Tidak tahu sumber mana yang digunakan untuk menyokong dakwaan itu, namun akaun tersebut telah pun dihadkan fungsi interaksi selepas seorang aktivis, Ahmad Faezal mencabar supaya dikemukakan bukti terhadap dakwaan tersebut.
Tidak lama selepas itu, hantaran berkenaan didakwa telah dipadam dan akaun ‘Syafiq’ tidak dapat dilihat.
“Salam Syafiq bagitau jap cara nak claim RM40,000 ni. Kalau saya dapat, saya kongsi 10 peratus.
“Kata dah terbongkar. Kenapa padam hantaran dan tutup mention?,” soalnya.
Rakan aktivis Sumud, Musanuwayri turut membalas menyatakan rasa ralat kerana dia baru sahaja berangan mahu menuntut wang RM80,000.
“Laa delete pulak. Baru nak claim RM80k sebab dah join kali kedua,” komennya.
Sementara itu di ruangan komen, netizen mendakwa dakwaan peserta misi Sumud menerima bayaran sehingga RM40,000 mungkin dipengaruhi naratif yang disebarkan seorang penyokong tegar pembangkang, yang sebelum ini mengkritik misi berkenaan.
Seorang pengguna Threads turut mempersoalkan kecaman terhadap misi itu, dengan menyatakan bahawa walaupun bukan beragama Islam, dia masih mampu memahami tujuan dan perjuangan peserta.
Menurutnya, kritikan kononnya misi tersebut sia-sia kerana bantuan tidak akan sampai menunjukkan salah faham terhadap matlamat sebenar, kerana misi ini bukan sekadar menghantar bantuan tetapi membawa mesej solidariti dan kemanusiaan.
No comments:
Post a Comment