VIETNAM TETAP CEMAS.

 


Menjelang aksi terakhir Kumpulan F, Kelayakan Piala Asia 2027 pada Mac ini, media dan penganalisis sukan di Vietnam dilaporkan mula berasa cemas. 






Ketakutan ini bukanlah tanpa alasan, memandangkan Harimau Malaya di bawah kendalian Peter Cklamovski sebelum ini telah berjaya membenam pasukan tangga ke-108 dunia itu dengan keputusan drastik 4-0 di Bukit Jalil.


Penganalisis sukan Vietnam, Quang Huy, secara terbuka mengakui bahawa skuad Golden Star Warriors bakal berdepan tugas yang sangat berat di Stadium Thien Truong nanti. 


Terdapat dua faktor utama yang menjadi punca 'panik' mereka :


1. Keputusan Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS)


Vietnam amat bimbang sekiranya CAS memberikan lampu hijau kepada tujuh pemain warisan Malaysia untuk beraksi.


Kehadiran pemain-pemain ini dianggap akan menguatkan lagi benteng dan serangan Malaysia sehingga sukar untuk dicabar.


2. Kekuatan Sedia Ada Malaysia.


Walaupun tanpa pemain warisan tersebut, penganalisis mereka sedar bahawa Malaysia tetap sebuah pasukan yang liat untuk dikalahkan dan sukar untuk dibolosi dengan jumlah gol yang banyak.


Keputusan penuh daripada CAS yang bersidang di Switzerland pada 26 Februari lalu dijangka akan diumumkan dalam masa terdekat. 


Keputusan ini bakal menjadi penentu besar kepada kekuatan skuad yang akan dibawa ke Vietnam nanti.


​Jelas sekali, kemenangan besar Malaysia sebelum ini telah memberi kesan psikologi yang mendalam kepada Vietnam.


Sama ada dengan pemain warisan atau tidak, Harimau Malaya kini dilihat sebagai ancaman utama yang mampu menggagalkan impian Vietnam di halaman mereka sendiri.



No comments: