Menteri Besar Kelantan, Nassaruddin Daud, ada kebijaksanaan politiknya sendiri. Bagaimana beliau mempertahankan Pas di Kelantan, pada masa yang sama menyekat pengaruh pembangkang PH di negeri itu, merupakan sesuatu yang menarik untuk diperhatikan.
Padahal, beliau dilihat tidak begitu berkebolehan untuk memegang jawatan Menteri Besar, memandangkan latar pendidikan dan pengalaman profesionalnya yang agak terbatas. Dari segi iktisad wakil rakyat lain lebih kompentesi.
Kalau tidak silap Nassaruddin hanya lulusan empat Thanawi Arab sebelum melanjutkan pengajian ke sebuah universiti di Mesir. Namun, beliau pulang tanpa menyelesaikan pengajiannya apabila diminta bertanding di DUN Meranti pada pilihan raya 2004 bagi menggantikan Allahyarham Haji Zakaria Ismail.
Antara orang yang bertanggungjawab mencadangkan Nassaruddin bertanding di DUN Meranti ialah Haji Abdul Fatah Haron, merupakan Yang Dipertua Pas Kawasan Rantau Panjang.
Walaupun Nassaruddin tidak mempunyai ilmu dalam bidang pengadbiran, kewangan, apatah lagi hubungan antarabangsa, beliau mempunyai satu kelebihan lain — beliau pandai memposisikan dirinya selepas menjadi Menteri Besar. Sementara kelebuhan menjadikan popular dalam politik kerana syarahannya, yang “memekah.”
Pendekatan yang diambilnya cukup menarik. Beliau tidak lagi menyerang Anwar Ibrahim seperti sebelum Anwar menjadi Perdana Menteri. Sebaliknya, Nassaruddin mengambil pendekatan berbaik-baik dengan Anwar. Penerimaannya terhadap Anwar berbeza dengan pemimpin lain termasuk oleh presiden partinya.
Anwar pula nampaknya senang dengan pendekatan tersebut, inilah menguntungkan Nassaruddin.
Sebab itu, apa sahaja yang diminta oleh Menteri Besar Kelantan itu mudah mendapat perhatian dan pertimbangan kerajaan Persekutuan. Peruntukan untuk Kelantan diera Anwar ini bertambah berlipat ganda.
Anwar juga dilihat tidak mengambil hati sangat terhadap cercaan politik masa lalu, termasuk kritikan dan serangan Nassaruddin terhadap dirinya, kerana mengutamankan kebajikan rakyat dan merealisasikan tanggungjawabnya sebagai PM untuk semua rakyat tanpa melihat warna politik.
Tanpa disedari sikap terbuka dan layanan Anwar itu pula digunakan sebaik-baiknya oleh Nassaruddin untuk mencapai dua tujuan serentak, kemajuan Kelantan dan menyekat pengaruh pembangkang di Kelantan. Mungkin mengenai tujuan keduanya tidak disedari Anwar.
Apabila berhadapan masalah kewangan negeri, beliau tidak segan untuk datang menemui Anwar dan merayu supaya Kelantan diberikan bantuan. Rayuan itu pula diselang-seli dengan pujian dan sanjungan kepada Perdana Menteri ini menjadikan Anwar bercongik ekor.
Anwar, dengan sifatnya yang mudah menerima orang dan tidak suka menyimpan dendam, akhirnya menjadi begitu lunak terhadap Kelantan, apa dipohon semua dilunasi.
Di sinilah saya melihat satu kelebihan politik Nassaruddin., yang mana Anwar terpedaya dengan dasar politik terbukanya untuk Kelantan yang tidak membawa laba kepada pembangkang, PH yang mendokongnya.
Tanpa disedari sikap terbuka Anwar dengan Pas Kelantan itu seperti menutup pintuk kepada parti pembangkang yang juga merupakan parti pendokongnya. Cara Anwar leka melayani Nassaruddin itu menyebabkan PH terasa segan untuk menyerang Pas. Bukan itu sahaja Anwar lebih mudah untuk ditemui Nassaruddin berbanding dengan pemimpin parti pembangkang dari Kelantan, yang perlu menunggu berbulan bulan belum tentu dapat menemuinya.
Akibatnya, dari pendekatan Anwar itu menyebabkan PKR dan PH di Kelantan bergerak seperti anak yatim piatu — tidak banyak dibantu dan jauh sekali diberikan motivasi dan dorongan dari pusat. Ahli bawahan pula tidak dapat untuk merasai aura PM daripada pemimpin utamanya itu. Nassaruddin gunakan tikit G to G untuk menemui Anwar.
Perkara ini boleh diperhatikan daripada kurangnya program-program parti yang dihadiri Anwar di Kelantan. Orang parti, sama ada daripada PKR, Amanah atau DAP, juga tidak begitu mudah untuk bertemu muka dengan beliau. Lantaran itu apabila Anwar kerap bertemu dengan Nassaruddin menyebabkan timbul rasa cemburu dari kalangan ahli parti PH.
Anwar perlu menyedari situasi ini sebelum terlambat. Jangan kera dihutan disusukan anak diribaan kehausan. Trims.
Foto: Kunjungan Nassaruddin ke pejabat PM hari ini.

No comments:
Post a Comment