Di sela-sela majlis makan malam sempena Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18 malam tadi, saya sempat berbicara dengan beberapa sahabat dalam kalangan pimpinan dunia, antaranya Presiden Mesir, Presiden Indonesia, Presiden Kazakhstan, Timbalan Perdana Menteri Uzbekistan, Setiausaha Agung PBB serta Ketua Pengarah WTO.
Bicara kami menyentuh perkembangan geopolitik dunia, khususnya konflik dan krisis kemanusiaan yang terus berlarutan di Gaza serta ketegangan di Asia Barat. Keadaan ini menuntut kesatuan tekad masyarakat antarabangsa, khususnya para pemimpin dunia untuk menghentikan pertumpahan darah dan mengusahakan penyelesaian yang adil serta berkekalan.
Insya-Allah, beberapa perkara berkaitan hubungan Malaysia-Mesir akan dibincangkan dengan lebih mendalam tatkala Presiden Abdel Fattah El-Sisi mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia bulan hadapan.
Bersama Presiden Prabowo Subianto pula, kami turut menyentuh isu kebakaran hutan serta perkembangan konflik di Asia Barat yang memerlukan kesepakatan dan tindakan bersama. Saya turut memperbaharui jemputan kepada beliau untuk berkunjung ke Malaysia sesegera mungkin agar beberapa perkara dua hala yang masih tertangguh dapat dibincang dan dimuktamadkan.
🇲🇾 🇪🇬 🇮🇩 🇰🇿 🇺🇿 🇺🇳
#MalaysiaMADANI
#DiplomasiMADANI
#YakinMADANI







No comments:
Post a Comment