SALAM 32-0

 


Terkejut jugalah admin bila tengok kadar sebenar pertumbuhan sektor pertanian di Terengganu. Beberapa kali cuba semak dengan dokumen rasmi yang ada (Jabatan Perangkaan Malaysia dan Unit Perancang Ekonomi Terengganu), rupanya inilah data yang sahih



Dapat kita lihat pertumbuhan sektor pertanian pada 2017 adalah tertinggi iaitu 11.2%


Apabila berlaku peralihan kerajaan, ia menjadi -2.5%. Pulih semula kepada 6% pada 2019 sebelum merosot 3 tahun berturut-turut selepas itu.


Jika nak dikatakan alasan covid, maka semakan admin mendapati pertumbuhan sektor pertanian Malaysia pada 2020 -2022 tidaklah terlalu rendah berbanding Terengganu. Kadar pertumbuhan sektor pertanian di Malaysia adalah:


2020: -2.2%

2021: -0.2%

2022: +0.1%


Maka sebab itulah admin sarankan kerajaan Terengganu memberi perhatian lebih kepada sektor pertanian. Admin tak letakkan tanggungjawab ini semua kepada YB Dr Azman. Tapi dah banyak kali juga admin cakap kalau kita nak hasil yang baik maka modalnya juga kenalah lebih sedikit


Kalau kita sasar sektor pertanian 10% daripada ekonomi negeri, maka sepatutnya 10% daripada bajet negeri juga mestilah turun kepada bidang yang berkait dengan pertanian.


Bila kita tengok Bajet Terengganu, banyak sangat peruntukan untuk sektor sosial. Bukan admin marah, buatlah. Tapi biarlah seimbang dengan peruntukan pembangunan 


Balance guys.. balance 😊


#MajuTerengganuku



No comments: