KENAPA MASJID RUSILA? JAWAPAN BALAS TULISAN Syahir Sulaiman, Ahli Parlimen Bachok.
Profesionalisme itu sudah APMM amalkan, malah yang menjaga Keselamatan 59,941km persegi laut Terengganu adalah tangungjawab mereka bagi pastikan perairan Malaysia selamat daripada lanun, penjenayah dan ancaman luar. Asbab usaha keras Wira Negara APMM dan Tentera Laut lah TG Hadi Awang, Ahli Parlimen Marang selamat memancing ikan.
1. Tarikh dan Kronologi Sebenar
Latihan taktikal APMM berlangsung 19 September 2025, diluluskan lebih awal sebagai sebahagian modul “SERE – Survival, Evasion, Resistance and Escape” yang wajib dijalankan oleh pasukan keselamatan negara.
Laporan lengkap dikemuka kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 29 September 2025 bagi tujuan pengesahan dan semakan operasi.
▪️Tiada operasi pengintipan, tiada penyamaran terhadap mana-mana pemimpin, termasuk Haji Hadi Awang.
▪️Ia bukan misi politik, sebaliknya latihan keselamatan sebenar bagi menguji kesiapsiagaan pegawai maritim menghadapi situasi darurat di kawasan awam.
2. Penjelasan Rasmi Ketua Pengarah APMM
Ketua Pengarah APMM menegaskan bahawa:
“Latihan yang dijalankan adalah sebahagian daripada silibus modul Survival, Evasion, Resistance and Escape (SERE) oleh Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat (STAR Team). Masjid berkenaan hanya menjadi tempat beriktikaf dan berehat selepas solat Asar, sebelum mereka menerima tugasan seterusnya. Tiada sebarang gangguan terhadap jemaah atau aktiviti keagamaan berlaku, dan pihak masjid telah dimaklumkan lebih awal mengenai kehadiran para pelatih.”
Segala gerakan direkodkan, disahkan selamat, dan tiada sebarang provokasi atau kerosakan berlaku.
3. Jawapan Dato’ Seri Saifuddin Nasution
Menteri Dalam Negeri menegaskan dalam kenyataan rasmi:
“Isu ini telah dijernihkan di peringkat tertinggi, termasuk penjelasan kepada Haji Hadi sendiri.
Polis meneliti, dan tiada pelanggaran undang-undang dikesan. APMM telah memaklumkan kepada pihak polis lebih awal kerana sifat operasi melibatkan penyamaran taktikal. Ini latihan sah, bukan operasi terhadap mana-mana individu.”
Beliau juga menyatakan bahawa mana-mana pihak yang cuba menunggang isu keselamatan demi politik sedang menjejaskan maruah institusi keselamatan negara.
4. Mengenai Rakaman CCTV dan Naratif Syahir
Gambar “tiga individu berlari keluar” atau “kereta perak di depan rumah MP Marang” adalah naratif dimanipulasi — rakamannya diambil luar konteks masa, dan tidak menunjukkan sebarang unsur ancaman.
Latihan “escape and evasion” memang mensyaratkan peserta menyelinap keluar dari kawasan awam tanpa disedari, untuk diuji aspek keselamatan dan tindak balas.
Jika benar berlaku “pencerobohan ruang wanita”, pasti laporan polis telah dibuat oleh pengurusan masjid — namun tiada laporan diterima. Justeru tuduhan itu hanyalah andaian politik, bukan fakta siasatan.
5. Mengapa Masjid Rusila?
Masjid Rusila bukan “sasaran” tetapi terletak di kawasan terbuka pantai Marang, sesuai dengan latihan maritim pantai. Ia sebahagian zon simulasi darat bagi anggota yang baru menamatkan kursus penyeludupan dan penyelamatan pantai.
Tiada motif lain, tiada musuh, tiada pelarian. Yang ada cuma tanggungjawab menjaga keamanan – biar di laut, di darat, atau di segenap penjuru tanah air.
6. Kesimpulan: “Profesionalisme Itu Amalan Kami, Bukan Slogan”
Syahir menulis “Be professional, Sir”.
APMM sememangnya Profesional.
Yang belum profesional ialah PEMBANGKANG/ AHLI PARLIMEN PAS yang mengfitnah Penjawat Awam APMM menceroboh, membawa senjata, memakai kasut dan menyerbu Masjid Rusila seperti peristiwa Mamali.
Ia jelas tidak bertamadun hingga menimbulkan syak terhadap keupayaan pasukan keselamatan APMM!
Masjid ialah tempat ibadah dan perpaduan, tumpang solat Asar je pun, bukan pentas propaganda menakut-nakutkan rakyat terhadap agensi kerajaan sendiri.
Kami kekal berpendirian:
▪️Latihan APMM sah di sisi undang-undang.
▪️Tiada unsur politik, fitnah, atau ancaman.
▪️Semua institusi keselamatan beroperasi secara bebas, profesional, dan berkoordinasi dengan PDRM.
Kita tidak gentar pada tuduhan, kita perang habis-habisan terhadap fitnah Pembangkang!
– Syam Ghaz
https://www.facebook.com/share/p/1CWUDjQ2dK/?mibextid=wwXIfr

No comments:
Post a Comment