Pelantikan Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) sekaligus mewajarkan pemimpin Pas itu dinamakan sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen.
Penganalisis politik, Dr Yusri Ibrahim berpandangan bahawa berdasarkan amalan sistem Westminster, pengerusi gabungan pembangkang terbesar juga sewajarnya berperanan sebagai poster boy bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).
“Apabila Dr Samsuri dinamakan sebagai Pengerusi PN, jelas bahawa beliau mengetuai PN iaitu parti pembangkang terbesar dalam negara.
“Mengikut amalan Westminster, beliau wajar dinamakan sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen.
“Bukan setakat itu, bahkan beliau juga wajar dinamakan sebagai poster boy untuk PRU16.
“Inilah amalan Westminster yang kebanyakan negara Komanwel praktiskan, termasuk Malaysia,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Beliau berpendapat adalah agak pelik jika Pengerusi PN tidak dinamakan sebagai poster boy.
Menurutnya, Dr Samsuri mempunyai beberapa kelebihan untuk diangkat sebagai wajah utama PN bagi PRU16.
Pertama, kedudukan beliau sebagai pengerusi gabungan memberikan legitimasi politik untuk memimpin blok pembangkang.
Kedua, beliau dianggap mempunyai tahap populariti yang baik dan diterima oleh pelbagai kelompok masyarakat.
Bagaimanapun, kata Dr Yusri, beberapa cabaran utama perlu ditangani sebelum sebarang penamaan rasmi dibuat.
Antaranya, Samsuri belum mempunyai rekod di peringkat Persekutuan, manakala prestasinya sebagai Menteri Besar Terengganu masih belum cukup menonjol untuk dijadikan track record nasional yang meyakinkan.
Selain itu, ujarnya, faktor sensitiviti pengundi bukan Melayu juga dilihat sebagai cabaran.
Jika poster boy datang dari Pas, jelasnya, ia berpotensi menimbulkan keraguan dalam kalangan segmen pengundi bukan Melayu yang masih sangsi terhadap pendekatan politik parti berkenaan.
Di peringkat dalaman PN pula, persetujuan parti komponen menjadi faktor penting.
Sebelum ini, Bersatu pernah menamakan Tan Sri Mahiaddin Yassin sebagai calon Perdana Menteri PN, justeru persoalan sama ada parti itu bersedia memberi laluan kepada Samsuri masih menjadi tanda tanya, terutama selepas episod ketegangan Pas-Bersatu.
Tidak kurang penting, Samsuri juga perlu mendapatkan restu kelompok ulama dalam Pas sendiri.
Tanpa sokongan padu daripada kepimpinan dan struktur dalaman parti, laluan beliau untuk diangkat sebagai poster boy dijangka berdepan halangan.
“Tanpa persetujuan tersebut, laluan beliau agak beranjau,” kata Dr Yusri lagi.

No comments:
Post a Comment