TMJ KATA KALAU ADA BUKTI OEMALSUAN SILA REPORT. JANGAN DOK BUAT QAMAI DI LUAR.

 



Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menggesa mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berhubung dakwaan isu pemalsuan babitkan tujuh pemain supaya tampil mengemukakan bukti kukuh dan menyalurkannya kepada agensi kerajaan yang berkuasa.



Menerusi kenyataan yang dimuat naik di laman media sosial sosial, Tunku Ismail menegaskan bahawa setiap tuduhan perlu disokong dengan fakta serta dokumen sahih sebelum tindakan lanjut boleh diambil.


"Inilah pentingnya kita menggunakan segala bukti dan fakta yang ada dan serahkan kepada agensi-agensi kerajaan yang berkuasa untuk menjalankan siasatan dan mengambil tindakan undang-undang," katanya.


Beliau turut mengingatkan bahawa usaha membersihkan bola sepak tanah air tidak boleh bergantung kepada spekulasi atau teori semata-mata, sebaliknya memerlukan tindakan bersepadu dan berlandaskan bukti.


"Bukan setakat teori. Kumpul semua bukti yang ada beramai-ramai demi bola sepak tanah air," katanya.


Isu berkenaan timbul susulan tindakan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) yang sebelum ini menjatuhkan hukuman penggantungan selama 12 bulan terhadap pihak terbabit susulan dakwaan pemalsuan membabitkan tujuh pemain.


Hukuman itu mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan penyokong dan pemerhati bola sepak tempatan, khususnya berkaitan ketelusan dan pematuhan terhadap peraturan badan induk bola sepak dunia itu.


Bagaimanapun, perkembangan terbaru menyaksikan Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) menangguhkan pelaksanaan hukuman yang dikenakan oleh FIFA itu sementara proses rayuan atau penelitian lanjut dijalankan.


Keputusan itu sekali gus memberi ruang kepada pihak terbabit untuk mengemukakan hujah serta pembelaan di peringkat antarabangsa.


Situasi berkenaan menyaksikan isu pemalsuan ini terus menjadi perhatian, dan Tunku Ismail menegaskan bahawa pendekatan paling tepat adalah mengumpulkan segala bukti secara menyeluruh serta menyerahkannya kepada pihak berkuasa untuk disiasat mengikut lunas undang-undang.


Menurutnya, langkah itu bukan saja penting bagi memastikan keadilan ditegakkan, malah bagi menjaga integriti serta imej bola sepak Malaysia di peringkat domestik dan antarabangsa.


Kenyataan tegas itu dilihat sebagai seruan supaya semua pihak menghentikan spekulasi tidak berasas dan sebaliknya memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa, demi memastikan isu ini diselesaikan secara telus dan profesional.





No comments: