SELEPAS NAJIB DAN MAS ERMIEYATI DENGAN DRAMANYA, NAZRI PUN NAK MAIN WAYANG JUGA KE?




Ingatkan hanya Perdana Menteri, Najib Razak serta Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Mas Ermieyati Samsuddin saja yang cuba main wayang dan mementaskan drama lakonan masing-masing untuk menonjolkan diri dalam isu IMAMS yang jelas menimbulkan ketidakpuasan hati di kalangan rakyat.

Rupa-rupanya Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Nazri Aziz juga ada drama dan lakonannya yang tersendiri.

Bercakap dari Jerman, Nazri berkata, pembatalan sistem IMAMS adalah disebabkan salah faham di kalangan pegawai kementeriannya sendiri dan apa yang dilaksanakan sekarang bukanlah seperti apa yang dimahukannya.
Pembatalan IMAMS juga tambahnya, tiada kaitan dengan adanya individu bukan Islam dalam syarikat yang menguruskan sistem umrah tersebut.

Saya beritahu Parlimen semasa penggulungan bajet bahawa bayaran untuk sistem itu sepatutnya RM40, termasuk pemprosesan dan insuran, bukannya RM90.

Saya memutuskan untuk membatalkannya kerana tidak setuju dengan caj RM90 dan ia diumumkan sebagai wajib. Itu saja, ujar Nazri lagi.

Penjelasan Nazri bukan saja berbeza dengan kenyataan Mas Ermieyati yang menangis teresak-esak bahawa beliau tidak mengetahui adanya individu bukan Islam dalam syarikat yang menguruskan IMAMS sehinggalah  selepas majlis pelancarannya, bahkan juga sebenarnya tidak sama dengan jawapannya di Parlimen sendiri.

Video rakaman jawapan Nazri di Parlimen boleh ditonton di sini - https://youtu.be/2AvbuxUITnc

Kenapa dalam rakaman video di Parlimen itu, Nazri hanya sebut angka RM90.10 dan bukannya RM40?

Di mana dalam rakaman itu ada dinyatakan Nazri tidak setuju dengan caj RM90.10 dan hanya mahukan bayaran RM40 sebagaimana yang dinyatakannya hari ini daripada Jerman?

Bolehkah bercakap di Parlimen berbeza dengan di Jerman?

Siapakah yang Nazri maksudkan mereka yang salah faham dengan kehendaknya di kementerian yang diterajuinya itu?
Sama seperti pertanyaan kepada Najib dan Mas Ermieyati sebelum ini, wayang dan lakonan apa ni, Nazri?

Orang salah faham terhadapnya atau Nazri sendiri yang tak faham?

Kerajaan jenis apakah dengan pemimpin-pemimpinnya berperangai sebegini rupa?

Kalau pun tidak jatuh haram hukumnya, rasanya sudah tiada pahala lagi untuk rakyat Malaysia mengekalkan kerajaan UMNO dan BN dalam PRU 14 akan datang ini. (ShahbudinHusin 17/12/2017)

Apa jadi dengan KPK dan Bandar Baru Dabong? soal Pemuda AMANAH


Satu ketika dahulu, Timbalan Menteri Besar Kelantan Dato’ Mohd Amar Abdullah pernah berkata bahawa Bandar Baru Dabong yang akan dilaksanakan oleh Kompleks Perkayuan Kelantan (KPK) dengan kerjasama DPS Group of Companies berkonsepkan pembinaan bandar bercirikan konsep Islam serta mengutamakan tuntutan Allah SWT.
Semalam Pemuda AMANAH Kelantan diketuai Hazmi Hasan singgah di Dabong untuk melihat perkembangan projek bandar baharu itu yang telah dilancar sejak 5 tahun yang lalu.
“Saya mencari di mana 48 unit rumah teres kos sederhana rendah, 196 unit rumah teres kos sederhana, 56 unit rumah berkembar, 106 unit banglo dan 20 unit rumah kedai.
“Namun saya gagal menemui kesan pembinaan baru di situ dan tidak ada satu pun pembinaan sedang dijalankan.
“Saya juga sempat bertanyakan penduduk di situ dan mereka mengatakan tidak ada langsung perkembangan projek tersebut.
“Papan tanda projek itu juga telah kosong di mana sebelum ini terdapat papan tanda projek Bandar Baru Dabong,” katanya dalam satu kenyataan yang disebarkan kepada pihak media.
Beliau mempersoalkan inikah lambang kreadibiliti pentadbiran yang lemah dan tidak bertanggungjawab.
“Sejak tahun 2013 tidak ada satu pun projek janji PRU13 telah ditunaikan.
“Dan yang lebih parah apabila projek ini seolah-olah dihentikan,” katanya.
Beliau turut melahirkan rasa sedih melihat KPK yang dikatakan dalam keadaan daif, tidak terurus dan memungkinan syarikat milik kerajaan berdepan risiko gulung tikar pada bila-bila masa sahaja.
“Sebelum ini KPK berjaya membangunkan dan memajukan ekonomi negeri.
“Saya berharap dengan perkongsian ini memberi semangat kepada anak muda di Kelantan dengan tidak membiarkan dan meletakkan masa depan negeri yang kita sayang ini kepada mereka yang hanya pandai berjanji sahaja.
“Kita juga harus menolak pemimpin-pemimpin yang menutup ruang sinergi dan anti kepada kritikan,” katanya.
Menurut Hazmi semua perlu sedar bahawa negeri ini negeri kita semua.
“Jika kamu mahu mentadbir dengan cara satu hala dan tidak suka ditanya, sila berambus dari pentadbiran Kerajaan Kelantan,” katanya.

DERITA DI BAWAH DAP: HADI BERPUSING-PUSING?

‘UMNO TIDAK PEDULI BARANG NAIK, HANYA TUMPU DAPATKAN UNDI MELAYU’

IMAMS, LESEN UMRAH KAUT UNTUNG TAK SEPATUTNYA

PRU 14 APRIL ATAU OGOS BN TETAP AKAN KALAH – IR NIZAR

PRU 14: PH TENTANG BN, TIADA PILIHAN KETIGA – DR SYED AZMAN

KENAPA HANYA SIASAT TMI, MEDIA PRO-BN BAGAIMANA? – LGE

KIT DIY KEMPEN PH DIPERKENALKAN – MUHYIDDIN

INI JAWAPAN UNTUK PAS





SIAPAKAH ZUHDI SEBELUM INI???


Kata seorang pemimpin Pas yang malas nak disebutkan namanya, negara akan terjerumus kepada kerosakan lebih teruk sekiranya Tun Mahathir Mohamad kembali menjadi Perdana Menteri.

Tentu kita hairan mengapa Pas turut sama takut jika Tun Mahathir kembali semula berkuasa.

Ehhh...ingatkan UMNO dan BN saja yang takut dengan kembalinya semula Tun Mahathir menggenggam kuasa, rupa-rupanya Pas pun nadanya sudah sama.

Apakah Pas dan UMNO kini sudah sehati sejiwa?

Apa yang mereka takutkan?

Kenapa dengan Najib Razak yang jauh lebih buruk kepimpinannya, Pas  tidak takut?

Apa pun, mari kita baca jawapan daripada Ahli Parlimen Sepang, Hanipa Maidin mengenai ketakutan Pas itu untuk sama-sama kita renung dan hadamkan. (ShahbudinHusin 14/12/2017)


Mu kata, aku kata

Mu kata jika Tun PM, negara rosak
Aku kata la ni pun dah sedia rosak
Ekonomi haprak, rakyat sesak

Mu kata jika Tun PM, reformasi terkubur
Aku kata , hujahmu yang berterabur
Jika puak mu yang jadi PM, lagi lebur
Ibarat nasi akan jadi bubur

Mu kata Tun M yang hancurkan negara
Aku kata, ya lah dulu bila salah ,takda yg bicara
Semua kaki ampu di sini sana
Sebab tu Tun rasa dia mcm maharaja
Kini dah lain suasana
Ramai dlm PH yang akan tegur jika tak kena
Agar insyaAllah Tun tak alpa dan lena

Mu tak terima Tun tapi boleh rapat dgn yg terpalit skandal kewangan negara
Jenuh puak mu cari dalil utk sokong kerosakan -dgn hujah agama
Mu sedar ke negara ni dah mcm nak dilelong pada "negara China"
Dari China , MO1 buru pula polis dunia
Amerika pun terkejut MO1 nak bantu ekonomi dia

Tapi, itu semuanya tipu daya je.
Hakikatnya, nak dpt syafaat drp Trump tapi tak terlaksana
Walaupun Amerika tukar Presiden dan Peguam Negara
Saman DoJ buru sikleptokrat tetap bergema
Macam mana MO1 dan sekutunya x naik bulu roma!

Hanipa Maidin
Ahli Parlimen Sepang

ARTIKEL YANG MENARIK UNTUK DIBACA DAN DIANALISIS: Apakah faktor penentu keputusan PRU-14?




Malaysia akan mempunyai kerajaan baru sekiranya UMNO kalah 40 kerusi di Semenanjung Malaysia kepada Pakatan Harapan. Jika 50 peratus pengundi Melayu memilih Harapan, pakatan pembangkang malah akan menubuhkan kerajaan dengan dua per tiga majoriti. Ini adalah realiti.
Justeru, saya terkejut dengan hakikat bahawa sesetengah penganalisis politik dan ahli politik enggan memahami dinamik pilihan raya dan demografik berkenaan faktor yang akan menentukan keputusan pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Klise politik dan realiti
Masalah paling besar di kalangan yang kononnya cerdik pandai ini adalah mereka suka mengulangi klise yang mereka sendiri tidak faham.
Sesetengah mereka tidak anggap pengundi Melayu akan menukar undi secara beramai-ramai. Penilaian mereka ini menggunakan hujah bahawa meskipun pengundi Melayu mengundi pembangkang sebelum ini, tiada pertukaran undi yang ketara di kalangan pengundi Melayu yang tetap mengundi Barisan Nasional dalam dua pilihan raya umum yang lalu.
Dengan itu, mereka cuba menjustifikasikan teori mereka. Mereka melihat Sabah dan Sarawak sebagai agen perubahan dan bukannya Semenanjung.
Menurut perkiraan saya pula, perubahan di Sarawak tidak ketara kerana gambaran yang diberikan kerajaan Sarawak yang seolah-olah mengamalkan politik pro-autonomi, selain keadaan muka bumi negeri itu.
Sementara Sabah pula mempunyai situasi yang menarik. Pada PRU 2013, pembangkang cuma menang 3 kerusi parlimen. BN menang beberapa kerusi dengan kurang daripada 50 peratus undi popular yang disebabkan oleh pertembungan lebih daripada dua penjuru. Kini dengan kehadiran Datuk Seri Shafie Apdal sebagai pemimpin pembangkang baru di pantai timur, serta mendapat sokongan dari kalangan Kadazan-Dusun-Murut, pembangkang sebenarnya mampu menang sehingga 10 kerusi parlimen.
Bagaimanapun, pertarungan utama masih lagi di Semenanjung.
Pertarungan merebut Semenanjung
Dalam PRU lalu, UMNO menang 88 kerusi parlimen seluruh negara. Empat belas daripada jumlah itu adalah di Sabah dan satu di Wilayah Persekutuan Labuan.
Daripada 73 kerusi di Semenanjung, kira-kira 30 daripada jumlah itu merupakan kawasan parlimen yang sangat kecil, selalunya sama saiz dengan jumlah peneroka Felda, selain terletak di kawasan pedalaman. Meskipun dengan pertukaran undi yang besar di kalangan pengundi Melayu, tidak mudah Pakatan Harapan memenangi kerusi-kerusi ini.
Lebih 40 kerusi yang lain adalah kerusi campuran dengan majoriti Melayu yang mempunyai jumlah pengundi bukan Melayu yang agak besar menetap di kawasan itu. Kebanyakan kerusi ini terletak di kawasan separa bandar di mana sejumlah besar generasi mudanya tinggal di Kuala Lumpur dan kawasan metropolitan lain.
Pada PRU 2013, Pakatan Rakyat memenangi 80 daripada 165 kerusi. Ketika ini, PAS memegang 14 kerusi yang tidak lagi boleh dianggap kerusi Pakatan Harapan. DAP pula kalah di Teluk Intan dalam pilihan raya kecil pada 2014.
Ketika ini, Pakatan Harapan memperoleh Parlimen Pagoh melalui penyertaan Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam barisan pembangkang. Wakil Harapan keseluruhannya menyandang 66 kerusi di Semenanjung.
Cabaran pilihan raya untuk Pakatan Harapan adalah untuk memenangi 100 daripada 165 kerusi di Semenanjung. Sekiranya berjaya dicapai, ia bererti pertukaran undi yang besar di kalangan pengundi Melayu yang juga bereti pemilihan lebih ramai ahli parlimen Melayu berbanding bukan Melayu. Kedua-dua situasi ini penting bagi berdepan cabaran selepas pilihan raya dalam penubuhan kerajaan yang stabil oleh Pakatan Harapan.
Dengan kemenangan Pakatan Harapan ke atas 100 atau lebih kerusi di Semenanjung, dengan 15 hingga 20 kerusi tambahan dikongsi bersama Harapan dan parti sekutu di Sabah dan Sarawak, ia dapat menjamin sebuah kerajaan baru ditubuhkan.
Mampukah Harapan memengangi 100 kerusi di Semenanjung?
Meskipun tanpa mempertimbangkan kerusi di Kelantan dan Terengganu, sudah ada sekurang-kurangnya 40 kerusi yang dimenangi BN dengan majoriti kecil di pantai barat Semenanjung yang boleh dimenangi Harapan. (Demi menjaga kepentingan strategi, saya tidak akan namakan kerusi-kerusi ini, namun pembaca boleh membuat kajian sendiri untuk mengetahui kerusi-kerusi ini.)
Kelompok 1 – Perlis/Kedah – 10
Kelompok 2 – Pulau Pinang/Perak Utara – 7
Kelompok 3 – Selangor Utara/Perak Selatan – 8
Kelompok 4 – Muar (Johor) – 5
Kelompok 5 – Johor Selatan – 6
Kelompok 6 – Pahang – 4
Kerusi di Perlis dan Kedah kebanyakannya adalah kerusi dengan majoriti besar Melayu. Dengan faktor Mahathir, Kedah akan mempunyai dinamiknya sendiri.
Kerusi marginal BN di pantai barat yang selebihnya adalah kebanyakannya mempunyai maksimum 65 peratus pengundi Melayu, yang bererti ia merangkumi jumlah pengundi bukan Melayu yang agak besar. Bagi kerusi pantai barat, faktor PAS boleh diabaikan.
Pertembungan tiga penjuru merugikan UMNO
Saya sebelum ini berhujah bahawa UMNO akan mendapati strategi pertembungan tiga penjuru akan menutup peluang UMNO berbanding Pakatan Harapan untuk menang di kerusi marginal.
Di kerusi campuran dengan majoriti Melayu, pengundi bukan Melayu lebih cenderung mengundi calon Harapan berbanding UMNO atau PAS.
Sekiranya sentimen antikerajaan di kalangan pengundi Melayu ketika ini bertahan, sesetengah penyokong UMNO dan PAS pada PRU 2013 akan turut mengundi Harapan. UMNO pula memerlukan penyokong setia Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk mengundi calon UMNO berbanding memberikan undi kepada PAS di kerusi pantai barat yang mana PAS tidak mempunyai peluang untuk menang.
Tidak mengejutkan sekiranya dalam masa terdekat ini UMNO yang akan mengarahkan agar strategi tiga penjuru tidak digunakan. Perdebatan tentang tiga penjuru ketika ini, termasuk di kalangan penyokong pembangkang, sebenarnya hanya membuang masa.
Timbalan Perdana Menteri yang juga merupakan Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Kebudayaan dan Pelancongan Datuk Seri Nazri Aziz masing-masing memberi amaran secara terbuka berkenaan strategi tiga penjuru yang mungkin merugikan UMNO. Difahami, kerusi Bagan Datoh (kerusi Zahid) dan Padang Rengas (kerusi Nazri) merupakan kawasan pantai barat seumpamanya yang saya gambarkan di atas.
Kejutan lain buat UMNO adalah apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengadakan mesyuarat dengan pemimpin UMNO Kelantan baru-baru ini di kediaman Tengku Razaleigh Hamzah.
Dalam mesyuarat itu, Najib diberitahu bahawa UMNO Kelantan tidak berhasrat bertembung dengan PAS di setiap kerusi. Keengganan pemimpin peringkat negeri UMNO untuk bekerjasama dengan PAS telah membantutkan strategi rapuh pertembungan tiga penjuru Najib.
Medan pertempuran separa bandar
Memandangkan Harapan (dan begitu juga sebelum ini Pakatan Rakyat) sebelum ini lebih berpengaruh di kawasan bandar, memahami jiwa pengundi separa bandar adalah penting bagi menjamin kemenangan pembangkang.
Harapan perlu mencipta pakatan pembangkang mesra rakyat yang berpotensi menang yang mampu menarik sekurang-kurangnya separuh daripada pengundi Melayu dan melonjakkan sokongan yang besar daripada bukan Melayu.
Saya tidak pernah kata ia kerja mudah. Apa yang saya kata adalah UMNO dan BN kini sangat rapuh di kawasan separa bandar di pantai barat, iaitu kerusi campuran dengan majoriti Melayu yang dimenangi BN dengan majoriti tipis pada PRU 2013.
Dari satu sisi, kawasan-kawasan ini ibarat “Rust Belt” pembangkang, iaitu kawasan yang dulunya mempunyai industri yang pesat membangun namun kini terjejas akibat ekonomi.
Jika UMNO kalah lebih kurang 40 kerusi ini dengan pertukaran undi yang memihak kepada Pakatan Harapan, semestinya ia akan melahirkan sebuah kerajaan baru. 


*Liew Chin Tong adalah Ahli Parlimen Kluang, Pengarah Pendidikan Politik DAP dan Pengerusi DAP Johor.