PARTI BAGI SURAT TUNJUK SEBAB....GLUUUPP...,




 Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini memberi tempoh sehingga esok kepada Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli untuk menjawab isu berhubung dakwaan beliau mengisytiharkan keluar parti. 






Surat tunjuk sebab itu dikeluarkan pada 23 Februari lalu, dengan tempoh lima hari diberikan kepada bekas Timbalan Presiden PKR itu bagi mengemukakan penjelasan rasmi mengenai pendirian sebenar beliau.


Setiausaha Agung PKR, Datuk Dr Fuziah Salleh berkata, kenyataan Rafizi yang membayangkan kemungkinan bertanding pada PRU16 tanpa tiket PKR boleh menimbulkan persepsi bahawa sudah wujud niat untuk meninggalkan parti. 


Menurutnya, walaupun ia mungkin sekadar kenyataan bersyarat, persepsi awam tetap memberi kesan kepada imej dan kestabilan parti.


Fuziah menegaskan, surat tunjuk sebab itu bukan bertujuan menghukum, sebaliknya memberi ruang kepada Rafizi untuk menjelaskan keadaan sebenar selaras dengan perlembagaan parti. 


Beliau merujuk Fasal 9.1 (c) yang menyentuh mengenai pengisytiharan anggota keluar parti, sambil menekankan bahawa sebarang tindakan perlu dibuat secara tertib dan berlandaskan undang-undang parti.


Tambahnya lagi, tempoh yang diberikan adalah adil dan bertujuan mengelakkan keputusan tergesa-gesa tanpa penjelasan menyeluruh.


Sebarang perkembangan lanjut akan dibincangkan dalam mesyuarat MPP yang dijadualkan pada 1 Mac ini satu tarikh yang kini menjadi tumpuan pemerhati politik.


Terdahulu, dalam temu bual bersama media Cina tempatan, Rafizi membayangkan hasrat mempertahankan kerusi Parlimen Pandan pada PRU16 walaupun bukan atas tiket PKR. 


Kenyataan itu mencetuskan gelombang spekulasi dan perdebatan hangat, dengan ramai tertanya-tanya adakah ini sekadar salah faham persepsi, atau petanda retakan besar dalam parti menjelang pilihan raya akan datang?





No comments: