SMART ENFORCEMENT KDN: OPERASI BERSEPADU TANGANI PASARAN GELAP VAPE









Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerusi Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bahagian Perkembangan Kesihatan Awam, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Sektor Siasatan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), terus memperkukuh pendekatan Smart Enforcement melalui operasi bersepadu berskala nasional bagi mengekang pengedaran rokok elektronik tidak berdaftar serta melindungi keselamatan masyarakat.


💬KENYATAAN YB MENTERI DALAM NEGERI


"Pendekatan Smart Enforcement yang dilaksanakan KDN bukan sahaja menumpukan kepada tindakan penguatkuasaan yang tegas, tetapi juga memastikan keselamatan rakyat dan masa depan generasi muda terus dilindungi melalui operasi bersepadu yang strategik dan berimpak tinggi."

- YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri.


Operasi mega yang dilaksanakan secara serentak di seluruh negara berjaya merekodkan nilai rampasan melebihi RM8.8 juta, melibatkan 2,140 pegawai dan anggota, pemeriksaan di 154 lokasi, serta tindakan tegas terhadap aktiviti pasaran gelap yang memberi kesan kepada hasil negara dan kesejahteraan generasi muda.


KDN komited memperkasa kerjasama antara agensi serta mempertingkatkan tindakan penguatkuasaan secara bersepadu demi memastikan keselamatan negara terus terpelihara selaras aspirasi Malaysia MADANI.


Sumber: Sidang Media Bersama Pemangku Pengarah Jabatan KDNKA, CP Dato’ Fisol bin Salleh, bersama Dr Zulhizzam bin Hj. Abdullah, Pengarah Bahagian Perkembangan Kesihatan Awam, KKM serta Dato’ Azhar bin Husin, Ketua Pegawai Siasatan, Sektor Siasatan (LHDN), 16 Februari 2026, Bukit Aman, Kuala Lumpur.


#SmartEnforcement #KDNMadani #PDRM #KeselamatanNegara #MalaysiaMADANI #TegasBerintegriti




No comments: