Kes RM1.1 Bilion: Seorang Bekas Menteri Dipanggil SPRM

 


Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki. Foto Facebook SPRM

PUTRAJAYA, 4 Mac – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah merakam keterangan seorang bekas menteri Kerajaan MADANI berhubung siasatan perjanjian mega kementerian berkenaan, yang dianggarkan bernilai RM1.1 bilion.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, mengesahkan 12 individu sudah dipanggil memberi keterangan berhubung isu sama setakat ini.

“Setakat ini SPRM sudah memanggil 12 individu daripada kementerian terbabit, antaranya Ketua Setiausaha (KSU) kementerian dan pihak Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA),” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Bekas Menteri Ekonomi, Mohd Rafizi Ramli. Foto Arkib

Ditanya adakah Rafizi Ramli juga akan dipanggil SPRM, Azam bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung perkara itu.

Namun difahamkan menurut sumber, menteri terbabit ialah bekas Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, tetapi menunggu pengesahan lanjut selagi belum dapat disahkan.

No comments: