
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual merasmikan majlis penutupan Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2026 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang pada 6 September 2026.
SEDANG, 5 Sep – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual merasmikan majlis penutupan Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2026 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), di sini esok.
Menurut atur cara program yang dikeluarkan, Perdana Menteri dijadual tiba pada 10.30 pagi sebelum menyampaikan Amanat Penutup di Dewan D2 serta menyempurnakan gimik penutup MAHA 2026.
Program diteruskan dengan penyampaian Anugerah Agro serta lawatan Perdana Menteri ke tapak pameran sebelum majlis berakhir pada 12 tengah hari.
Penganjuran MAHA 2026 dilakukan dengan kerjasama strategik rakan-rakan penaja dan agensi kementerian seperti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).
Turut dijangka hadir Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu serta Timbalan-Timbalan Perdana Menteri.
Edisi ke-14 MAHA itu berlangsung selama 10 hari bermula 28 Ogos hingga 6 September.
MAHA merupakan platform utama sektor pertanian negara yang menghimpunkan pemain industri, agensi kerajaan, usahawan serta institusi penyelidikan dan pendidikan tinggi bagi mengetengahkan inovasi, teknologi dan peluang perniagaan dalam sektor agromakanan.
No comments:
Post a Comment