Diesel minggu ini turun 85 sen kepada RM5.12 seliter, RON97 & RON95 pula macam mana?


 


Harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia kini turun lagi buat minggu kedua daripada RM5.97 seliter kepada RM5.12 seliter bagi tempoh 23 hingga 29 April 2026.

Harga baharu ini menyaksikan penurunan sebanyak 85 sen, menurut Kementerian Kewangan.

Harga runcit RON97 juga turun kepada RM4.85 seliter, turun 25 sen berbanding RM5.10 seliter sebelum ini.

Manakala RON95 tanpa subsidi turun 15 sen kepada RM3.87 seliter berbanding RM4.02.

Harga petrol RON95 bersubsidi di bawah program BUDI95 kekal pada RM1.99 seliter manakala harga diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan juga tidak berubah pada RM2.15 seliter.

“Kerajaan Madani akan terus memantau perkembangan global secara rapi dan mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan bekalan tenaga negara kekal stabil serta mencukupi, di samping terus melindungi rakyat menerusi mekanisme sokongan bersasar sedia ada,” kata Kementerian Kewangan dalam kenyataan.


No comments: