Zainuddin Omar
Thailand jelas lebih kuat dari segi ketenteraan, dengan keupayaan udara yang jauh mengatasi Cambodia. Tentera Udara Thailand memiliki pesawat pejuang moden seperti F-16 Fighting Falcon dan Saab JAS-39 Gripen, satu kelebihan besar dari sudut teknologi, logistik dan kuasa serangan.
Cambodia pula, walaupun ketinggalan dari segi aset dan teknologi, mempunyai pengalaman panjang dalam peperangan gerila. Sejarah konflik dalaman dan perang hutan menjadikan mereka lebih biasa dengan pertempuran tidak konvensional, terutama di kawasan sempadan yang sukar dan berbukit.
Sebahagian kenyataan pemimpin Thailand kelihatan berunsur bongkak dan provokatif, khususnya dalam konteks pertikaian lama berkaitan Kuil Preah Vihear.
Tambahan pula, dengan pilihan raya umum yang semakin hampir, isu keselamatan dan nasionalisme mudah “ditunggang” untuk meraih sokongan politik domestik.
Sebagai Pengerusi ASEAN, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hanya mampu menggalakkan rundingan dan diplomasi.
Realitinya, pihak yang merasakan diri mereka lebih kuat selalunya tidak berminat untuk berunding secara ikhlas, apatah lagi jika kelebihan ketenteraan dianggap sebagai jalan pintas untuk menekan lawan.
Donald Trump mungkin menggunakan senjata ekonomi seperti tarif dan tekanan perdagangan digunakan ke atas Thailand dan Cambodia sebagai usaha memaksa kedua-dua pihak menghentikan konflik, satu pendekatan “business-style diplomacy” yang pernah digunakannya sebelum ini.
Thailand adalah rakan karib 1sr4el di mana banyak syarikat Thailand merupakan penyalur komponen missile 1sr43l dan tak mustahil negara tersebut membantu Thailand dari segi taktik ketenteraan.

No comments:
Post a Comment