TAK SELESAI LAGI RUPANYA...

 






1. Isu bermula daripada ketidakpuasan hati semasa Pemilihan parti apabila calon Ketua Cabang kumpulan mereka iaitu YB Gan Ay Ling kalah.

2. ⁠Mereka ada buat bantahan kepada Jawatankuasa Pemilihan Pusat. Tetapi keputusan kekal kerana bantahan tidak benar.
3. ⁠Sebenarnya sebelum Pemilihan lagi saya telah membantah kumpulan ini kerana mereka telah mendaftarkan ribuan anggota dari luar kawasan Kangar untuk menjadi anggota di Kangar.
4. ⁠Sebahagian anggota ini didaftarkan dengan cara tidak wajar seperti janji bantuan, memegang kad sim mereka dan menipu alamat mereka seolah-olah mereka tinggal di Kangar.
5. ⁠Kami hanya sempat membantah sebahagian kerana kesuntukan waktu. Tempoh bantahan pula berlangsung semasa Tahun Baru Cina.
6. ⁠Pasukan saya hanya kalah dalam sekitar 100 undi atau kurang. Namun, saya berani mengatakan pasukan saya disokong oleh anggota-anggota tempatan di Kangar, bukan ratusan pengundi atas talian dari luar yang tidak mengundi di Kangar malah ada yang dari luar Perlis mungkin tidak pernah datang ke Perlis pun untuk tujuan parti.
7. ⁠Selaku Ketua Cabang, saya berhak melantik tambahan 11 anggota parti ke dalam jawatankuasa. Ia antara lain adalah untuk memastikan saya ada kuorum dan menjadi Ketua Cabang yang berfungsi, bukan lame duck.
8. ⁠Semua yang dilantik adalah mereka yang komited kepada parti dari dulu sehingga kini. Bukan anggota baru.
9. ⁠Sejak menang, saya telah menjalankan 6 mesyuarat dan 1 mesyuarat agung. Ini tidak termasuk mesyuarat-mesyuarat kecil yang lain. Ia memenuhi peraturan parti dari segi kuorum dan puluhan program telah dijalankan sejak itu.
10. ⁠Mereka yang meletakkan jawatan ini rata-rata tidak pernah hadir walaupun satu mesyuarat. Ada yang pernah hadir 1-3 mesyuarat.
11. ⁠Kumpulan ini bukan saja tidak komited malah kita juga maklum ada yang aktif berkempen untuk calon menentang parti dan ada yang aktif menyerang parti dari semasa ke semasa.
12. ⁠Sebahagian mereka yang meletak jawatan ini juga baru didaftarkan sekitar 2 tahun (setahun sebelum pemilihan), tinggal di luar kawasan malah ada yang maklum tinggal di Thailand (kerana keluarga di sana). Jadi tidak hairan mereka tidak komited.
13. ⁠Jika mereka menawarkan diri untuk berkhidmat kepada parti dan rakyat, sebenarnya mereka patut mencontohi ramai anggota dan pimpinan parti yang terus berkhidmat walaupun kalah sama ada dalam Pemilihan dan Pilihan Raya. Tetapi mereka tidak.
14. ⁠Mereka meletak jawatan setelah menerima satu surat tunjuk sebab yang menunjukkan bahawa mereka telah 6 kali tidak hadir ke mesyuarat sah parti. 6/6 bermaksud langsung tidak hadir.
15. ⁠Alasan-alasan yang diberi untuk meletak jawatan sebenarnya hanyalah alasan untuk mengelak daripada tanggungjawab.
16. Sebahagian mengaku penyokong kuat Rafizi. Saya yakin jika Rafizi tahu kerja buat memindahkan ribuan pengundi luar, daftar dengan janji bantuan, pegang sim kad dan letak alamat palsu, beliau pun tidak ingin mengaku sebahagian mereka ini penyokongnya.




No comments: