PERMATANG PAUH DAN PILIHANRAYA


Shamsyul Ghazali




Parlimen Permatang Pauh (P044) mula diwujudkan pada tahun 1974. Sejak itu, kawasan ini telah melalui 12 kali Pilihan Raya Umum (PRU) dan 3 kali Pilihan Raya Kecil (PRK).


Berikut adalah rekod keseluruhan pilihan raya yang telah berlaku di Parlimen Permatang Pauh:


1. ERA BARISAN NASIONAL (1974 - 1982)

Pada awal penubuhannya, kawasan ini merupakan kubu kuat UMNO/Barisan Nasional sebelum era Reformasi.


• PRU4 (1974): Ariffin Md Daud (BN-UMNO)


• PRU5 (1978): Zabidi Ali (PAS) – majority 2,119 dan ini adalah satu-satunya kemenangan PAS sebelum 2022.


• PRU6 (1982): Anwar Ibrahim (BN-UMNO) – Ini adalah kemenangan pertama Anwar selepas menyertai UMNO dengan majority 14,479 undi mengalahkan penyandang Kerusi Zabidi Ali yang hanya mendapat 3,870 undi.


2. ERA DOMINASI ANWAR IBRAHIM (BN) (1986 - 1995)

Anwar Ibrahim memegang kerusi ini dengan majoriti besar di bawah tiket Barisan Nasional.


• PRU7 (1986): Anwar Ibrahim (BN-UMNO), majoriti 10,479 undi

• PRU8 (1990): Anwar Ibrahim (BN-UMNO), majoriti 16,150 undi

• PRU9 (1995): Anwar Ibrahim (BN-UMNO), 23,230 undi

• 1998 : Anwar Ibrahim dipecat tiada PRK dijalankan kerana sudah dekat dengan PRU.


3. ERA REFORMASI DAN KEADILAN (1999 - 2018)

Selepas pemecatan Anwar Ibrahim, Permatang Pauh menjadi simbol gerakan Reformasi dan dikuasai oleh keluarga beliau melalui Parti Keadilan Nasional (kini PKR).


• PRU10 (1999): Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail (Keadilan), majoriti 9,077 undi.


• PRU11 (2004): Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail (PKR), majoriti 590 undi (Dalam PRU ini telah berlaku insiden Ustaz sepak tong ketika pengiraan undi dijalankan)


• PRK 2008 (Ogos): Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR), majoriti 15,671 undi (Sebab PRK ialah Datuk Seri Wan Azizah meletak jawatan untuk memberi laluan kepada Anwar Ibrahim.)


• PRU12 (2008): Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail (PKR), majoriti 13,388 undi


• PRU13 (2013): Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR), majoriti 11,721 Undi


• PRK 2015 (Mei): Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail (PKR), majoriti 8,841 undi (Sebab PRK ialah Datuk Seri Anwar hilang kelayakan selepas sabitan kes)


• PRU14 (2018):  Nurul Izzah Anwar (PH-PKR) ,majoriti 15,668 undi 


4. ERA KUBU MENJADI KUBUR

Pada PRU15 tahun 2022, berlaku kejutan besar apabila penguasaan keluarga Anwar Ibrahim di Permatang Pauh selama berdekad-dekad berakhir…


• PRU15 (2022): Muhammad Fawwaz Mohamad Jan (PN-PAS), Majoriti 5,272 undi dan PKR hilang 20,940 undi dengan bergaya sekali.


Kesimpulannya ialah di Permatang Pauh inilah berlakunya lebih banyak Pilihanraya berbanding lain-lain Kawasan Parlimen dalam Malaysia dan yang pernah terlibat dengan gerak kerja pilihanraya di situ sudah tentu lebih berpengalaman dari mana-mana Jentera Pilihanraya di lain-lain Parlimen..




No comments: