DULU KATA MACAM MACAM PADA UMNO... AKHIR TERHEGEH HEGEH CARI UMNO.


 Islah


Dulu UMNO dikata lebih dajal dari dajal. Lumpuh, nyanyuk, penuh penyakit. Tapi bila tak cukup kawan, terus pusing balik nak berpakat. Ada pemimpin politik ni, lidah bukan setakat bercabang — dah macam simpang tiga. Hari ni cakap lain, esok buat perangai lain.





Pepatah kata, "Kalau tak mampu jadi garam yang mengawet ikan, jangan jadi lalat yang membusukkan." Tapi yang ini? Garam pun dia kutuk, lalat pun diajak kongsi bangkai. 


Bila prinsip digadai demi kuasa, agama pun dijaja macam jual ubat kaki lima.


Sekejap lawan, sekejap kawan. 

Sekejap sesat, sekejap berkat. 


Rakyat tak bodoh, cuma sabar memerhati. 


Jangan sampai meludah ke langit, akhirnya jatuh berbekas di jubah sendiri.


#jihadintelekrakyat #ISLAH



No comments: