SEWA BELI HELI UNTUK TUDM.

 


Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pertahanan telah memperuntukkan kontrak bernilai RM16.5 bilion untuk 28 buah helikopter baharu bagi agensi keselamatan, termasuk ATM, bagi menggantikan aset lama seperti Super Lynx.









Kontrak 15 tahun ini disifatkan sebagai strategi mengurangkan perbelanjaan modal awal, menjamin tahap kesiapsiagaan melebihi 85%, dan merangkumi pakej latihan serta penyelenggaraan. 


28 buah helikopter untuk menggantikan helikopter lama bagi memastikan operasi udara harian berjalan lancar.


Nilai kontrak RM16.5 bilion untuk tempoh 15 tahun, dengan pembayaran hanya bermula selepas helikopter dihantar sepenuhnya.


Tujuan untuk meningkatkan kadar kesiapsiagaan aset (sasaran 85% ke atas) berbanding pembelian terus yang sebelum ini rendah.


Tentera Darat Malaysia juga difahamkan sedang berusaha memperoleh 12 buah helikopter baharu (seperti Black Hawk atau AW) untuk memperkukuh keupayaan udara mereka.


Rujukan pelbagai,

Oleh Salman Al Farisy


#uniformsoriginal

#salmanalfarisy

#aviationnavalarmour

#UOCG




No comments: