
Chow telah mengadakan pertemuan dengan Fahmi (dua dari kanan) bagi memaklumkan keputusan penggugurannya dari Exco kerajaan Pulau Pinang pada 4 Mac 2026.
GEORGE TOWN, 4 Mac – Adun Pantai Jerejak, Fahmi Zainol digugurkan daripada barisan Exco Pulau Pinang, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.
Chow berkata, beliau telah mengadakan pertemuan dengan Fahmi pagi ini bagi memaklumkan keputusan itu, sambil menambah anggota KEADILAN itu menerima keputusan berkenaan.
Menurut Chow, beliau akan mengemukakan cadangan pengganti Fahmi kepada Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ramli Ngah Talib petang ini.

Terdahulu, KEADILAN menggantung Fahmi daripada semua jawatan parti serta-merta sehingga kes itu diputuskan oleh mahkamah.
Setiausaha Agungnya, Fuziah Salleh, berkata langkah itu menyusul mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) KEADILAN pada 1 Mac lalu, yang turut mengarahkan beliau menghantar surat kepada ketua menteri Pulau Pinang berhubung jawatan exco Fahmi.
Pada 27 Februari lalu, Fahmi mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan sengaja mencederakan isterinya, Nur Hidayah Abd Jabar di rumah mereka di Bayan Lepas pada 22 Februari.
No comments:
Post a Comment