F18 KUWAIT DIBATALKAN

 





Ketetapan pembatalan perolehan F/A-18 Hornet dari Kuwait telah dicapai secara rasmi dalam mesyuarat Jemaah Menteri yang bersidang pada 6 Februari 2026.  


Pembatalan ini dibuat bersandarkan hasil laporan teknikal yang komprehensif oleh pasukan penilai TUDM yang telah dihantar ke negara Teluk berkenaan pada hujung tahun lalu.


Penilaian teknikal tersebut mendapati perolehan armada Hornet dari Kuwait akan mendatangkan risiko dan cabaran logistik jangka panjang kepada TUDM. 


Sumber :- AirTimes Malaysia


Ulasan :


Program pengantian jet pejuang lama kepada jet pejuang generasi ke-5 memerlukan banyak penilaian dan 'expectation" tentang keadaan geopolitik masa depan.


Nak beli pesawat ni bukannya mudah. Kena fikir tentang 'price tag', kemampuan sistem avionik, radar dan persenjataan untuk tempoh masa yang panjang.


Secara mudahnya perolehan jet pejuang generasi ke-5 akan mengambil masa yang panjang untuk ianya sampai dan boleh digunakan oleh tentera udara kita.


Setakat hari ini jet pejuang generasi ke-5 yang ada dan bakal ada adalah agak terhad.


1️⃣ F-35 buatan Amerika - Jet ni kita boleh lupakan, memang takkan dijual kepada kita. Sebabnya kita bukan sekutu kuat US dan kita juga antara negara islam yang paling tegas dengan Israel. Singapura juga pastinya tidak 'happy' jika US jual F-35 kepada kita.


2️⃣ SU-57 - Pesawat ini dengarnya ada banyak 'kekangan' kalau beli nanti. Spart part dan perolehan teknologinya dikatakan bakal memeningkan pembelinya kelak. Senang cakap banyak isu² belakang tabir kalau beli pesawat dari Rusia ni.


Dari sumber yang 'leak', dengarnya pesawat yang dah delivery ke Algeria tu ada sistem yang tak 'complete" lagi rupanya. Disebabkan oleh sekatan yang dikenakan oleh negara Barat.


3️⃣ KAAN Turki - Pesawat ini masih lagi dalam mode protype. Masih dalam ujikaji dan test. Pengeluaran pertama dijangka pada 2029/2030.


Kalau order sekarang, lepas tahun 2035 jangka baru dapat. Itu pun tak pasti bila... 


Buat masa ini tidak dapat dipastikan enjin dan sistem avioniknya dibuat oleh siapa. Samada ia diimport dari syarikat di US atau pun ianya dihasilkan sendiri oleh Turki


4️⃣ KF-21 Block 3 Baromae Korea Selatan - Isunya lebih kurang sama macam KAAN Turki. Kalau Malaysia 'order' sekarang, lepas tahun 2035 baru depa boleh delivery kat kita.


Berkenaan enjin dan sistem avioniknya juga masih misteri. Tidak dapat dipastikan samada dihasilkan sepenuhnya oleh Korea atau pun ada yang diimport dari Amerika juga.


Berkenaan missile dan persenjataan, setakat ini dikhabarkan datangnya dari eropah, bukan dikeluarkan oleh Korea. 


Ada yang kata, perlukan kelulusan mereka kalau nak gunakan dalam perang... Bab ni tak pastilah betul atau pun cuma khabar angin saja.


5️⃣ Akhir sekali jet pejuang dari China. Yang ni rasanya memang tak sesuai untuk kita guna. Sebabnya adalah kerana isu pertikaian di Laut China Selatan.


Takkan nak guna kapal 'made in China' untuk 'confront' dengan China. Memang mudahlah depa nak kesan dan 'ayam²'kan kita.


Kesimpulannya, kita cuma ada pilihan dari 2 - 4 sahaja. Masing² ada isunya yang perlu dinilai dan diambil kira secara spesifik sebelum pembelian jet pejuang generasi ke-5 itu dimuktamadkan.


Rafale, Eurofighter Typhoon, Gripen dan segala F siri (kecuali F-22 Raptor) buatan US tu kita tak payah ceritalah... Sebab tu semua jet pejuang jenis generasi ke-4 dan 4.5


Lagi 9 tahun, silap² US dan China dah pakai jet pejuang generasi ke-6 dah rasanya. Kita baru nak guna jet dari generasi ke-5.


Tapi takpalah, atleast taklah jauh sangat kena tinggal banding dengan jet dari generasi ke-4 masa tu.


Begitulah... Susah nak pilih sebenarnya.


#MERZ

FB : Mohd Ezairol Rezan Zainol





No comments: