BADI DAIM MENGHANTUI



Suara Rakyat



 Badi Tun Daim Masih Menghantui: Pengkhianatan Terancang Keluarga Daim Terhadap Negara





Siasatan kini mendedahkan satu plot gelap yang jauh lebih besar daripada sekadar kes mahkamah. Keluarga Tun Daim didakwa sedang menggerakkan konspirasi terancang untuk melumpuhkan ekonomi Malaysia demi kepentingan peribadi.


Pihak polis telah membuka kertas siasatan berhubung cubaan sabotaj market share negara. Bukti rantaian e-mel yang bocor menunjukkan kerjasama sulit antara keluarga Daim dengan media antarabangsa. Tujuannya jelas: memburukkan imej Malaysia di mata pelabur luar supaya kerajaan pimpinan Anwar Ibrahim nampak lemah dan gagal.


Dokumen menunjukkan Naimah Khalid, isteri Daim, terlibat secara langsung dalam konspirasi ini. Beliau didakwa mengatur naratif luar negara untuk membersihkan nama Daim seolah-olah tidak bersalah, Menyembunyikan kekayaan yang disyaki hasil curian daripada rakyat dan menipu persepsi umum dengan bantuan agensi media asing.


Sebagai langkah pertahanan, mereka melancarkan serangan sistematik terhadap SPRM dan Tan Sri Azam Baki. Dengan melabelkan penyiasat sebagai "korup", mereka cuba meraih simpati rakyat kononnya mereka adalah mangsa penganiayaan politik.


Ini bukan lagi soal politik, ini adalah pengkhianatan terhadap negara. Demi menyelamatkan harta dan kedudukan, segelintir individu sanggup menggadaikan ekonomi rakyat.


This has to stop. Dalang di sebalik sabotaj ini mesti dihentikan segera demi keselamatan kedaulatan negara.



No comments: