KL SUMMIT 2019 GAGAL?



Sejak awal lagi ramai yang tidak faham dengan langkah Malaysia menganjurkan persidangan negara-negara Islam atau KL Summit 2019 yang bermula hari ini.

Beberapa faktor melingkari ketidakfahaman ramai mengenai penganjuran sidang itu:-

Pertama, mengapakah sidang itu mengecualikan Arab Saudi yang dikenali sebagai tunjang belakang OIC atau Pertubuhan Negara-Negara Islam dengan keanggotaan 57 negara di seluruh dunia?

Apakah Tun Mahathir Mohamad mahu menonjolkan dirinya sebagai juara baru negara-negara Islam?

Lantaran itu, selain Arab Saudi yang tentu mengecamnya, OIC turut menolak penganjuran KL Summit 2019 ini, bahkan menyifatkannya sebagai langkah memecah-belahkan umat Islam.

Selain itu, dipercayai disebabkan tekanan Arab Saudi jugalah menyebabkan Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan dan Presiden Indonesia, Jokowi tidak hadir sidang ini.

Jokowi sepatutnya diwakili oleh Naib Presiden Ma’aruf Amin, tetapi beliau juga memutuskan tidak hadir bersandarkan nasihat doktor yang menyimpulkan beliau sebagai kelelahan kerana melalui rangkaian tugas dalam negara yang sangat padat.

Maka, apa maknanya KL Summit 2019 jika Indonesia sebagai negara umat Islam terbesar di dunia pun enggan turut serta?

Kedua, daripada 52 ketua negara yang dijemput, hanya tiga saja yang hadir iaitu Presiden Turki, Reccep Tayyib Erdogan, Emir Qatar, Sheikh Tamim Hamad Al Thani dan Presiden Iran, Hassan Rouhani.

Apa signifikannya KL Summit kepada umat Islam seluruh dunia dengan hanya tiga ketua negara saja yang menghadirinya?

Qatar dan Iran khususnya yang memang bermusuh dengan Arab Saudi, kehadiran mereka lebih untuk menunjuk-nunjuk taring mereka kepada Arab Saudi dan seolah-olah

mereka diberi keutamaan oleh Malaysia.

Tetapi, tidakkah kesan jangka panjang hubungan dengan Arab Saudi akan dipikul oleh Malaysia selepas ini?

Erdogan, walaupun hadir sidang ini, tetapi malam semalam beliau telah menganjurkan jamuan makan malam di Kedutaan Turki bersama Anwar Ibrahim dan Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang merupakan rakan karibnya sejak sekian lama.

Ada yang mengatakan datangnya Erdogan bukan sangat mahu menghadiri KL Summit, tetapi lebih mengambil kesempatan untuk bertemu dengan bakal PM8 itu.

Ketiga, pemilihan wakil Malaysia yang berucap dalam sidang meja bulat dan pleno KL Summit iaitu Azmin Ali, Zuraida Kamaruddin dan Mukhriz Mahathir juga menimbulkan tanda tanya ramai.

Apa yang Azmin, Zuraida dan Mukhriz faham tentang gerakan Islam dan apa sejarah penglibatan mereka dalam agenda Islam selama ini?

Apakah Tun Mahathir lebih bermotif untuk menonjolkan mereka di peringkat antarabangsa dengan manfaat yang mahu diraih ialah keuntungan politik di dalam negara?

Namun, dengan gagalnya KL Summit 2019 ini sejak awal lagi, bukan saja dari segi penerimaan negara dan umat Islam di seluruh dunia, bahkan juga pada tanggapan rakyat Malaysia sendiri, apa yang Tun Mahathir dapat sebenarnya daripada perbelanjaan besar menganjurkan sidang ini?

(ShahbudinHusin 19/12/2019).


What happened to Altantuya? | 60 Minutes Australia





Allegation On Altantuya Murder: Why Altantuya Was Killed?





SIRI PEMBUNUHAN PALING KEJAM TERHADAP SEORANG WANITA KERDIL DAN LEMAH.

Cebisan-cebisan dagingnya melekat didahan dan ranting-ranting pokok berhampiran tempat mendiang diletupkan..

Begitulah zalimnya pembunuhan yang dilakukan terhadap seorang wanita yang lemah..

Sedangkan wanita yang dibunuh itu.. boleh ditangkap dan diusir keluar dari negara ini.. atau mengarahkan dan mengiringi wanita itu menaiki penerbangan balik ke negara asalnya Monggolia..

Kenapa perlu beliau dibunuh hanya kerana beliau memeras ugut..?..tak logik langsung..

Kenapa beliau dibunuh kononnya dia spy..? Lagi la tak logik..

Kerana ada berapa ramai Spy Israel di Malaysia.. siap ada kuil.. CIA sendiri pun bersarang di office Najib sendiri.. dan mereka bebas berkeliaran di Kementerian Pertahanan dan kem-kem tentera..

Akan tetapi..

Sudah tentu ada satu kuasa yang maha hebat disebalik pembunuhan berkenaan..

Kerana kuasa dan arahan darinya mampu memaksa pihak Imegresen memadamkan senarai nama mendiang memasuki negara ini..

Siapakah manusia yang punya kuasa hebat itu..?

Tak mungkin hanya bertaraf Chief Inspector atau Sirul sebagai koperal boleh mengarahkan senarai nama itu dipadamkan dari sistem komputer kerajaan..?

Siapa yang bertanggungjawab membenarkan Sirul ke Australia secara SAH..?

Siapa yang beri semula passport dan kebenaran keluar tanpa sekatan pihak berkuasa negara..?

Sedangkan Sirul menaiki penerbangan biasa.. bukannya melalu jalan seludup..!!!

Diharap kes ini disiasat keseluruhannya.. termasuk Peguam Negara ketika itu.. IGP.. Hakim.. KP Imegresen.. KDN.. serta saksi-saksi penting yang tidak dipanggil langsung..

Dalam kes ini..

Azilah sudah tidak mempunyai kepentingan lagi.. kerana telah dijatuhkan huluman MATI.. tiada peluang untuk bebas..

Akan tetapi.. dakwaan beliau menerima arahan WAJIB disiasat dan dibicarakan semula..

Mendengar kata-kata Najib.. samalah mendengar kata-kata dari seorang perompak penyamun sambil berlari..

Eddie Adam Benjamin


ANWAR DI KL SUMMIT 2019



Bersama Menteri Luar Iran Javad Zarif, Menteri Pertahanan Turki Hulusi Akar dan Menteri Ekonomi Qatar Ahmad Bin Jassim al Thani di KL Summit 2019.

Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang dan orang duduk



FAKTA BUKAN AUTA


JIKA PM 8 TAK SEMESTINYA BAIK...LIHAT JUGA FAKTA INI MAHAZALIM.



1. Tak ada jaminan PM8 ' yang terbaik ' kata Mahathir.

2. Hujah berikut adalah jawaban bahawa PM8 ( Anwar ) adalah yang terbaik.

3. Anwar Ibrahim adalah PM ke 8 Malaysia mengikut konsensus dan muafakat PH sebelum PRU 14 dan telah dimuktamadkan oleh Majlis Presiden Pakatan Harapan.

4. Anwar Ibrahim adalah Perdana Menteri Malaysia pertama yang terpelajar dan berpendidikan.

5. Terpelajar disini bermaksud AHLI AKADEMIK yang terlibat secara langsung dengan pentadbiran University sebagi ahli pertubuhan Intelek atau Ilmiah ( Fellow ).

1. Anwar Ibrahim adalah ahli pertubuhan Intelek/Ilmiah ( Fellow ) di University of Oxford London,England.

2. Anwar Ibrahim adalah ahli pertubuhan Intelek/Ilmiah ( Fellow ) di John Hopkins University Amerika Syarikat.

3. Anwar Ibrahim adalah AHLI KEHORMAT pertubuhan Intelek/Ilmiah ( Fellow )di Georgetown University Washington DC Amerika Syarikat.

6. Anwar Ibrahim pernah menjadi Pensyarah di University Of Oxford London,England,John Hopkins University Amerika Syarikat dan Georgetown University Washington DC,Amerika Syarikat.

7. Terkini Anwar Ibrahim adalah Profesor Undangan ( Visiting Profesor ) di Harvard University Amerika Syarikat.

8. Ketika Anwar Ibrahim menjadi Menteri Pendidikan,Anwar adalah Menteri Pendidikan Malaysia pertama yang dipilih sebagai Presiden UNESCO General Conference.

9. Anwar Ibrahim adalah pemimpin politik Malaysia pertama yang membawah serta memperkenalkan BUDAYA dan NILAI-NILAI ISLAM dalam pentadbiran kerajaan Malaysia.

Sebagai contoh memperkasa Mahkamah Syariah, penubuhan Bank Islam, University Islam dan banyak lagi.

10. Anwar Ibrahim adalah Menteri Kewangan Malaysia pertama yang menjadikan Malaysia digelar ' Harimau Asia ' dikalangan negara-negara Asian.

11. Anwar Ibrahim adalah Menteri Kewangan Malaysia pertama yang dipilih menjadi Menteri Kewangan terbaik di dunia pada tahun 1993 dan Asia pada tahun 1996.

12. Anwar Ibrahim adalah Menteri Kewangan Malaysia pertama yang menerima anugerah The Asian of The Year ' pada tahun 1998.

13. Anwar Ibrahim adalah Menteri Kewangan Malaysia pertama yang mengurus ekonomi dan kewangan Malaysia dengan mendapat untung ia itu pendapatan melebihi perbelanjaan ( Surplus Budget ) selama lapan tahun berturut-turut.

14. Anwar Ibrahim adalah Menteri Kewangan Malaysia pertama yang menulis surat kepada Bank Dunia untuk menghentikan pinjaman kewangan kerana Malaysia sudah mampu berdikari.

15. Anwar Ibrahim adalah Menteri Kewangan Malaysia pertama yang meletakkan hutang luar Malaysia ke paras yang paling rendah ia itu RM9.9 Bilion.

16. Anwar Ibrahim adalah Menteri Kewangan Malaysia pertama yang mencapai pertumbuhan ekonomi yang berkembang dari 7% hingga 11% selama lapan tahun berturut-turut.

17. Anwar Ibrahim adalah Menteri Kewangan Malaysia pertama yang dipilih sebagai ' Pengerusi Bahagian Pembangunan ' di Bank Dunia.

18. Anwar Ibrahim adalah pemimpin politik Malaysia pertama yang diakui ' Sebagai Pakar Perunding Kewangan ' oleh Bank Dunia pada tahun 2008.

19. Anwar Ibrahim adalah pemimpin politik Malaysia pertama yang diakui sebagai ' Pakar Ekonomi & Kewangan ' oleh Bank Kesatuan Eropah ( EU ) pada tahun 2014.

20. Anwar Ibrahim adalah pemimpin politik Malaysia pertama yang disenaraikan kekelompok 100 orang yang paling berpengaruh di dunia bagi kategori politik oleh Majalah Time pada tahun 2008.

21. Pemilihan tersebut adalah tepat apabila Anwar akhirnya dapat menumbangkan Umno/BN pada PRU 14 setelah berkuasa selama 61 tahun.

22. Anwar Ibrahim adalah pemimpin politik Malaysia pertama yang disenaraikan kekelompok 50 orang yang sangat berpengaruh di dunia bagi kategori politik oleh Majalah The Muslims 500 selama dua tahun berturut-turut pada tahun 2016 dan 2017.

23. Pemilihan tersebut adalah tepat apabila Anwar akhirnya berjaya menumbangkan Umno/BN pada PRU 14 setelah berkuasa selama 61 tahun.

24. Anwar Ibrahim adalah pemimpin politik Malaysia pertama yang menerima anugerah ' Global Peace Prize ' pada tahun 2017.

25. Anwar Ibrahim adalah pemimpin politik Malaysia pertama yang pernah diambil oleh Negara Turki sebagai penasihat ekonomi & kewangan.

26. Ekonomi Turki sekarang tempat ke 7 terbaik di dunia dan tempat ke 3 dikalangan negara-negara Eropah.

27. Anwar Ibrahim adalah pemimpin politik Malaysia pertama yang di ambil oleh Al Baraqa Bank sebagai penasihat ekonomi & kewangan.

Al Baraqa Bank salah satu perbankan Islam terbesar di dunia yang berpusat di Qatar.

28. Seluruh Negara-Negara Islam di dunia tidak percaya Anwar Ibrahim melakukan perbuatan jijik ( Liwat ) sebab itu Majalah The Muslims 500 memilih Anwar sebagai pemimpin politik Malaysia pertama yang disenaraikan kekelompok 50 yang paling berpengaruh di dunia bagi kategori politik selama dua tahun berturut-turut ia itu 2016 dan 2017 ketika Anwar berada dalam penjara.

29. Dunia barat tidak percaya Anwar Ibrahim melakukan perbuatan jijik ( Liwat ), negara-negara barat yang celik politik tahu Anwar berdepan dengan pemimpin politik DIKTATOR yang mengamalkan POLITIK KOTOR, Negara-negara barat percaya liwat adalah fitnah dan tuduhan yang direka oleh pemimpin diktator,sebab itu mereka memilih Anwar manjadi pemimpin politik Malaysia pertama menjadi penerima anugerah ' Global Peace Prize ' pada tahun 2017 ketika Anwar berada dalam penjara.

30. Anwar Ibrahim pemimpin politik yang berfahaman DEMOKRATIK yang mempraktikkan POLITIK NILAI dan mengamalkan POLITIK BERSIH mengajak rakyat Malaysia bangkit melawan dan menolak politik kotor dan menggantikanya dengan politik bersih dalam konteks reformasi.

Memperkasa Reformasi Memaknai Demokrasi

Abdul Rauf Hj Jainullah.

ANWARPM8 MEI 10 2020

Buat sekali sumpah laknat isu 1MDB – Akmal


Image result for akhmal nasir


KUALA LUMPUR – Selain membuat sumpah laknat berkenaan tuduhan membunuh Altantuya Shaariibuu, Datuk Seri Najib Razak diminta membuat perkara yang sama berkaitan 1MDB.
Cadangan berbentuk sindiran itu dibuat oleh Ketua Pemuda PKR, Akmal Nasir.
“Tapi alang-alang Najib Razak nak sumpah laknat, elok sumpah sekali pasal kickback (rasuah) 1MDB.
“Cepat sikit rakyat boleh tahu berapa banyak…,” ciap Ahli Parlimen Johor Bahru itu di Twitter hari ini.
Sebelum itu, Najib menyatakan hasrat ingin melakukan sumpah laknat Jumaat ini ekoran akuan bersumpah (SD) Azilah Hadri yang mendakwanya mengarahkan pembunuhan Altantuya.
Ekoran SD Azilah mahkamah sudah menetapkan 20 April tahun depan untuk mendengar permohonan bekas anggota Unit Tindakan Khas itu kepada Najib.

PM DAN MENTERI EKONOMI LENA?

Peluang pekerjaan semakin tenat

MGF28072019_PC-PEMUDA-GAGASAN-SEJAHTERA40



KUALA LUMPUR – Selepas memerintah negara hampir 20 bulan, Kerajaan Pakatan Harapan (PH) didakwa bukan sahaja tidak mampu menunaikan janji-janji manifesto tetapi turut menyebabkan anak muda tertipu dengan janji sejuta peluang pekerjaan dengan gaji minimum RM2,500,
Ia kerana, pada hari ini, hampir 80 peratus graduan tempatan menganggur aktif mencari peluang pekerjaan.
Ketua Dewan Pemuda Ikatan Malaysia (DPIM), Shahir Adnan berkata, ini bermakna terdapat seramai 4 juta siswazah yang menganggur pada hari ini dan tidak mendapat peluang pekerjaan dek keadaan ekonomi negara yang tenat.
Sedangkan, berdasarkan statistik, Malaysia melahirkan sejumlah 4.96 juta siswazah pada tahun lepas.
Menurutnya, harapan anak muda untuk mendapatkan peluang pekerjaan hancur berkecai.
“Kerajaan Pakatan Harapan bukan sahaja gagal mewujudkan peluang pekerjaan, malah gagal mengekalkan pekerjaan sedia ada kerana kegagalan mengurus ekonomi negara.
“Peluang pekerjaan di negara kita semakin tenat apabila kerajaan mengumumkan untuk mengurangkan jumlah penjawat awam sebanyak 5% sehingga tahun 2021,” katanya dalam satu kenyataan.
Shahir berkata, pengumuman malang ini semestinya menghancurkan harapan rakyat Malaysia yang mengundi PH pada PRU-14 lalu.
“Persoalannya di sini, bagaimanakah pengurangan sebanyak 5% atau 85,000 pekerjaan sektor awam ini dapat menguatkan ekonomi negara apabila peluang pekerjaan di sektor swasta pun makin berkurang?
“Rakyat tidak mempunyai pilihan di sektor swasta atau perkhidmatan awam dan pengangguran di dalam negara akan
meningkat dengan mendadak,” ujarnya.
Beliau berkata, di saat mengurangkan pekerjaan sedia ada di kementerian dan agensi kerajaan tetapi pelbagai lantikan politik terus dibuat.
Berikutan itu, beliau menggesa kerajaan memperhalusi keputusan pengurangan kakitangan awam kerana rakyat sebenarnya makin dihimpit kegawatan ekonomi dan kenaikan kos sara hidup.
Tegasnya, kerajaan perlu mengurangkan lantikan politik, sebaliknya memberi tanggungjawab itu kepada penjawat awam yang berwibawa melakukan tugas mereka.
“Harus diingat, penjawat awam merupakan tunjang kepada pentadbiran negara. Ahli politik datang dan pergi, tetapi mereka tetap komited menguruskan pentadbiran kerajaan,” kata Shahir. 

82 ANAK ORANG ASAL DIRAIKAN JINGGA 13 DAN YB FAUZIAH

82 anak-anak Orang Asli daripada 200 orang anak asnaf terima sumbangan barang persekolahan Ceria Ke Sekolah TNB/BBC bersama Jingga13 Pahang/Malaysia di Felda Sg Koyan 1 , Cameron Highland

Usai Program Ceria Ke Sekolah di Sekolah Kebangsaan 
Janda Baik , Pahang , penyampaian program Ceria Ke 
Sekolah TNB/BBC
 bersama Jingga13  Pahang/Malaysia diteruskan pula di 
Parlimen Cameron Highland , jam 300 petang bertempat 
di Dewan Serbaguna JKKK
 Felda Sg Koyan 1, Cameron Highland , Pahang .

Program Ceria Ke Sekolah TNB/ BBC bersama Jingga13 Pahang/Malaysia dihadiri 
oleh YBhg Profesor Rasid Muhamad (Pegawai Khas 
YB Fuziah Salleh, Timbalan 
Menteri Jabatan Perdana Menteri ) , Puan Hajah
 Huzaifah Bt Ahmad Nasir , 
Pengurus Perkhidmatan Pelangan TNB Negeri Pahang ,
 Sdr Amizudin Ahmat , 
Pengarah BKS Jingga13 Malaysia , Sdr Khairudin
 Kordinator Jingga13 Negeri 
Sembilan dan Sdr Razali , Timbalan Koordinator Jingga13
 Pahang .



NAJIB HILANG MEMORI

Imej mungkin mengandungi: 1 orang, cermin mata dan teks


Di luar mahkamah bukan main eksyen. Pahlawan lah. Bossku lah. Hero lah.
Dalam mahkamah macam orang bodoh. Tandatangan sendiri pun dia tak boleh nak kenal. Siap nak panggil pakar suruh sahkan.

KENAPA TIADA YANG MENDESAK AZMIN BUAT UJIAN POLIGRAF?



Susulan tampilnya pihak tertentu, khususnya pengampu Perdana Menteri yang menggesa agar Anwar Ibrahim juga perlu menjalani ujian poligraf berikutan penuduhnya yang mendakwa  diganggu secara seksual, Mohamad Yusoff Rawther telah berbuat demikian, mereka seolah-olah lupa dengan kes yang lebih penting daripada itu.

Ia tidak lain adalah kes “video Haziq” yang dikaitkan dengan Azmin Ali yang kini sudah pun berlarutan lebih enam bulan tanpa ketahuan sama ada akan  dilakukan pendakwaan atau disenyapkan begitu saja.

Dalam kes tersebut, Haziq Abdullah Abdul Aziz yang mendakwa pasangannya melakukan hubungan sejenis sebagaimana tersebar dalam video itu adalah Azmin, beliau bukan saja sudah disiasat polis, malah difahamkan turut menjalani ujian poligraf.

Ia adalah bagi menentukan kebenaran atau kesahihan dakwaan yang dibuatnya terhadap Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu.

Bagaimanapun, ujian poligraf terhadap Haziq itu tidak didedahkan secara terbuka sepertimana hebohnya  perihal mengenai Yusoff yang sedia melakukan ujian yang sama.

Tetapi, mereka yang rapat dengan Haziq memaklumkan ujian itu memang dilakukan keatasnya dan hasilnya difahamkan cukup positif.

Selain itu, seorang lagi Haziq iaitu Mohd Haziq Hassan Mohd Ayub yang dikaitkan dengan syarikat pelancongan yang menyaman Azmin kerana menuntut hutang sebanyak RM328,901 dan telah ditahan polis selama lima hari sebelum ini, turut sama telah menjalani ujian poligraf dengan pihak PDRM.

Haziq Hassan dikatakan ditahan polis kerana siasatan berhubung peranannya dalam menguruskan tiket perjalanan dan penginapan untuk Azmin.

Semasa ditahan dan dalam proses siasatan itu, Haziq Hassan difahamkan turut menjalani ujian poligraf untuk menentukan kebenaran dalam kata-katanya.

Hasil ujian terhadapnya juga dikatakan positif pada kadar yang tinggi.

Sebagai makluman, YHA Travel & Tours yang sebelum ini menyaman Azmin kerana menuntut tunggakan hutang RM328,901 adalah kepunyaan ibu bapa Haziq Hassan dan syarikat  itu telah mengendalikan urusan tiket dan perjalanan untuk Azmin sejak lebih 20 tahun yang lalu.

Dalam saman balas terhadap YHA Travel & Tours yang menuntut hutang daripadanya, Azmin mendakwa ia mempunyai kaitan dengan konspirasi “video Haziq” yang mengaitkan dirinya.

Tuntutan balas Azmin itu juga menyatakan bahawa ibu bapa Hassan yang merupakan pemilik YHA Travel & Tours mempunyai "hubungan yang sangat rapat" dengan Presiden PKR, Anwar Ibrahim.

Mereka yang biasa dengan syarikat itu memberitahu, YHA Travel & Tours bukan saja rapat dengan Anwar, tetapi juga dengan Azmin dan hubungan perniagaan mereka telah bermula sejak lama sebelum ini.

Diberitakan hubungan itu bermula sejak Anwar memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, manakala Azmin ketika itu adalah Setiausaha Sulit kepada Anwar.

Apa yang penting di sini, jika Yusoff sudah menjalani ujian poligraf dan daripadanya lalu timbul desakan agar Anwar perlu menjalani ujian yang sama, tetapi dalam kes Azmin, dua Haziq iaitu Haziq Abdul Aziz dan Haziq Hassan telah pun diuji dengan mesin poligraf juga.

Maka, kenapa tiada yang tampil mendesak agar Azmin lebih perlu berani menjalani ujian poligraf?

Agak-agak, jika Azmin menjalani ujian poligraf berhubung “video Haziq” itu, bagaimanakah degupan jantung, denyut nadi dan peluh memercik di tubuhnya? (Shahbudin Husin 18/12/2019)

BERGAMBAR : SETIAUSAHA AGUNG KESATUAN ULAMAK MUSLIM SEDUNIA KUNJUNGI KE PEJABAT ANWAR



Saya berkesempatan bertemu dengan Syeikh 'Ali Muhyiddin Al Qarah Daghi, Setiausaha Agung Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia yang berkunjung ke pejabat petang ini. 

Perbincangan antara lain menyentuh soal pembangunan zakat, kewangan dan perbankan Islam serta hal ehwal umat di peringkat global.

Selain menghadiahkan kitab-kitab karya terbaru beliau, Syeikh turut menyampaikan salam takzim dari mantan Pengerusi Kesatuan Ulama iaitu Syeikh Yusuf Al Qaradhawi.
Imej mungkin mengandungi: 3 orang, orang senyum, jambang
Imej mungkin mengandungi: 2 orang, orang senyum, orang duduk dan dalaman
Imej mungkin mengandungi: 5 orang, orang senyum, orang berdiri dan sut

BERGAMBAR : PEMIMPIN ULAMAK INDIA KUNJUNGI ANWAR DIRUMAHNYA



Sheikh Abu Bakr Ahmad, pemimpin ulama India dan pengasas Jamia Makaz Thaqafah Sunniya Islamiya, Kerala berkunjung ke rumah membicarakan antara lain kegiatan pendidikan dan daawah.


Imej mungkin mengandungi: 2 orang, orang duduk dan jambang

BERGAMBAR: ANWAR HADIRI MAKAN MALAM DI KEDUTAAN TURKI ATAS JEMPUTAN ERDOGAN




Malam ini bersama Azizah menghadiri majlis makan malam di Kedutaan Republik Turki bersama sahabat dan Presiden Turki Recep Tayyip ErdoÄŸan serta isteri Emine ErdoÄŸan, Esra ErdoÄŸan, Berat Albayrak dan juga Duta Turki ke Malaysia Merve Kavakci.
Alhamdulillah, semoga hubungan kedua-dua keluarga ini kekal erat dan utuh serta terus perihatin terhadap nasib rakyat yang miskin dan melarat di kedua-dua negara.
Imej mungkin mengandungi: 4 orang, orang senyum, orang berdiri
Imej mungkin mengandungi: 3 orang, orang senyum, orang berdiri
Imej mungkin mengandungi: 4 orang, orang senyum, orang berdiri
Imej mungkin mengandungi: 4 orang, orang senyum, orang berdiri dan dalaman
Imej mungkin mengandungi: 3 orang, orang senyum, orang berdiri dan sut
Imej mungkin mengandungi: 2 orang, orang berdiri
Imej mungkin mengandungi: 6 orang, orang senyum, orang berdiri
Imej mungkin mengandungi: 4 orang, orang senyum, orang berdiri
Imej mungkin mengandungi: 6 orang, orang senyum, orang duduk, meja dan dalaman
Imej mungkin mengandungi: 2 orang, orang senyum, dalaman
Imej mungkin mengandungi: 4 orang, orang senyum, orang berdiri


Jika tunggu APEC PH akan hancur sebelum sepenggal KENAPA TUN TOLAK ANWAR?SIRI 1

# penulis yang tidak dikenalpasti


Jika tunggu APEC PH akan hancur sebelum sepenggal

KENAPA TUN TOLAK ANWAR?

Aku sebenarnya mula mengenali serba sedikit mengenai Anwar Ibrahim ini agak lewat. Tertarik membaca sejarah Anwar selepas membaca penulisan Ahmad Lufti ' Anwar lawan Ghafar' dan penulisan Yahaya Ismail Anwar Ibrahim Antara Nawaitu dan Pesta Boria.

Bagi aku Anwar seperti insan yang lain... dia bukan sempurna. Tapi apa yang ada dalam jiwanya... dia seorang pejuang. Ya dia seorang pejuang tulen. Sanggup dipenjarakan demi sebuah perjuangan.

Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili mana-mana pihak.

Pandangan peribadi mengapa Tun tidak mahu Anwar?

NL: Pertama soal keluarga dan kroni. Amat jelas Tun sekarang sikit demi sedikit Tun menjaga keluarga dan kroninya. Dalam partinya hanya mempunyai minoriti paling sedikit dia melantik anaknya menjadi MB. Sedangkan PKR parti majoriti hanya Wan Azizah sebagai TPM tetapi Nurul Izzah yang berjuang sejak Anwar dipenjarakan terbiar begitu saja.

Selepas itu Tun mempertahankan Azmin walaupun mempunyai bukti video seks. Kata Tun agenda politik. Bila Azmin beri projek kepada MP UMNO, dia kata itu hak Azmin. Bila Azmin buat majlis perkahwinan semega anak Najib...Tun terus diam membisu.

Selepas itu bila saham FGV meningkat mahu dijual kepada Tan Sri Syed Mothar. PLUS mahu dijual kepada Halim Saad. Ini semua game lama Mahathir.  Kita mahu selamatkan Malaysia tapi Tun mahu selamatkan anak dan kroni. Ini pandangan aku samada nak percaya atau tidak terpulang.

Faktor-faktor ini yang membimbangkan Tun untuk serahkan kuasa pada Anwar. Tun mahu penggantinya yang mampu menjaga keluarga, kroni atau proksinya.

Yang kedua sebab Tun tidak mahu menyerahkan kepada Anwar kerana dia tidak melihat Anwar sebagai pemimpin yang boleh menandinginya.

Tun tahu bagaimana Anwar yang dianggap Menteri Kewangan terbaik Asia ketika itu mengatasi kebolehannya. Tun tahu mana-mana pemimpin yang bersih, sekaligus ekonomi akan melonjak naik sepertimana yang berlaku kepada Filipina dan Indonesia.

Tun bimbang Anwar akan dilihat sebagai Bapa Kemajuan Malaysia. Dia mahu imejnya sebagai Bapa Pemodenan Malaysia kekal sekaligus mengaburi salah lakunya.

Tun tahu aura Anwar sangat kuat pengaruh Anwar dgn negara-negara  Arab sangat kuat.

Atau Tun bimbang rahsianya akan dibongkar Anwar?

NL: Tidak. Tun tahu Anwar seorang pemaaf. Yang rapat dengan Anwar mengetahuinya sebab itu dia digelar 'Pemaaf tahap dewa'.

Ingat apabila dilepaskan dari penjara. Bila ditanya tentang Tun ketika itu... kata Anwar..." Saya sudah maafkan beliau." Jika orang lain... selepas ditelanjangkan, dipukul diaibkan begitu sekali takkan mudah memaafkan orang begitu sahaja.

Anwar bila dia keluar terus dia fokus soal rakyat rakyat. Sikit pun dia tidak menyerang Mahathir walupun Mahathir menyerang beliau ketika itu. Beza akhlak Mahathir dan Anwar.

Banyak cerita tentang Anwar yg memaafkan musuh-musuh politiknya. Cuma tidak dihebahkan. Anwar dan Wan Azizah tak banyak bezanya... sangat bersederhana dalam segala hal.

Wan Azizah juga seperti Anwar. Walaupun dulu Tun Siti Hasmah menolak membantunya ketika Anwar dipecat.... tapi dia tetap menyantuni Tun Siti Hasmah apabila suaminya datang meminta pertolongan. Ramai yang tidak tahu sebelum Tun hadir bertemu Anwar, Tun Siti Hasmah terlebih dahulu berjumpa Wan Azizah.

Ada orang kata faktor kemenangan PH adalah kerana Tun bukan kerana Anwar.

NL: Jika faktor Tun.... Tun tidak perlu mengadap Anwar di mahkamah. Malah Tun tak perlu mengucapkan terima kasih kepada Anwar yang menerimanya.

Jika faktor Tun, mengapa Bersatu menang hanya sedikit kerusi MP sedangkan ia adalah parti terbesar bertanding kerusi Parlimen. Mengapa PRK Bersatu tewas... malah di Tg Piai Bersatu tewas teruk.

Faktor utama kemenangan PH adalah kerana kebencian rakyat kepada pemerintahan BN yang korup. Ia juga dibantu daripada kebijaksanaan Anwar membentuk pakatan antara parti untuk menumbangkan BN.

Sebelum muncul Anwar, parti pembangkang tidak tahu bagaimana untuk menumbangkan BN. DAP bukan parti pilihan bangsa Cina. DAP tiba-tiba mampu menarik perhatian bangsa Cina apabila Anwar berjaya menyatukan parti dengan idealism beliau kenapa BN mesti dijatuhkan.

Ia bukan kerja mudah. 20 tahun lamanya dan Tun hanya menyambut baton terakhir sahaja. Sebab itu apabila Tun tidak mahu turun, ahli dan penyokong sangat berang dengan Tun.


Mengapa pemimpin2 parti tidak begitu mahu bersuara dan begitu juga dgn Anwar sendiri.
NL: Masing2 ingin menjaga keharmonian dlm Pakatan Harapan. Mereka tidak mahu pelabur, rakyat dan ahli parti terlalu memikirkannya. Dari satu sudut ia positif apa yg dilakukan mereka. Tetapi ia akn memakan diri sendiri jika dibiarkan.

Pemimpin2 PH mesti ingat ia bukan sahaja masalah dalaman PKR iaitu antara Anwar dan Azmin tetapi kesannya akan menghancurkan Pakatan Harapan.

Jika ada Menteri PH mengambil pendekatan 'play safe' sebenarnya mereka tak safe pun. Jika berpecah PKR dan pakatan Tun dan Azmin ini dibiarkan... kedudukan atau jawatan Menteri mereka pun tergugat.

Pemimpin-pemimpin  PH mesti ambil pengajaran dari kekalahan BN. BN kalah faktor utamanya Najib, Rosmah dan 1MD. Tapi hanya satu dua yg berani menegur dan bila melihat mereka tersungkur semua tidak berani berkata yg benar.

Jika tunggu APEC PH akan hancur sebelum sepenggal KENAPA TUN TOLAK ANWAR? SIRI 2



#Penulis yang tidak dikenalpasti


Akhirnya kesemua mereka hilang jawatan dan kemungkinan besar akan didakwa. Pemimpin PH kerana  berani bersatu hati memaklumkan kepada Mahathir jawatan PM mesti diserahkan kepada Anwar.

Ya semua orang tahu Tun Mahathir terkenal dengan keegoannya. Tetapi jika semua bersatu hati, Tun pun tidak mampu buat apa-apa. Sebab corak politik Tun pecah dan menang. Tun cuba porak perandakan PH dan UMNO. Tapi jika semua bersatu hati. Tun terpaksa menyerah.

Kenapa Anwar sendiri nampak seperti tidak ambil peduli walaupun jelas Tun memang cuba menghalang beliau?

NL: Semua maklum Anwar tahap kesabaran tahap dewa Berserah pada Allah. Lagipun Anwar tak kata apa-apa pun musuhnya sudah katakan Anwar gelojoh mahu menjadi PM. Walaupun sudah 20 tahun Anwar menunggu.

Kerana Tun seperti kata Nurul Izzah, musnah keluarga Anwar Ibrahim. Aku melihat sendiri Anwar dibawa keluar dari penjara menziarahi jenazah ahli keluarganya. Jenazah ibu, abang, bapa, Anwar hanya dapat meratapinya buat seketika sebelum dicampak semula ke penjara.

Jika kita diuji begitu adakah kita akan memaafkan Tun. Kita baru pasal tanah seekar sahaja bergaduh adik beradik tak bertegur sapa sampai mati.... sebab itulah yang mengenali Anwar berkata Anwar penyabar tahap dewa.

Apa yg membuatkan Anwar sebagai pilihan?

NL: Idealism...Sejak zaman di Univerisiti Anwar perjuangkan nasib rakyat. Anwar jika bicara pasti menyentuh soal rakyat teramai. Dia tak fikir langsung untuk mengkayakan anak-anaknya.

Walaupun menjadi Menteri Kewangan 8 tahun, dia tak ambil apa kesempatan. Malah unutk dirinya seinci tanah pun dia tidak curi. Berbeza dengan anak Tun yang bergelar billionair dan millionair.

Aku tertarik dengan corak pemikiran dan kesungguhannya memikirkan soal rakyat. Aku mahu lihat janji-janji Anwar. Aku yakin dia mampu. Tahu tak sebab apa Tun bawa Azmin pergi Qatar.

Sebab mereka tahu saudagar-saudagar Qatar ramai yang ingin melabur berpuluh billion bila Anwar menjadi PM. Ini fakta dari dari orang terapat dengan Anwar sendiri ketika lawatan TPM ke sana. Mereka hanya menunggu Anwar menjadi PM.

Tapi ramai juga yang mahukan Tun terus menjadi PM sepenggal.

NL: Ramai? Yang aku tahu Azmin, Hishamuddin, Zuraida dan Hadi Awang sahaja. Tan Sri Muhyiddin, DS Zahid Hamidi, DS Wan Azizah, Mat Sabu, dan Lim Guang Eng tak pernah pertahankan Tun untuk bergelar PM hingga sepenggal.

Kenapa Azmin, Hishamuddin, Zuraida, Hadi Awang saja yang mahu Tun sepenggal? Muhkriz kita tolak tepi. Itu sebab kita mesti jadi masyarakat berfikir.

Azmin sebenarnya sudah terjerat dgn agenda Tun. Nak uturn bimbang sebab dia ada video yg bila2 masa Tun boleh arahkan untuk disiasat. Jadi mereka yang pertahankan Tun untuk sepenggal ini semuanya  minta nyawa. Bimbang rahsia atau hukuman. Itu saja matematiknya.

Kenapa lebih percayakan Anwar?

NL: Aku bukan percaya sesiapun. Tambah-tambah orang politik. Tapi aku lebih percaya Anwar dan keluarganya.

Apabila anak-anak Anwar menolak pemohonan maaf Tun yang telah merosakkan keluarga mereka yang terpaksa berpisah dengan ayah bertahun lamanya... kita tahu betapa penderitaan yang dilalui keluarga ini.

Tapi Anwar walaupun masih dibicarakan... memohon anak-anaknya memaafkan Tun Mahathir. Nampak Anwar jauh berjiwa besar sedangkan Tun orang yang menyiksa Anwar dan seluruh keluarganya tidak pernah memohon maaf kepada keluarga ini.

Selain itu dari segi kepercayaan. Bila Tun tidak berubah selepas 20 tahun... aku percaya lagi kepadanya. Tun seperti peribahasa seperti melepaskan anjing tersepit. Lepas Pakatan Harapan menerima Tun dan partinya untuk duduk dalam satu barisan, dia sendiri ingin menjatuhkan Anwar dan Pakatan Harapan.

Kenapa tidak percayakan Tun?

NL: Siapa kata Tun atau persefahaman 2 tahun saja Tun Mahathir menjadi PM. Sila tengok video tu. Tun sendiri mengaku dia akn jadi PM utk 2 tahun sahaja. Bila dia kata sekejap tunggu keadaan ok, lepas APEC itu semua strategi buy time untuk memerangkap Anwar.

Tun mesti sedar dia dahulu dilantik menjadi PM hanyalah PM sementara. Itulah yang dilafazkan oleh pemimpin PH dahulu. Tun tidak layak untuk menentukan bila dia mahu bersara... tetapi Majlis Presiden yang melantiknya lah yang layak menentukan bila Tun wajib bersara.

Ada peluang puak yang dikenali 'kartel' mereka ke pangkal jalan?

NL: Tak tahu sebab Anwar ni pemaaf. Kadang-kadang aku pun naik geram dengan sifat pemaaf tahap dewa Anwar ni. Tapi aku rasa baik buang sahaja salah seorang. Aku pilih Zuraida untuk dibuang. Sebab dia ini pejuang separuh jalan dan pejuang lupa diri. Bagi aku tak layak dipanggil pejuang.

Dia bukan pemimpin era kepayahan Anwar Ibrahim. Masa masuk PKR ke sana sini bawa pegang kain rentang nama Anwar Ibrahim... bila ada jawatan orang itulah juga hendak dijatuhkan.

Dari segi agama salah, dari segi moral salah, dari segi hormat kepada ketua tiada... itu semua budaya negatif yang tidak perlu ada dalam PH. Aku harap PKR buang Zuraida.

Jujur aku kata walau apa sekalipun alasan puak kartel ini aku benar-benar memerangi mereka ini. Bagi aku mereka ini lebih jahat dari anjing tersepit.

Seperti kata Hamdan Taha mengenai Saifuddin dan Kamaruddin Jaafar... keduanya materialistik. Ya kebannyakkan mereka di kartel ini kerana jawatan diberi dan projek.

Bijaknya Tun dia beri Azmin pilihan siapa yang ingin diangkat menjadi Menteri dan Timbalan Menteri. Supaya mudah mereka ini mengikut apa saja kata Azmin. Aku nak beritahu satu je.... jika kita semua panjang umur... andai Tun Mahathir sudah tiada atau kerajaan PH ini hancur hingga kembali kepada BN... semua geng kartel ini akan melarikan diri. Azmin dan Zuraida akan keseorangan.

Geng  Kartel ini hanya menghidupkan style kerajaan lama. Yang kaya bertambah kaya. Pemimpin sibuk mencuri duit rakyat. Itu bukan Malaysia baru yang diinginkan.


Bertemu VVIP di luar penjara, Najib mahu kes Altantuya dibuka semula

ADA ORANG SAKIT HATI KA...


JABATAN PENJARA: TIDAK MUNGKIN AZILAH TEMUI VVIP