Ramai terkejut dengan pendedahan Rafizi Ramli bahawa Azmin Ali kerap berjumpa Anwar Ibrahim.
DrAA langsung tak terkejut sebab ia berada dalam radar DrAA.
Dulu DrAA pernah tulis mengenai fail hasil siasatan video hotel sandakan Azmin Ali yang telah siap dipenghujung zaman Hamzah Zainuddin jadi Menteri Dalam Negeri. Hamzah sempat baca. Sebelum kerajaan bertukar. 😎😎
Sebab tu serangan keatas Hamzah berlaku. Dia mesti dikeluarkan sebab dia seorang je dalam Bersatu pernah baca hasil siasatan polis terhadap video kabur hotel sandakan.
DrAA juga pernah tulis mengenai serbuan SPRM keatas safe house Azmin Ali. Sampai sekarang tak kena dakwa kan?
DrAA juga pernah tulis pasal kes Hilman yang bawa seorang perempuan mabuk masuk bilik hotel. DrAA taknak ulas panjang sebab dalam bulan Ramadhan. Kes tu pun senyap kan?
Semua kes ini keputusannya dah dibuat semasa Langkah Jepun. Apa dia Langkah Jepun ni? Azmin Ali bertemu dengan PMX di Jepun. Dalam pertemuan ini, Azmin Ali dijanjikan tiada pendakwaan. Syaratnya,
(1) Azmin kena pastikan Bersatu porak peranda.
(2) Azmin kena pastikan PN lemah.
(3) Azmin kena pastikan sebelum berakhir tahun ini PMX boleh bubar Parlimen dengan yakin.
(4) Azmin kena pastikan PMX berjaya menang dalam PRU16.
(5) Kalau perlu, PN perlu beri sokongan kepada PMX untuk bentuk kerajaan selepas PRU16.
Sekarang Azmin Ali sedang melaksanakan perkara itu. Sebagai Trojan Horse kepada PMX dalam Bersatu maka dia telah berjaya menyebabkan Bersatu porak peranda. Hamzah yang cuba sekat Azmin Ali telah berjaya dibuang.
Kini tugas Azmin Ali fokus kepada mengagalkan DrSam untuk pimpin Perikatan Nasional. Tugas DrSam tidak mudah. Dia baru selesai dilantik Pengerusi PN. Selepas ini perlantikan jawatankuasa PN.
Nak lantik Setiausaha, nak lantik Ketua Penerangan. Nak lantik Pengarah Pilihanraya. Semua ni Azmin Ali akan buat kacau. Bersama si Ketua Ceplos Bersatu yang menjadi peliharaan Azmin.
DrAA harap DrSam jelas dengan perkara ini dan jangan lantik langsung Azmin Ali dalam PN. Nanti belum abis Mesyuarat MT PN, maklumat dah sampai kepada PMX.
Macam maklumat ketika nak tukar kerajaan beberapa tahun dahulu, Kerajaan PAS, Bersatu, UMNO. Beberapa hari sebelum pelaksanaan pelan, Azmin Ali bocorkan kepada PMX. Sehingga PMX sempat pintas.
Kepada TSMY, bukalah mata. You are being played by Azmin Ali. Dia pandai beri harapan kepada Tan Sri untuk jadi Perdana Menteri akan datang, tetapi hakikatnya Azmin Ali berkerja secara loyal kepada PMX.
Dr Arman Ashaari (DrAA)

No comments:
Post a Comment