RUMAH BAHARU HAMZAH - PARTI KELUARGA MALAYSIA - AUTOMATIK ADA 19 AHLI PARLIMEN BERSAMANYA
04 Mac 2026
Sebaik dipecat daripada Bersatu baru-baru ini, Hamzah Zainuddin mengumumkan akan ada rumah baharu bagi beliau meneruskan perjuangan politik bersama para penyokongnya.
Semalam, rumah baharu itu telah pun diumumkan secara terbuka.
Dilaporkan Hamzah yang juga Ketua Pembangkang akan mengambil alih Parti Keluarga Malaysia.
Dilaporkan lagi, proses pengambil-alihan itu buat masa sudah pun 90% selesai.
Ini bermakna, hanya tinggal sedikit saja lagi proses yang masih belum dimuktamadkan.
Meneruskan perjuangan dengan mengambil alih Parti Keluarga Malaysia adalah pilihan terbaik buat Hamzah selepas dipecat daripada Bersatu.
Apa yang menarik mengenai Parti Keluarga Malaysia ini ialah sebaik saja Hamzah mengambil alihnya nanti, sekurang-kurangnya sudah tersedia 6 Ahli Parlimen ada bersamanya.
Mereka ialah Ahli-Ahli Parlimen yang dipecat daripada Bersatu sebelum ini - Hamzah sendiri (Larut), Wan Saiful Wan Jan (Tasek Gelugor), Saifuddin Abdullah (Indera Mahkota), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (Machang), Fathul Huzir Ayob (Gerik) dan Azahari Hasan (Padang Rengas).
Lebih menarik lagi, selain enam Ahli Parlimen terbabit, Parti Keluarga Malaysia juga dipercayai akan memperolehi sokongan daripada 13 Ahli Parlimen Bersatu.
Mereka ini adalah kumpulan yang setia menyokong Hamzah dan terbaru sokongan mereka dizahirkan menyokong Ahli Parlimen Larut itu dikekalkan sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen, meskipun Bersatu mahu jawatan Hamzah itu digugurkan.
Maknanya, mereka ini bukan menyokong Hamzah secara senyap-senyap atau di belakang tabir, tetapi secara terbuka di depan muka Presiden Bersatu sendiri.
13 Ahli Parlimen Bersatu yang dijangka akan menyokong Partj Keluarga Malaysia ialah Ronald Kiandee (Beluran), Mas Ermieyati Samsudin (Masjid Tanah), Ikmal Hisham Abdul Aziz (Tanah Merah), Rosol Wahid (Hulu Terengganu), Ku Abd Rahman Ku Ismail (Kubang Pasu), Muslimin Yahaya (Sungai Besar), Abdul Khalib Abdullah (Rompin), Khlir Mohd Nor (Ketereh), Zakri Hassan (Kangar), Roslan Hashim (Kulim Bandar Baharu), Nordin Ahmad Ismail (Lumut) dan Kalam Salan (Sabak Bernam) serta Islahuddin Abbas (Mersing).
Ertinya, ada 19 Ahli Parlimen secara automatik ada ada bersama atau sedia menyokong Hamzah.
Tidak pernah berlaku dalam sejarah mana-mana parti yang wujud sebelum ini di mana sebaik saja lahir ke dunia ia terus memilki sokongan seramai 19 Ahli Parlimen.
Juga tidak pernah berlaku dalam sejarah ada Ahli Parlimen parti lain tetapi menyokong perjuangan dan pemimpin parti yang lain.
Semua itu hanya dicipya oleh Parti Keluarga Malaysia.
Dalam waktu yang sama, keadaan itu akan menjadikan Ahli Parlimen yang tinggal bersama Muhyiddin Yassin dan Bersatu hanyalah 6 orang saja.
Inilah hebat dan luar biasanya Parti Keluarga Malaysia - ia lahir daripada Bersatu, tetapi lebih besar daripada Bersatu.
Daripada beberapa maklumat yang diperolehi, setelah Parti Keluarga Malaysia disahkan diterajui Hamzah nanti, lebih banyak lagi kejutan akan muncul yang akan membuatkan - terutamanya Bersatu - pasti akan benar-benar terkejut. - ShahbudinHusin 04Mac2026.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1229139399209177&id=100063393840098
No comments:
Post a Comment