JADI PEMBANGKANG? Penarikan sokongan umno SATU PENGKHIANATAN!


 

RUMUSAN RINGKAS KRISIS NEGERI SEMBILAN


PKR Terengganu







1. Punca masalah sebenar ialah Luak Sungei Ujong, ada melakukan 'kesalahan' yang mana hanya kerabat dalaman sahaja yang tahu.


2. Akibat 'kesalahan' itu, Luak Sungei Ujong dipecat oleh Dewan Keadilan, yang dipengerusikan oleh Tuanku Mukhriz pada tahun 2025.


3. Luak Sungei Ujong secara default dalam undang-undang adat sudah tidak mempunyai apa-apa kuasa.


4. But somehow, Luak Sungei Ujong berjaya pengaruhi 3 Luak lain, tiba-tiba buat majlis umum pecat Tuanku Mukhriz.


5. MB Negeri Sembilan, berdasarkan undang-undang, menolak pemecatan Tuanku Mukhriz, kerana dari segi undang-undang adat, Luak Sungei Ujong sudah tidak tiada kuasa, maka pengumuman itu tidak sah.


6. Apakah MB boleh membantah? Ya, MB boleh membantah sebab dalam undang-undang adat, at the end, penurunan seorang Yamtuan Besar mesti dapat persetujuan / tandatangan MB juga.


7. Empat Luak tu marah pula MB, anggap MB campur tangan isu adat, gesa MB letak jawatan.


8. Okay, kat sini habis isu adat, dan bermula isu politik.


9. UMNO N9 meihat ini satu opputurnity untuk tebuk atap jatuhkan MB.


10. UMNO N9 diketuai oleh Jalaluddin, iaitu MP BN pertama yang sokong Muhyiddin selepas PRU15 membelakangi Presiden UMNO.


11. Dengan kata lain, UMNO N9 buat semua ni tanpa restu Presiden UMNO, atau dengan kata lain khianat kepada Presiden UMNO.


12. UMNO N9 umum sokong Undang Empat, memberi gambaran jelas bahawa UMNO N9 mahu jatuhkan Tuanku Mukhriz.


13. UMNO N9 umum 14 Adun tarik balik sokongan daripada MB.


14. UMNO N9 umum kerjasama dengan 5 Adun PN, isytihar ada majoriti mudah.


15. MB mengadap Tuanku Mukhriz, sampaikan berita 14 Adun UMNO tarik sokongan.


16. Tuanku Mukhriz bertitah, MB teruskan berkhidmat seperti biasa, selagi mana dalam ruang lingkup undang-undang, sehingga isu adat selesai.


17. UMNO N9 & PN, tidak dapat bentuk kerajaan baru, kerana tiada perkenan dari Tuanku Mukhriz.


18. Dengan kata lain, move UMNO N9 adalah sia-sia, bahkan menambahkan lagi kekusutan yang sedia ada.


Kesimpulan, 

UMNO N9 khianat Presiden UMNO.

UMNO N9 bergerak tanpa restu Presiden UMNO.

UMNO N9 berpakat dengan PN tanpa restu Presiden UMNO.

UMNO N9 & PN derhaka nak jatuhkan Tuanku Mukhriz.


Tuanku Mukhriz tidak pernah buat salah apa-apa.


Yang mana sokong UMNO N9 dan PN, adalah penderhaka kepada Raja-Raja Melayu.


Daulat Tuanku





JALALUDIN DISERANG WARGA N9

 


Zul Imran


Laman Facebook rasmi Pengerusi Perhubungan Umno BN Negeri Sembilan, Jalaluddin Alias teruk diserang warga negerinya sendiri.








 



Mereka meluahkan perasaan marah dan membantah keras sebarang cubaan rampasan kuasa ‘ala-Langkah Sheraton’ yang sudah terbukti tidak bertahan lama.


Pengkhianatan ini pasti akan dibalas dengan hukuman dari rakyat di hampir kesemua 36 kerusi DUN di negeri itu pada PRU16.


#JalalOhJalal

#LangkahJalal

#ApoKonoEhJalal





Bila angkat sumpah???



Che Ibrahim



Ambo baru nak berkawan dengan UMNO untuk berlawan dengan Pas, kena fikir semula pula bekali kalu lagu ni gat....






DARI ISTANA DAH MEREBAK KE POLITIK...


 

LEKEH BENAR LA KALAU AIRPORT DIJADIKAN TEMPAT UNTUK KUTU BERAHAK LEOAK.


 

KENAPA AKAN GAGAL


 

KALAU INI BERLAKU KENA TUKAR SEMUA.


 0

APA PUN TUNGGU SIDANG DULU