BIJAK

 




Semasa Perhimpunan Agung UMNO 2026 masih hangat dengan pidato, kiasan dan polemik politik, Datuk Seri Johari Abdul Ghani ambil langkah yang agak berlainan.


Naib Presiden UMNO itu berangkat meninggalkan PAU lebih awal demi menemani Perdana Menteri Anwar Ibrahim ke New Delhi, India.


Bukan sekadar melancong.


Johari ke sana atas tiket Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, mengiringi PMX menyertai siri rundingan penting termasuk bersama Perdana Menteri India, Narendra Modi.


Antara topik yang dibincangkan merangkumi semikonduktor, perdagangan, eksport serta kerjasama ekonomi Malaysia-India.


Hal sebegini memang kepakaran Johari.


Apabila PMX buka ruang di peringkat tertinggi, pihak MITI pula mesti pastikan peluang itu diterjemahkan menjadi pelaburan, pekerjaan dan pulangan ekonomi yang nyata.


Sebab itulah tindakan Johari kelihatan agak tersendiri.


Ketika sebilangan pemimpin UMNO sibuk bersaing nampak paling tegas terhadap Anwar, Johari sebaliknya terus berganding bahu dengan Anwar menguruskan hal ehwal negara.


Tak perlu terlampau banyak drama.


Tak perlu setiap detik mahu kelihatan garang di sebalik pembesar suara.


Apabila tiba isu ekonomi, dia sedar tugas pentadbiran wajib diteruskan.


Mungkin sebab itu jugalah di kalangan pimpinan UMNO masa kini, jenama Johari tetap ada nilai tersendiri.


Berpengalaman dalam dunia korporat.


Celik ekonomi.


Paham selok-belok pelaburan.


Dan paling utama, tahu membezakan antara gelanggang parti dengan amanah sebagai menteri kabinet.


Betul ke?


Jika mahu mencari siapa yang “boleh diharap” dalam UMNO bagi urusan kerja dan ekonomi…


Dato’ Jo barangkali jadi antara nama terawal yang disebut orang.


Orang lain khusyuk berpolitik.


Dia sudah pun terbang ke luar negara mencari peluang demi Malaysia.




No comments: