Mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendedahkan bahawa pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Mahiaddin Yassin telah mencuri wang.
Mahiaddin juga bimbang bahawa beliau akan ke penjara. Oleh sebab itulah, beliau mahu menjadi erdana menteri sekali lagi, dedah Mahathir.
“Dia bukan apa… dia ada masalah, dia nak jadi Perdana Menteri bukan kerana dia nak berkhidmat.
“Pasal kalau dia tak jadi Perdana Menteri ada kemungkinan dia masuk dalam..pasal dia pun curi duit…saya tahu,” katanya dalam rakaman video pertemuan berdurasi kira-kira 2 minit yang kini tular.
Tun Mahathir mendakwa, Ahli Parlimen Pagoh itu mencuri duit sumbangan kepada parti PN dan didakwa disimpan di kediamannya.
“Duit dibagi kepada parti, dia tak bagi kepada parti dia simpan di rumah dia,” katanya lagi.
Tun Mahathir turut mendakwa dengan peruntukan dana yang banyak itu juga menjadi punca kepada kekalahan beliau di Langkawi dalam pilihan raya sebelum ini.
“Duit itulah dia belanja..belanja banyaklah sampai saya kalah di Langkawi, pasal inilah orang-orang dia menang,” katanya yang tewas dalam pertembungan lima penjuru ketika Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) sehingga hilang wang deposit.
No comments:
Post a Comment