PAS mengakui parti itu mungkin tidak sentiasa mampu membantu golongan muda dari sudut kewangan,








 PAS mengakui parti itu mungkin tidak sentiasa mampu membantu golongan muda dari sudut kewangan, namun mendakwa mampu menawarkan sesuatu yang lain iaitu ketenangan dan ruang untuk terus melakukan kebaikan.


Menurut laporan Malaysiakini, Ketua Pemuda PAS, Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata pendekatan parti terhadap anak muda bukan sekadar berkaitan kebendaan, tetapi turut melibatkan kehidupan berkeluarga dan peranan dalam masyarakat.


“PAS mungkin tidak dapat membantu dengan kewangan dalam semua keadaan, tetapi kita boleh memberikan ketenangan dan tugas untuk diselesaikan,” katanya.
Afnan berkata setiap individu yang sudah berkeluarga pasti berdepan cabaran masing-masing, dan PAS boleh menjadi wadah untuk membantu mereka terus melakukan perkara bermanfaat secara konsisten.

Dalam program sama, Ahli Parlimen Alor Setar itu turut menyatakan Pemuda PAS mempunyai tanggungjawab menjadi jambatan antara kelompok politik.

Beliau secara khusus melihat Pemuda PAS boleh menjadi penghubung antara PN dan UMNO bagi meneruskan usaha perpaduan yang menurutnya perlu bermula dari peringkat bawah.

Afnan turut merujuk kerjasama Pemuda PAS dan Pemuda UMNO di Negeri Sembilan ketika PRN baru-baru ini sebagai contoh hubungan yang wajar diteruskan.

Jadi kalau soal kewangan, PAS sendiri mengakui ada batasnya.
Tapi kalau soal ketenangan, mereka kata itu boleh diberi.

No comments: