Usai menunaikan solat Jumaat bersama para jemaah di Surau Al Quddus, PPAM Saderi, Presint 16, Putrajaya, saya menerima memorandum daripada gabungan 16 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang diketuai Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Ahmad Fahmi Mohd Samsudin.
Memorandum tersebut menyatakan sokongan penuh terhadap pendirian dan langkah Kerajaan dalam memanfaatkan peluang kerjasama ASEAN–Amerika Syarikat (AS) sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 yang bakal berlangsung hujung minggu ini.
Ia juga menzahirkan sokongan agar Malaysia terus menegaskan peranannya sebagai pusat keamanan dan dialog serantau, di samping menyeru supaya suara rakyat Malaysia disampaikan dengan jelas dan menolak sebarang dasar yang terus menzalimi warga Gaza.
Saya menghargai keprihatinan dan semangat solidariti yang dizahirkan oleh pelbagai pihak, selaras dengan pendirian tegas Malaysia dalam mempertahankan keadilan dan kemanusiaan di peringkat global.
#MalaysiaMADANI
#RancakkanMADANI
#MADANIBekerja


No comments:
Post a Comment