Kekalkan Keamanan Negara Disokong Dasar Adil, Tanpa Kebencian, Sikap Pelampau – PM Anwar

 


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Jamuan Teh Krismas anjuran Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) di Petaling Jaya, Selangor pada 13 Disember 2025. Foto PMO

PETALING JAYA, 14 Dis – Keamanan dan kemakmuran negara hanya akan berkekalan jika disokong dasar yang adil kepada setiap rakyat, tanpa memberi ruang kepada kebencian dan sikap pelampau untuk berakar, tegas Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perkara itu ditegaskan Perdana Menteri ketika berucap pada majlis Jamuan Teh Krismas bersama komuniti setempat anjuran Persekutuan Kristian Malaysia (CFM), dekat sini pada Sabtu.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Jamuan Teh Krismas anjuran Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) di Petaling Jaya, Selangor pada 13 Disember 2025. Foto PMO

“Dalam ucapan, saya tegaskan bahawa di sebalik segala perbezaan dan kerumitan, Malaysia kekal sebagai negara yang aman dan makmur.

“Malaysia hanya akan melangkah jauh jika semua berpegang teguh pada keadilan, ihsan dan prinsip kemanusiaan, serta berani mengurus perbezaan secara adil dan bertanggungjawab.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Jamuan Teh Krismas anjuran Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) di Petaling Jaya, Selangor pada 13 Disember 2025. Foto PMO

“Inilah semangat MADANI yang menjadi asas kekuatan negara,” katanya.

Terkait soal pendidikan, Perdana Menteri menjelaskan pendekatan kerajaan bukan bersifat ‘zero sum game’.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Jamuan Teh Krismas anjuran Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) di Petaling Jaya, Selangor pada 13 Disember 2025. Foto PMO

“Bahasa Melayu perlu kekal sebagai teras nasional, di samping keperluan menguasai bahasa Inggeris serta memberi ruang kepada bahasa lain termasuk pendidikan Cina dan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) atau bahasa Arab, tanpa mencetuskan kegelisahan atau salah faham,” katanya.

Pada masa sama, Perdana Menteri mengakui bimbang melihat kebejatan nilai dan moral dalam politik, masyarakat dan kepimpinan dunia hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Jamuan Teh Krismas anjuran Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) di Petaling Jaya, Selangor pada 13 Disember 2025. Foto PMO

Kerana itu, katanya agama dan kepercayaan tidak boleh terhenti sebagai slogan atau simbol, sebaliknya mesti menjadi suara nurani yang berani menentang rasuah, ketidakadilan, penindasan dan sikap membiarkan kezaliman berlarutan.

“Peranan pemimpin agama dan badan keagamaan amat penting sebagai rakan dialog serta benteng nilai masyarakat.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Jamuan Teh Krismas anjuran Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) di Petaling Jaya, Selangor pada 13 Disember 2025. Foto PMO

“Justeru, kerajaan memperuntukkan RM200,000 kepada Persekutuan Kristian Malaysia bagi menyokong usaha memupuk kefahaman, keharmonian antara agama serta pengukuhan nilai moral dalam masyarakat berbilang kaum dan agama,” katanya.




No comments: