https://www.facebook.com/share/p/19rUUByQmu/
*KUFUR*
Mari kita kaji dan hadam Belanjawan 2025 setiap negeri di Malaysia.
Tengok berapa banyak belanja mengurus mereka, berbanding dengan belanja pembangunan. Cross check pula dengan jumlah populasi.
Dapat lah disimpulkan, negeri SG4 yang kurang maju dan membangun, Belanja Pembangunan mereka hanya 1/3 dari Belanja Mengurus. Hmmmm….
Maknanya kos nak menguruskan negeri itu tinggi sekali dengan gaji dan elaun pemimpin dan segala macam GLC. Berbanding diperuntukkan untuk pembangunan negeri dan rakyat.
*Kelantan contohnya, negeri termiskin di Semenanjung Malaysia. Bab perks untuk pemimpin taknak kalah ya. Kelantan lah satu2nya negeri yang kesemua EXCO nya diberi Mercedes mewah, gaji MB lebih mahal dari negeri lain yang lebih maju. Walhal isu air 50 tahun tetap lagu tu.*
*Terengganu pula, walau nampak ok pada mulanya. Baru2 ini, isu jalan runtuh kerana hakisan pantai hanya diberi RM120 ribu. Itu sahaja yang mereka mampu. Walhal, gaji MBnya antara tertinggi di Malaysia. Kalah Pulau Pinang pula.*
Kalau kita kaji sejarah politik dunia. Mana2 parti yang menggunakan agama, mereka tak tekankan kemajuan dan pembangunan. Kerana nak kekalkan rakyat dalam kemiskinan, membawa kepada kekufuran.
Walhal pemimpinnya pula berjoli sakan.
Salam hormat,
Liyana Marzuki ✍️
No comments:
Post a Comment