PENGALAMAN DI MASJID.

 


Rosman Omar


Wife saya cerita katanya viral tentang Masjid di TTDI, tentang staf/ajk yang dikatakan sombong ketika beri makanan berbuka. Saya harap ia sekadar naratif, bukan realiti. 

.






Tapi cerita itu tiba-tiba buat saya teringat kembali sekitar zaman 2007/08. Masjid masa tu sunyi, satu setengah saf sahaja waktu maghrib, parking banyak, ramai orang tua. 

.


Masa itu, Dr. Maza baru nak terkenal, baru lepas debat dengan Astora Jabat. Ustaz Azhar Idrus dan Ustaz Kazim belum dikenali ramai. 

.


Saya masih terpengaruh dengan imej rock, rambut panjang sikit, t-shirt, jeans, kadang malas buka gelang terus je masuk saf solat. selalu kena tegur dengan seorang pakcik ni.

.


Ada sekali saya tergesa-gesa parking, masuk masjid, sebab dah azan, tapi zaman tu parking kereta memang kosong, pakcik tu tegur dengan kuat katanya saya bawa laju dalam masjid semua pandang. 

.


Saya rasa malu, rasa berat hati nak ke masjid tu. Tapi entah kenapa saya tiada pikiran kalau tak selesa boleh pergi masjid lain waktu tu. Saya tetap datang dengan rasa sedih cuba elak bertembung pakcik tu dan bercampur dengan kesedaran memang salah saya.

.


Lebih jauh lagi, satu hari masa moreh selepas terawikh, saya pernah beratur ambil kuih, tapi kerana lupa buka gelang dan t-shirt masih rock, pakcik itu tegur lagi, kali ni betul-betul marah dia ungkit semua kesalahan saya lepas-lepas yang dia tegur.

.


Semua nampak, saya rasa rendah diri rasa malu. Entah kenapa la susah sangat saya nak pakai baju melayu elok-elok, kain pelekat, kan cantik pakai begitu. Kurta Jubah memang takde orang pakai lagi masa tu jarang nampak. 

.


Hari ini, bila dengar cerita Masjid TTDI, saya teringat pengalaman sendiri. Moga kisah di TTDI tu semua tak benar hanya naratif. 

.


Kita belajar bahawa setiap generasi ada cabarannya, yang muda faham cara berbeza, yang tua ada tanggungjawab membimbing. 

.


Semoga kita semua, sama ada staf, jemaah, atau anak muda, dapat menzahirkan akhlak terbaik, menahan hati dari prasangka, dan memahami Ramadan sebagai bulan latihan jiwa, bukan sekadar menahan lapar dan dahaga.





No comments: