Dalam masa saya tak sihat pun, kecoh juga isu kononnya pemberian kontrak Tabung Haji kepada syarikat yang ada kaitan dengan Tony Pua.

 













Dalam masa saya tak sihat pun, kecoh juga isu kononnya pemberian kontrak Tabung Haji kepada syarikat yang ada kaitan dengan Tony Pua.

Sebenarnya isu ini bukan isu baru. Saya pernah jawab sebelum ini dan bila saya semak semula rekodnya, ada satu perkara yang agak menarik.
Pada 2025, Menteri Agama ketika itu, Dato’ Setia Dr. Mohd Na’im Mokhtar, pernah menjelaskan di Parlimen mengenai kontrak-kontrak Tabung Haji yang diberikan ketika pentadbiran PN.
Antara yang disebut ialah 23 kontrak yang diberikan kepada syarikat yang dikategorikan bukan Bumiputera oleh Tabung Haji, dengan jumlah keseluruhan sekitar RM68.2 juta, dalam tempoh Mac 2021 hingga November 2022.
Tempoh itu bukan zaman PH.
Itu ialah tempoh ketika Ahmad Marzuk dan Idris Ahmad memegang jawatan dalam kementerian yang bertanggungjawab terhadap Tabung Haji.
Jadi saya nak tanya satu soalan mudah.
Kalau hari ini kontrak kepada syarikat bukan Bumiputera terus dijadikan isu kononnya maruah Melayu dan Islam sedang dipermainkan, kenapa standard yang sama tidak digunakan ketika kerajaan PN memberikan puluhan kontrak kepada syarikat yang bukan Bumiputera?
Adakah pada waktu itu syarikat bukan Bumiputera tidak menjadi masalah?
Atau masalah hanya timbul apabila kontrak itu berlaku di bawah kerajaan yang mereka tidak suka?
Pada saya, inilah masalah apabila isu perolehan kerajaan cuba ditukar menjadi isu kaum dan agama.
Tabung Haji bukan sebuah organisasi yang boleh membuat keputusan berdasarkan kaum semata-mata. Ia mengurus institusi kewangan besar dengan jutaan pendeposit. Kalau sesuatu perkhidmatan memerlukan kepakaran teknikal tertentu, maka yang sepatutnya dinilai ialah kelayakan, kemampuan, proses tender dan nilai yang diterima Tabung Haji.
Kat bawah senarai syarikat bukan bumiputra yang mendapat kontrak dari TH semasa pemerintah PN+BN dulu.

No comments: