MOGA TUN INSAF DAN TAK CAKAP MELALUT


Alif Jamil.


 Berbekalkan jasa dan sumbangan Tun terhadap negara selama ini , ia menjadikan Tun seorang yg suci dan tidak pernah melakukan sebarang kesalahan jauh sekali kesalahan berbohong. 





Malah , Tun juga diangkat sebagai Wali Allah oleh penyokong Tun sendiri sebelum ini. 


Oleh kerana jasa dan sumbangan Tun terhadap negara , maka Tun sebagai wali Allah mmg memiliki hak yg mutlak untuk membuat sebarang kenyataan mengikut selera dan tekak Tun tanpa boleh dikritik oleh sesiapa kerana hukum mengkritik Tun Mahathir adalah haram disisi islam. 


Malah , taraf Tun yg hampir maksum dan hampir setaraf dgn Nabi ini menjadikan Tun layak bercakap apa sahaja yg dtg dari mimpi waktu tidur ataupon ilham yg turun waktu Tun minum tea panas.. 


Tun nampak sihat walafiat diusia warga emas ini.


Tidak seperti kebanyakan warga emas lain yg berusia 100 tahun yg kebiasaanya menghidap neurogeneratif dementia yg menjejaskan fungsi kognitif otak mereka. 


Alhamdulillah , mungkin ini berkat doa Almarhum Ustaz Fadzil Noor terhadap Tun seketika dahulu menjadikan Tun sihat dan aktif utk melihat hasil jasa dan sumbangan Tun hari ini. 


Semoga Tun dapat menjadi Perdana Menteri untuk 5 penggal lagi selepas ini. 


Alhamdulillah Tun. 

Terbaik Tun. 

Hidup Tun.



No comments: