Penyokong tegar Pas memang umum dikenali sangat melenting apabila kenyataan politik Tan Sri Abdul Hadi Awang dikritik.
Bahkan, mereka lazimnya mendesak pengkritik untuk segera mengucap dan bertaubat kerana kononnya telah menghina ulama dan agama Islam.
Mengulas sikap taksub terhadap Presiden Pas itu, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Pasar Mas, Wan Abd Hadi menegaskan Abdul Hadi adalah orang politik sekaligus patut boleh dikritik.
“Tan Sri Hadi Awang itu Presiden Pas. Pas ini parti politik. Kita pertikaikan ijtihad politik. Kita tidak pertikai ijtihad agama.
“Kalau Hadi Awang boleh kritik orang lain, kenapa kita tak boleh kritik dia balik?
“Ingat istimewa sangat ke?” bidas Wan Hadi menerusi TikTok beliau/
Menurutnya, Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang sepatutnya sudah tidak berada dalam kancah politik tanah air sekiranya merasakan diri begitu maksum.
“Lepaskan jawatan dalam politik. Lepaskan jawatan sebagai Presiden. Barulah orang tak kritik dia.
“Orang kritik, tegur dia sikit terus pengikut-pengikut dia suruh kita bertaubat, mengucap, balik kepada agama,” tambahnya.
No comments:
Post a Comment