KERAJAAN BANTU LAGI.

 

SEPANG, JAN 26 - Langkah kerajaan melanjutkan pemberian subsidi bagi menjayakan inisiatif kadar tambang penerbangan maksimum pada musim perayaan berjaya mengurangkan rungutan rakyat mengenai harga tiket penerbangan mahal, kata Menteri Pengangkutan, Loke Siew Fook.



Beliau berkata, kejayaan itu terbukti selepas setahun kerajaan melaksanakan pemberian subsidi sempena musim perayaan.


“Tahun ini, kita tidak lagi dengar rungutan di media sosial tentang tiket mahal seperti RM2,000 untuk balik Tawau atau Sandakan. Semuanya terkawal dan ramai mengambil peluang dengan tambang tetap ini.


“Setelah setahun kita melaksanakan dasar menetapkan kadar tambang tetap atau tambang maksimum, kita dapat lihat hasilnya. Harga tiket dapat dikawal dan tiada lagi aduan harga tiket (penerbangan) melambung seperti sebelum ini.” katanya selepas majlis pelepasan penerbangan tambahan Malaysia Airlines (MAS) ke Tawau dan Sandakan di Sabah sempena Tahun Baharu Cina di Lapangan Terbang Antarbangsa (KLIA) Terminal 1.


#BeritaKS



No comments: