Norman Daud.
Hari ni penyokong pembangkang bersorak gembira bila pindaan perlembagaan perkara 43(2a) gagal mendapat undi 2/3 di parlimen.
Pindaan ni bertujuan untuk menetapkan had maksima 2 penggal untuk seseorang memegang jawatan PM.
Tujuan utama adalah memastikan seseorang yang menjawat jawatan PM tidak memegang jawatan paling berkuasa dalam negara ini terlalu lama bagi memastikan integriti kerajaan dapat dijaga.
Kita dah lalui zaman seorang PM yang memerintah sehingga puluhan tahun yang mengakibatkan begitu banyak pemusatan kuasa berlaku sehingga tidak dapat disentuh.
Keseluruhan blok kerajaan menyokong, termasuk Rafizi and team (alhamdulillah). Cuma ada 8 mp yang tidak hadir menyebabkan kegagalan mendapat undi 2/3.
44 mp pembangkang tidak mahu mengundi. Selebihnya tidak hadir.
Pindaan ini gagal kerana kekurangan 2 undi bagi membentuk 2/3 undi. 146/148.
Adakah kerajaan hari ni sudah goyah? Sehingga ada yang mengatakan kerajaan akan jatuh siap minta bubar parlimen lagi. Kelakar๐
Jumlah mp minimum bagi membentuk kerajaan adalah 112. Undi kerajaan dapat hari ini 146. Jauh sangat tu.
Yang paling saya tak faham kenapa MP pembangkang tak bersetuju dengan pindaan ini? Atas asbab apa? Mereka juga dulu memperjuangkan isu ini bermula pada tahun 1999 lagi ketika berada bersama di dalam gabungan Barisan Alternatif (BA)
Adakah Jika pindaan ini lulus, ia akan menjadi pencapaian sejarah (milestone) yang sangat besar bagi kerajaan hari ini. Pembangkang mungkin tidak mahu memberikan "kemenangan mudah" kepada kerajaan untuk dijadikan modal kempen pilihan raya akan datang.
Adakah dengan menolak had penggal, adakah ini bermakna pembangkang sendiri masih menyimpan impian untuk meletakkan pemimpin mereka memerintah tanpa had sekiranya mereka menang nanti? Ini satu persoalan integriti yang besar buat mereka atau Adakah mereka bercadang melantik semula Tun M sebagai PM? Seriously?๐๐
Mereka mungkin juga mahu menggunakan isu ini sebagai "bargaining chip" (umpan rundingan). Mereka sengaja tidak mengundi untuk menunjukkan bahawa tanpa kerjasama mereka, kerajaan tidak akan dapat melakukan perubahan besar ke atas Perlembagaan.
Apa pun Kerajaan tidak goyah, tetapi mereka perlu "bercermin diri". Untuk melakukan reformasi besar, mereka tidak boleh hanya mengharapkan angka di atas kertas, tetapi memerlukan disiplin yang tinggi daripada setiap ahli parlimen yang mendakwa menyokong reformasi.
Bagi rakyat, kegagalan pindaan Perlembagaan Perkara 43(2a) ini adalah satu kerugian. Kita terlepas peluang keemasan untuk memastikan tiada lagi diktator moden yang lahir daripada sistem yang membenarkan seseorang berkuasa terlalu lama tanpa had.
Memang menyedihkan apabila Politik kepartian nampaknya sekali lagi mengatasi kepentingan jangka panjang negara.



No comments:
Post a Comment