KES RASUAH ISMAIL DIPANGGIL KHAMIS! ISU ROMBANKAN KABINET RESPOND DS ANWAR!



Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil semula Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk meneruskan rakaman percakapan, bagi membantu siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram dikaitkan dengan bekas perdana menteri itu, Khamis ini. Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata sesi rakaman percakapan kali ini, mengenai pengisytiharan harta yang dibuat bekas Perdana Menteri itu kepada SPRM mengikut Seksyen 36 (1) Akta SPRM 2009. “Datuk Seri Ismail Sabri dipanggil semula ke SPRM untuk meneruskan rakaman percakapan beliau,” katanya ringkas pada sidang media selepas menghadiri Majlis Konvokesyen Pegawai Integriti Bertauliah ke-11 Tahun 2025 di Kuala Lumpur, hari ini. Ahli Parlimen Bera itu disiasat berkaitan kes rasuah dan pengubahan wang haram berhubung perbelanjaan dan perolehan dana untuk promosi serta publisiti program Keluarga Malaysia, semasa tempoh perkhidmatan beliau dari Ogos 2021 hingga November 2022. Kes disiasat mengikut Akta SPRM 2009 serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.



No comments: