Pakatan Harapan Panik 3


Zuwairi Md Yusof








Jumaat ni Rafizi Ramli menjawab Azam Baki pasal kononnya Rafizi pun dah tak suka KP SPRM dalam siaran langsung podcast Berapi dan Meletupnya dari 9 sampai 11.30 malam.Pastikan anda semua menonton beramai ramai podcast ini di mana saja anda berada.Selain isu SPRM,saya juga akan ulas isu pengiktirafan UEC, tindakan kerajaan Terengganu halau FELDA dan pergolakan dalaman BN dan PN.Berbalik kepada soal SPRM,so betul ke saya tak nak kawan dengan Tan Sri Azam Baki?Saya sebenarnya emotionally dead.Jarang sangat la saya simpan rasa - Marah ke,Dendam ke,Kecik hati ke - kepada Sesiapa pun.







Saya anggap kalau sesuatu tindakan itu adalah Tanggungjawab saya,maka saya kena buat la.Kalau bersuara itu adalah sebahagian dari tanggungjawab saya sebagai Ahli Parlimen, saya sebut apa yang saya percaya perkara yang perlu di sebut.Jadi ini bukan soal saya suka dengan Tan Sri Azam Baki ke tidak.Ia soal kredibiliti SPRM dan menjadi tanggungjawab saya menyampaikan pandangan rakyat bahawa kita ada masalah jika rakyat kurang yakin dengan kebebasan SPRM.Malam esok podcast hari ni Membawang dulu dan Membahan DAMAI,KARTEL sialan2 serta CEPLOS2 RM8K yang ada itu,kikiki.


Anwar Ibrahim kalau mahu kekal penggal 2 & masih mendapat undi Melayu 33% & 95% undi Cina kena buat Reform dalam masa 2 tahun terakhir ini


1.Tukar Azam Baki

2.Letak SPRM bawah parlimen

3.Hapus akta hasutan & mesin cetak

4.Asingkan kuasa pendakwa & AG


Kalau tak buat benda mudah macam ini memang Bye Bye.


Dalam ucapannya Azam Baki menyatakan, “Insya-Allah, mungkin pada tahun depan saya akan tamat perkhidmatan saya.”Kenyataan ini menunjukkan AB telah di maklumkan lebih awal oleh DSAI mengenai keputusan untuk tidak menyambung kontraknya bertujuan mengelakkan kejutan dan memberi ruang AB untuk bersiap sedia menghadapi penamatan perkhidmatan.AB turut merujuk tentang pengganti beliau, “Sesiapa yang mengganti saya pada tahun depan… siapa-siapa pun mengambil tempat di sini, itu tak penting.Dia perlu meneruskan agenda…”


Sebenarnya Democratic Action Party tidak perlu mendesak kerajaan melaksanakan Reform dalam masa 6 bulan pun.Apa yang perlu DAP buat ialah membawa suara kaum Cina untuk mendesak kerajaan laksanakan apa yang sudah di tinggalkan 2.6 tahun yang lepas.Buat macam GRS di Sabah dan GPS di Sarawak buat dalam masa 2.6 tahun ini macam macam hak mereka dapat.Mudah.Reform struktur memerlukan Setahun untuk di buat bukan 6 bulan.6 bulan tak sempat untuk buat sepenuhnya kata Iswardy dalam livenya.


Link post twitter https://x.com/md_zuwairi/status/1999262759167701180



No comments: