KECEK UMNO UNTUK KHIANATI ANWAR








Beberapa NGO berteraskan kaum dan agama telah mengadakan kunjungan ke Ibu Pejabat Umno dan berjumpa dengan Setiausaha Agong Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Maksud kunjungan itu adalah untuk memberi semangat dan cadangan kepada Umno agar memperkuatkan kedudukan kuasa politik Melayu.


Salah satu cadangan dikatakan untuk menghidupkan semula Maufakat Nasional (MN) kerjasama politik di antara Umno dengan Pas. Nampaknya Asyraf merai kunjungan itu dengan ramah dan berhemah.


Saya kongsikan sekeping gambar pertemuan berkenaan, dan tidak berniat untuk menyebut nama NGO berkenaan satu persatu. Tetapi kalau melihat kepada wajah wajah tertera ada antara wajah itu sudah familiar adalah orang yang mengkritik dan menentang kerajaan Madani hari ini.


Apakah kunjungan Ngo berkenaan untuk mengajak Umno khianati Anwar? 


Dari sisi lain apabila mentafsirkan pertemuan ini, ia menunjukkan NGO ini masih ikhtiraf akan kekeramatan Umno, yang bagi setengah orang telah menganggap parti Umno ini sudah lemah, laih dan pupus. Apabila ia dikunjungi dan menjadi harapan NGO berorentasikan kaum itu, jelas menunjukkan Umno masih ada pamor dan keramat dan maunahnya. 


Secara tidak langsung mereka tidak percaya kepada keupayaan Bersatu dan Pas bagi memperkasakan Melayu. Pertemuan NGO itu juga boleh memberikan kesedaran baik kepada Pas maupun Bersatu akan kelemahan dan ketudak upahaan mereka.


Apakah percubaan NGO ini untuk mengecek Umno meninggalkan Anwar Ibrahim berjaya atau tidak sama sama kita tunggu. Cuma bagi saya keperkasaan Umno sukar untuk dibentuk kembali ke asalnya selagi serpihannya bernama Bersatu masih mengasingkan diri. Dan Umno tetap setia kepada Anwar selagi ia dipimpin oleh Dr Ahmad Zahid Hamidi. Trims.




No comments: