BALIK LAH MENANTU MUHYIDDIN. TAKUT APA ?

 


Jurucakap kerajaan, Datuk Fahmi Fadzil meminta agar Muhammad Adlan Berhan yang sedang melarikan diri, kembali ke Malaysia dan membersihkan namanya.






Beliau yang juga Menteri Komunikasi berkata demikian apabila ditanya sama ada mesyuarat Kabinet pada Jumaat ada membincangkan isu menantu bekas perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin itu, yang dilaporkan tinggal di sebuah negara Asia Barat.


"Isu itu tak perlu bincangkan pun. Balik sajalah. Kenapa nak larikan diri, melainkan takut. Jadi balik dan berdepan dengan (prosiding) mahkamah, bersihkan nama anda," katanya.


Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com

#AWANInews



No comments: